Friday, March 28, 2014

ARAK : ENAKMEN DAN HUKUM ISLAM


MEMERANGI KETAGIHAN ARAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM

Teks ucapan penuh Yb Dr Siti Mariah Mahmud, MP Kota Raja dalam sessi perbahasan di Parlimen petang semalam.

Tuan Yang Di Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada SPB diatas ucapan baginda. Baginda sungguh prihatin dengan pembangunan modal insan Negara yang tercinta ini. Tidak dapat dinafikan yang kelangsungan atau dengan izin, survival, Malaysia bergantung kepada Modal Insan yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berakhlak mulia tetapi juga mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang mantap. Itulah sebabnya maka Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk menjaga kesihatan rakyat dan membasmi segala macam jenis penyakit yang menggugat kesejahteraan rakyat.

Namun bukan sahaja saya tetapi ramai lagi rakyat di luar sana dan di dalam dewan ini mengeluh kenapa kerajaan telah sekian lama mengabaikan satu unsur penyakit ia itu ketagihan arak atau dengan izin, alcoholism. Arak, dadah dan rokok adalah tiga dadah merbahaya. Satu dunia tidak dapat menyangkalnya lagi. Bukti saintifik sudah lebih daripada mencukupi untuk membuktikan ke-3 bahan ini merosakkan akal dan jasad manusia, namun undang-undang membezakan di antara ke-3 bahan ini.

Sementara dadah di sebut sebagai najis dan diharamkan dan boleh dihukum mati jika mengedarnya, rokok pula dikenakan cukai yang tinggi dan ada usaha (walaupun pada saya, ianya tidak memadai) untuk memberi amaran kepada perokok tentang bahayanya pada kotak-kotak rokok. Tapi apa sudah jadi dengan minuman keras? Kenapa minuman keras mendapat layanan istimewa? Alkohol diklasifikasikan sebagai dadah psikoaktif mempunyai cirri-ciri “depressant/kemurungan”, ketagihan dan menyebabkan daya tumpuan berkurang. Dadah-dadah lain yang mempunyai kesan ini memerlukan preskripsi doktor untuk membelinya.

Walaupun seksyen 2(1) Akta Kastan 1967, mentakrifkan “liquor” yang memabukkan (intoxicating liquor) termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih dari 2% spirit pruf (saya difahamkan ialah alkohol mutlak/ethyl alcohol) , yang sesuai, atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara di ubah lagi bagi, digunakan sebagai minuman , Akta Eksais (Akta 176) pula dalam seksyen 32 (1) telah memberi pengecualian kepada penjualan minuman beralkohol seperti bir (ale, stout, porter) atau todi atau arak natif (sabah) ianya kesemua jenis arak tapaian atau yang di hasilkan oleh proses pemeraman. Ini bermakna penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai-kedai tanpa perlesenan.

Bir dan todi mengandungi alkohol melebihi 2%. Saya diberitahu yang bir mengandungi dalam sekitar 5-8% kandungan alkohol. Sudah tentu boleh memabukkan. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan! Sungguhpun Peraturan Eksais 7A untuk penjualan apa-apa liquor telah menghadkan jualan kepada seseorang berumur bawah 18 tahun, kadar pematuhan dan penguatkuasaan amatlah mengecewakan.

Disebabkan pengecualian ini bir mudah didapati di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Dengan pengecualian ini juga pihak PBT tidak boleh menghadkan penjualan bir dan minuman seangkatan dengannya sekiranya kedai menjual secara runcit mengikut takrifan undang-undang. Saya kira, hanya kerajaan Kelantan yang berani membuat keputusan menghadkan penjualan arak di premis-premis tertentu.

Kerajaan Kedah pula tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Saya meneruskan hujjah saya kenapa kerajaan perlu serius melihat isu arak ini dengan lebih mendalam dan diakhir hujjah ini saya akan mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan hari (the government of the day). Sekiranya saya memerlukan masa yang lebih, dengan izin, please be lenient with me, only this time.

Saya mahu pihak kerajaan tahu yang rakyat, yang Islam dan bukan Islam sebenarnya akan berada dibelakang kerajaan untuk kerajaan mengorak langkah membuat satu polisi minuman keras yang melindungi rakyat terbanyak dan tidak hanya membuka peluang yang begitu luas kepada perusahaan minuman keras. PAS sudah tentu akan menyokong apa-apa pindaan kepada undang-undang untuk mengawal lebih ketat penjualan dan pengambilan arak dan menangkis sanggahan yang mengatakan pengawalan penjualan arak menafikan hak asasi manusia dan hak bukan Islam.

Tuan Yang di Pertua,
Untuk sedikit makluman Dewan, Minuman keras terbahagi kepada 3 kategori besar. Bir, Wain dan Spirits – klasifikasi dibuat bergantung kepada kandungan alkohol atau alcohol by volume (ABV). Spirit mengandungi kandungan alkohol yang tinggi bermula dari 20% dihasilkan dari proses penyulingan dan penuaan. Sementara bir dan wain yang dihasilkan melalui proses pemeraman atau penapaian mengandungi ABV dari 1% ke 20%. Kesemuanya cecair memabukkan mengikut takrifan di dalam Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Tidak ramai rakyat Malaysia tahu yang kita menduduki tangga ke-10 tertinggi/terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia, walaupun Negara kita mempunyai hanya 26 juta orang penduduk dan sebuah Negara yang kecil.

Setiap tahun, rakyat Malaysia membelanjakan USD 500 juta membeli alkohol. Walaupun secara purata pengambilan alcohol jatuh sebanyak 7 L per kapita, mereka yang mengambil alcohol sebenarnya adalah peminum tegar. Dikalangan rakyat Malaysia, kaum India walaupun 8% daripada kependudukan Negara ini merupakan peminum alcohol berat dengan kadar melebihi 14 L alcohol mutlak setahun.

Kerajaan mungkin menganggap ketagihan arak di kalangan kaum India sebagai satu masalah unik kaum India dan tidak memberi perhatian langsung kepada masalah ini dan meninggalkan isu ini ditangani oleh NGO. Di sebalik ketagihan arak kaum India ialah masalah kemiskinan dan kemelaratan hidup. Saya tidak berniat untuk mengupas isu ketagihan arak dikalangan kaum India sekarang Cuma ingin berkongsi pengalaman dengan Dewan ini.

Setelah saya memenangi parlimen Kota Raja dalam PRU lepas, saya di datangi beberapa kumpulan yang terdiri dari kaum India meminta saya menangani masalah ketagihan arak dikalangan kaum India di dalam kawasan.

Mereka meminta PAS mengawal jualan arak di kawasan yang saya menangi sepertimana dilakukan di Kelantan. Mereka menjamin, kaum wanita India akan meneruskan sokongan sekiranya perkara ini boleh dilakukan kerana kaum wanita dan anak-anak menjadi mangsa penderaan apabila sang suami mabuk.

Kadar pengambilan bir di Malaysia pula menyamai Negara-negara Eropah ia itu 11 L per kapita. Umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun dan umur pertama rakyat mula terdedah kepada pengambilan alkohol semakin awal dalam kehidupan.

Apa akan jadi kepada modal insan Negara apabila belia dan remaja menjadi peminum arak dan kemudiannya menagih arak. Pengiklanan dan promosi agresif syarikat-syarikat minuman keras seperti Carlsberg dan Guiness menggunakan pendekatan penajaan sukan tertentu dan mengeksploitasi wanita muda seksi untuk mendedahkan orang-orang muda kepada minuman syaitan ini.

Carlsberg telah menjadi penjadi penaja utama Maybank Malaysian Open Golf 2010. Dalam satu kenyataan Pengarah Urusan Carlsberg Malaysia, di antaranya, “ We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open…….There was an abundant flow of Carlsberg beer throughout throughout the day” dan seterusnya. Ia nya satu kenyataan terbuka yang mahu menggalakkan orang muda golongan atasan dan berada untuk mencuba minuman syaitan ini. Yang berhormat sekelian boleh melayari internet sendiri untuk mendapat maklumat selanjutnya.

Jumlah rakyat yang mengambil alkohol juga kian bertambah saban hari. Namun tiada statistic resmi dari pihak kerajaan. Saya harap satu kajian menyeluruh dibuat untuk mengetahui status sebenar permasalahan ini. Para pemimpin perlu juga tahu Malaysia sekarang menjadi hub arak ke Negara-negara Asia. Pemasaran arak di Eropah dan Amerika sekarang sudah tepu, maka mereka menoroka pasaran baru di rantau ini.

Maka kita tidak hairan syarikat-syarikat besar seperti Carlsberg dan Guiness sanggup menanam modal berjuat-juta di Negara kita tetapi sanggupkah rakyat Malaysia melihat Negara kita satu hari dikutuk dan dilabel sebagai Negara Islam yang bersubahat dengan kesengsaraan beribu-ribu nyawa di rantau ini. Sekarang ini pun Malaysia sudah terpalit dengan label pusat pemerdagangan manusia terutama wanita dan kerajaan berhempas pulas untuk membersihkan nama Malaysia. Kita tidak akan terdaya membersihkan nama sekiranya perusahaan arak digalakkan dan ada facts and figures untuk membuktikannya.

Kesan Alkohol
Kesan negatif pengambilan alkohol terhadap otak melebihi kesan positif yang bersifat sementara. Kesan utama ke atas otak manusia menyebabkan proses kognitif iaitu di antaranya persepsi, tumpuan, kesedaran, keupayaan berfikir, kecerdasan dan banyak lagi fungsi otak terganggu yang sering disebut sebagai keadaan mabuk.

Akibat daripada gangguan fungsi normal otak ini menyebabkan fungsi akal yang waras terganggu dan maka berlakulah kemalangan jalan raya, penderaan isteri dan anak, pergaduhan serta banyak lagi kesan negatif ke atas diri peminum, keluarga dan masyarakat yang ahli yang berhormat semua sedia maklum. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuk hati dan otak sudah memang diketahui dalam dunia perubatan. Ketagihan arak atau alkohol tidak jauh bezanya dari ketagihan najis dadah.
Saya tidak akan mampu menceritakan tentang kesan alkohol dalam Dewan ini. Saya harap Ahli-ahli yang berhormat dapat membaca satu artikel yang di tulis oleh Prof Madya Dr Azizi Yahya, Fakulti Pendidikan, UITM yang menyerlahkan kesan negatif alkohol secara ilmiah.

Nilai Ekonomi Perniagaan Arak
Kutipan cukai dari perniagaan arak meningkat kepada RM 817 juta pada tahun 1996 dari RM 769 juta pada tahun 1994. Berapakah nilai kutipan cukai minuman keras agaknya sekarang? Menteri Kewangan di dalam jawapan bertulis mengenai nilai cukai import minuman keras dari tahun 2004 ke 2008 menyatakan nilai cukai import masa itu ialah RM442.6 juta. Nilai eksport minuman keras pula RM1.1 billion.

Pada tahun 1995 terdapat 2,360 premis awam yang dilesenkan menjual minuman keras. Angka ini dikatakan telah berganda pada tahun berikutnya (1996). Ini tidak termasuk premis atau kedai-kedai runcit yang menjual minuman beralkohol dalam tin (beer, stout, shandy) yang tidak memerlukan perlesenan. Saya minta Menteri Kewangan menyatakan berapa premis atau jumlah lesen yang dikeluarkan menjual arak di seluruh Negara pada ketika ini.

Perusahaan arak tempatan atau samsu kita begitu aktif dan dianggarkan menghasilkan samsu USD43.4 juta (RM180 juta) pada tahun 2006. Samsu boleh mengandungi alkohol setinggi 38% dan boleh terdapat dengan mudah di kedai-kedai runcit dan tempat-tempat kediaman. Ianya boleh didapati semurah RM2 dalam botol kecil atau di isi dalam palstik sahaja. Mungkin Menteri Kewangan dapat memberitahu Dewan yang mulia ini berapa jumlah setahun penghasilan arak di dua kilang pemeraman arak (Guiness dan Carlsberg) yang dilesenkan kerajaan di KL ini.

Dan dari jumlah ini penghasilan ini berapa peratus yang dipasarkan di dalam Negara dan berapa banyak pula yang dieksport? Akhbar The STAR melapurkan yang kilang arak di Malaysia nilai perniagaan bird an stout di Malaysia ialah RM 4.77 billion . Walaupun kadar eksais dikatakan tertinggi di Asia, dan nombor dua tertinggi di dunia selepas Norway, nampaknya semakin ramai yang mampu membeli.

Mungkin angka di atas tidak menjadi persoalan malah menjadi kebanggaan sesetengah pihak kerana Negara mendapat keuntungan dan secara tidak langsung rakyat turut mendapat manafaat. Tetapi bagaimana pula kalau dibentangkan yang anggaran perbelanjaan rakyat Malaysia membeli arak ialah USD500juta (RM1750,000,000 atau RM1.75 billion) pada tahun 2006? Nilai import pula minuman keras dari tahun 2004 ke 2008 ialah RM212 juta. Secara relatif tidaklah sebanyak nilai eksport.

Sebagai Negara Islam, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlibat di dalam industri arak ini? Dari pengilangan, pengangkutan, penjualan? Pernahkan kerajaan membuat kajian, berapa ramai pula rakyat beragama Islam minum arak ? Berapa ramai peminum sosial dan berapa ramai pula yang ketagihan arak?

Kerajaan mempunyai statistik mengenai jumlah penagih dadah , jumlah pengidap HIV/AIDS, jumlah kematian akibat kemalangan dan banyak lagi statistik. Kerajaan adakah angka untuk jumlah rakyat Malaysia yang terjebak dalam ketagihan arak (chronic alcoholism) mengikut kaum dan jantina? Kalau ada saya minta diberi jawapan, kalau tiada, kenapa tidak? Tidak kah Menteri Kesihatan tahu yang ketagihan arak ialah satu penyakit yang merbahaya?

PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA
Saya mengajak Yang Berhormat sekelian terutamanya yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan Budha merujuk kepada agama masing-masing tentang larangan arak yang jelas.

Di dalam agama Islam, surah Al Maidah ayat 90-91, Allah SWT berfirman: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! BAHAWA SESUNGGUHNYA ARAK DAN JUDI, DAN PEMUJAAN BERHALA, DAN MENGUNDI NASIB DENGAN BATANG-BATANG ANAK PANAH, ADALAH SEMUANYA KOTOR/KEJI DARI PERBUATAN SYAITAN. OLEH ITU HENDAKLAH KAMU MENJAUHINYA SUPAYA KAMU BERJAYA. SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU HANYALAH BERMAKSUD MAHU MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAAN DI ANTARA KAMU DENGAN SEBAB ARAK DAN JUDI, DAN MAHU MEMALINGKAN KAMU DARIPADA MENGINGATI ALLAH DAN DARIPADA MENGERJAKAN SEMBAHYANG. OLEH ITU MAHUKAH KAMU BERHENTI (DARIPADA MELAKUKAN PERKARA2 YANG KEJI DAN KOTOR ITU ATAU KAMU MASIH BERDEGIL)


Rukun Agama Budha yang ke-8 dengan jelas menyatakan “ Budhists should abstain from liquor”. Budha juga menolak menjual arak sebagai sumber pendapatan.

Dalam Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33 memberi nasihat ini “ Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.

Dalam agama Hindu, tujuan utama penganut Hindu ialah untuk bersatu dengan Tuhan. Ianya hanya boleh tercapai melalui badan dan akal yang sihat. Seorang agamawan Hindu Thiruvalluvar mengatakan “ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”

Pada 30hb Oktober 2009, Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM telah mengadakan satu muzakarah “pakar arak dan permasalahannya”. Ahli panel dan peserta terdiri dari pelbagai profesyen , agama dan bangsa. Mereka telah membuat rumusan dan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa (mungkin kepada Jabatan Perdana Menteri) untuk membuat pindaan-pindaan kepada beberapa undang-undang. Soalan saya adakah pihak Jabatan Perdana Menteri menerimanya dan apakah tindakan susulan pihak menteri berkenaan?

Mengharamkan minum arak tidak bercanggah dengan agama-agama besar dunia. Ia hanya bercanggah dengan nafsu manusia atas nama hak kebebasan asasi manusi untuk memilih. Saya tidak mencadangkan pengharaman terus tetapi menyemak semula supaya masalah pengambilan arak tidak begitu berleluasa dan tidak terkawal

Malaysian Hindu Sangan (MHS) telah mengistiharkan peperangan terhadap ketagihan arak / alcoholism kerana kesannya terhadap generasi muda Negara. Mereka telah mencadangkan supaya penalti atau hukuman dikenakan kepada peminum bawah umur dengan 2 hari dalam penjara,.

Cadangan lain ialah mengenakan cukai berperingkat (TIERED BASED TAX) berasaskan kandungan alkohol minuman bukan satu kadar rata 10% untuk semua jenis minuman dan menubuhkan satu pusat untuk menangani permasalahan penagihan arak untuk jangka panjang yang merancang langlah-langkah pencegahan, penyelidikan dan rehabilitasi.
UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN DENGAN ENAKMEN SYARIAH- SATU KONFLIK

Tuan Yang di Pertua,
Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang wanita, Kartika Sari, kerana kesalahan meminum arak. Pengambilan arak tidak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang sivil walaupun sampai kepada tahap mabuk melampau sekiranya tidak mencederakan sesiapa atau tidak memandu. Hatta sehingga memukul anak dan isteri pun boleh dimaafkan lagi kerana dianggap masaalah domestik.

Namun di dalam Islam, ianya satu kesalahan jenayah serta telah termaktub dalam enakmen syariah negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan . Seksyen 19 (1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1977 Akta 559 menyatakan mana-mana orang yang, dimana mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 19(2) Akta yang sama pula menjadikan kesalahan pada sesiapa yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan. Enakmen ini jelas berkonflik dengan Seksyen 35 Akta Eksais.

Ketiadaan penyelarasan atau konflik di antara undang-undang sivil dan enakmen syariah telah menjadikan hukuman Islam ditertawakan dan dimomokkan. Setiap kali alasan diberi adalah kerana undang-undang syariah di bawah kuasa negeri dan lebih spesifik di bawah sultan-sultan dan agung. Cukuplah meletakkan tanggung jawabnya di atas sultan dan agung. Bukan kah agung dan sultan bertindak atas nasihat majlis agama masing-masing. Tengoklah dalam enakmen syariah negeri Pahang, salah satu hukuman minum arak ialah sebatan tetapi tiada pula dalam enakmen syaraiah WP.

Bagaimana enakmen syariah hendak dilaksanakan dan dipandang sebagai perkara yang betul apabila Akta Eksais tidak diselaraskan dengan Hukum Syariah. Bagaimana kedudukan pekerja-pekerja Islam di dalam kilang arak, di kedai-kedai runcit seperti 7-11, bagaimana pula kedudukan pramugari dan pramugara kita yang menghidangkan arak, bar tender yang mencampur minuman keras untuk pelanggan. Adakah kita redha melihat saudara-saudara seIslam melakukan dosa. Betul kah mereka dalam keadaan darurat dan berhak mengambil rukshah atau keringanan dalam hal ini? Bukankah di antara maqasid syariah pemerintahan Islam Hadari salah satu tanggung jawab pemerintah adalah menjaga agama rakyat.

Saya merayu bersungguh-sungguh supaya Kerajaan mengambil langkah serius untuk menyelaras undang-undang di mana boleh untuk menepati hukum Islam.


Saya tahu amat berat Kementerian Kewangan membuat pindaan-pindaan dan pengawalan yang lebih ketat terhadap perusahaan arak. Boleh kah Dewan ini tahu berapa peratus kah pendapatan Negara disumbang oleh perusahaan arak?

Ahli Parlimen PAS telah beberapa kali meminta di dalam Dewan ini hasil kerajaan dari pencukaian perusahaan haram (di antaranya judi, arak dan riba) atau sin tax ini di asingkan daripada akaun atau dana terkumpul Negara. Tujuan pengasingan Sin tax ini ialah supaya ianya tidak digunakan untuk mambayar gaji atau menjadi punca dana yang membawa kepada makanan rakyat dan menjadi darah dan daging rakyat atau dana untuk kebajikan atau membina masjid. Ianya boleh digunakan untuk infrastruktur dan perkara-perkara yang dibolehkan oleh syariat. Menteri Agama kita tentu lebih mafhum daripada saya perkara ini.

Saya terlalu bimbang yang gaji dan elaun kakitangan awam termasuk elaun kami sebagai ahli yang berhormat, menteri-menteri juga subahah kerana ada pencampuran sumber halal dan haram. Tidak susah mengasingkannya pendapatan haram dari yang halal kerana ianya cuma memerlukan satu usaha teknikal perakaunan.

Tidak kah terlintas di hati Menteri-menteri kewangan Malaysia dulu dan kini yang terdiri daripada orang Islam (kecuali Mendiang Tun Tan Siew Sin) untuk menyelamatkan ummah daripada kemelut ini. Perkara haram dan halal dalam Islam adalah teras di dalam akidah Islam. Mungkin kerana kita tidak memahami konsep BARAKAH dalam agama kita maka ramai yang memandang enteng tentang perkara ini. Islam memberatkan kualiti sumber rezeki yang kita dapat dan tidak semestinya kuantiti rezeki.

Adakah kemelut gejala sosial umat Islam di Negara kita berbanding dengan bangsa dan agama lain berpunca sumber rezeki yang subahah maka hilang keberkatannya?. Maka ini menyebabkan hidayah Allah SWT kepada rakyat terbanyak dan generasi muda bermasalah. Rahmat Allah SWT seolah-olah tertutup kepada umat Islam walaupun kerajaan merasakan telah mencurah begitu banyak bantuan untuk pendidikan.

Lihat surah Al-A’raf , ayat 96 – “Dan Tuhan berfirman, SEKIRANYA PENDUDUK NEGERI ITU, BERIMAN SERTA BERTAQWA, TENTULAH KAMI AKAN MEMBUKA KEPADA MEREKA (PINTU PENGURNIAAN) YANG MELIMPAH-LIMPAH BERKATNYA, DARI LANGIT DAN BUMI. TETAPI MEREKA MENDUSTAKAN (RASUL KAMI) LALU KAMI TIMPAKAN MEREKA DENGAN AZAB SEKSA DISEBABKAN APA YANG MEREKA TELAH USAHAKAN”

Kerajaan hendak menjadikan Negara ini BALDATUN TAYIBBUN WA RABBUN GHAFUR. Mulakanlah dengan langkah yang mudah ini – bersihkan pendapatan Negara - asingkan pendapatan haram dari pendapatan yang diselaputi dosa.

Akhirnya Tuan Yang di Pertua,
Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu JK bersama atau satu kaukus di peringkat parlimen untuk mengkaji semua aspek isu arak untuk merangka polisi minuman keras negara pencukaian, pengilangan, pelesenan, pengiklanan dan promosi, penjualan dan lain-lain lagi yang sentuh tadi, menyemak undang-undang yang berkaitan dengan alcohol bertujuan untuk membendung pengambilan minuman keras di kalangan rakyat terutama golongan muda.
Read More

Wednesday, March 26, 2014

MANUSIA YANG LUPA DIRI


Penciptaan manusia yang bermula dari setitis air mani yang mengandungi berjuta-juta sperma, telah jelas diterangkan di dalam al Quran. Hari ini, sains juga telah menceritakan perkara yang sama sepertimana yang terkandung di dalam al Quran, tetapi masih ramai yang lupa bahawa dirinya sememangnya hina.

Bayangkanlah, dalam berjuta-juta sperma, kita adalah salah satu yang “bertuah” dapat bergabung dengan ovum, lalu membentuklah diri kita. Semua ini adalah kerana kasih sayang Allah. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi sekiranya sperma lain yang bergabung dengan ovum? Adakah diri kita ini juga yang akan terbentuk? Atau kita tidak akan wujud?

Semua persoalan ini sudah jelas di hadapan mata manusia, tetapi mereka masih angkuh dengan kedudukan dan pangkat yang ada. Hinanya manusia. Dengan bermula dengan sperma yang berenang di dalam air mani yang tiada harga, manusia masih boleh memperlecehkan hukum Allah.

Allah SWT berfirman

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim) (Surah al Waqiah : 57-58)

FirmanNya lagi

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami (Allah) kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (Surah at Tin : 4-6)


Jenis Manusia Yang Tidak Sedar

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)

Allah SWT telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan manusia. Dengan segala anggota yang cukup dan lengkap, yang mampu untuk digunakan untuk ke jalan yang betul dan akal yang sempurna. Akallah yang membezakan manusia dengan binatang yang hanya hidup untuk kepuasan nafsu semata-mata.

Hari ini, bentuk manusia yang cantik ini, telah dijadikan sebagai alat untuk menjahanamkan Islam dari dunia ini, sedangkan tubuh mereka itu sendiri diciptakan oleh Allah. Lihatlah, dengan menggunakan lidah, mereka memburuk-burukkan Islam, mengkritik hukum Allah dan mencemuh alim ulama’.

Tangan yang pada mulanya lembut diciptakan dengan penuh seni, apabila dewasa, tangan inilah yang menyekat dakwah Islam, menerima duit-duit haram dan mengenakan tindakan untuk memastikan Islam lenyap. Mereka lupa Allah, Tuhan empunya Islam, yang telah menghidupkan mereka dengan kasih sayang sehingga mereka dapat menghirup nikmat Allah pada hari ini.

Akal mereka yang menjadi tembok perbezaan dengan binatang, telah hancur atas sebab penyalahgunaan terhadapnya. Dengan menggunakan akal, mereka berfikir strategi-strategi untuk meranapkan Islam, memikirkan bagaimana hendak melenyapkan institusi ulama, memikirkan bagaimana hendak mengasingkan Islam dan politik.

Mereka ini telah menyalahgunakan anggota tubuh yang diciptakan oleh Allah dengan begitu unik dan cantik. Apakah masih tidak cukup penciptaan Allah itu, sehingga perempuan-perempuan murahan bertungkus lumus menyolekkan muka mereka sehingga memperlihatkan kehuduhan? Tidak cukupkah dengan tubuh yang ada sehingga sanggup ber“korban” untuk mencantikkan tubuh kononnya?

Jenis Manusia Yang Tak Reti

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami (Allah) kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

Apabila manusia sudah mencapai umur yang tua, sebahagian daripada mereka kembali menyedari perbuatan mereka, tetapi masih ramai yang terus sesat di dalam kekaratan jahiliyyah. Adakah mereka yang tua sahaja perlu diberi peringatan? Tidak, orang yang muda yang menyalahgunakan anggota mereka juga termasuk di dalam peringatan ini.

Ramai orang yang tua, apabila sudah sampai waktunya, mereka kembali nyanyuk atau berdifat seperti sifat kebudak-budakan. Tetapi kita jangan lupa, soleklah seberapa mampu, muka itu tetap akan berkedut. Akan ternampaklah lipatan-lipatan, walaupun kamu menggunakan apa sahaja alat solek sekalipun. Soleklah, kamu akan berkedut juga.

Orang yang menggunakan kelengkapan yang diberikan kepada mereka untuk menjahanamkan Islam, mereka lebih teruk daripada mana-mana haiwan. Binatang yang tidak reti untuk berfikir, lebih mulia daripada mereka. Anjing atau babi bukanlah gelaran yang sesuai bagi mereka, bahkan lebih teruk.

Allah SWT berfirman

Dan sesungguhnya Kami jadikan neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al Araf :179)

Inilah manusia yang menyalahgunakan kelengkapan anggota yang telah dibentuk oleh Allah SWT untuk melakukan perintah, dan menjauhi laranganNya, tetapi mereka telah melakukan jenayah. Sebuah jenayah terhadap Tuhan, yang layak dihakimi di mahkamah Allah SWT yang langsung tiada penipuan, rasuah dan sebagainya sepertimana mahkamah manusia.

Kesimpulan : Manusia Yang Mendapat Tempat

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Inilah satu perbandingan mudah yang Allah SWT sebut di dalam al Quran. Tetapi golongan ini sentiasa ditindas oleh golongan sebelum ini. Pelbagai cemuhan dan tohmahan terus ditujukan kepada mereka dengan tujuan menjahanamkan orang-orang Soleh ini dari muka bumi maksiat mereka.

Walaupun mereka sentiasa dibelenggu kesusahan, tetapi mereka inilah yang mendapat tempat di sisi Allah. Mereka sentiasa teguh dengan iman dan Islam mereka walaupun dijatuhkan dari segenap sudut melalui perancangan-perancangan jahat golongan pertama tadi. Golongan inilah yang bakal menghuni neraka yang sememangnya disediakan untuk mereka.
Read More

KENABIAN YANG DI REKA-REKA

Kenabian adalah satu anugerah teristimewa yang diianugerahkan oleh Pencipta kepada ciptaannya yang dipilih sahaja. Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskanNya ialah Nabi Muhammad s.a.w. Bagindalah utusan terakhir, penyudah segala nabi, pelengkap segala syariat dan penyebar rahmat ke seluruh alam. Tidak hanya tertumpu kepada masyarakat dan kepulauan arab sahaja, sebaliknya utusan bagi semua makhluk termasuk malaikat, jin, manusia, haiwan, tumbuhan dan semua benda selain Allah.

Sejak kewafatan Nabi s.a.w, anugerah kenabian yang dikhaskan bagi hambanya yang terpilih, telah dipermainkan oleh beberapa pihak yang sesat lagi menyesatkan. Mereka mendakwa bahawa mereka telah didatangi oleh malaikat dan diberi wahyu untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima akal, sedangkan Islam selari dengan kehendak akal dan naluri manusia semulajadi. Tiada seorang manusia pun yang mampu membuktikan kecatatan Islam samada mengikut kajian sains, dalil, naluri dan sebagainya.

Kemunculan penipu-penipu ini bertujuan mendapat populariti, pengaruh dan kekayaan. Mereka juga digelar 30 orang dajal dan dajal yang terakhir adalah adalah Dajal Laknatullah yang akan muncul pada akhir zaman, sepertimana yang terdapat di dalam himpunan hadis-hadis berkenaannya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi As Sa’ah (Kiamat) sehinggalah dibangkitkan Dajal-dajal penipu (bilangannya) hampir mencecah 30 orang, setiap orang daripada mereka menyangka bahawa diri mereka adalah Rasulullah. (Shahih Muslim : 7271)

Bilangan yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w adalah hampir mencecah seramai 30 orang. Dalam riwayat lain, bilangan tersebut adalah benar-benar 30 orang, berdasarkan hadith riwayat Tsauban.

Daripada Tsauban RA, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan terdapat di kalangan umatku, 30 orang penipu, kesemuanya menyangka mereka adalah nabi dan sesungguhnya aku adalah penyudah semua nabi, tiada nabi selepasku. (Shahih Muslim)

Abdul Wahab Abdul Salam Thowilah mengatakan bahawa bilangan tersebut tidak bermakna benar-benar tepat 30 orang, tetapi menunjukkan gambaran ramai. Iaitu mereka yang mengaku nabi atau rasul, bilangan sebenar mereka adalah ramai tidak terkira.

Al Haithami mengatakan di dalam Majma’ Zawa’id bahawa hadis-hadis yang menyatakan tentang bilangan tersebut ialah seramai 27 orang, 30 orang dan hampir 30 orang. Kesemuanya telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad, al Bazzar, At Thobroni di dalam al Kabir dan al Awsath dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, sudah menjadi kepastian melalui hadith-hadithnya, Baginda telah menyebut kemunculan dajal-dajal ini akan mencalar pangkat yang dianugerakan kepada Baginda s.a.w. Ulama’-ulama’ telah menyenarai hitamkan beberapa orang yang telah melakukan penipuan tersebut.

• Musailamah Al Kazzab

Hidup ketika zaman Rasulullah s.a.w lagi, dan beliau dibunuh ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr As Siddiq di dalam peperangan Al Yamamah.

• Al Aswad Al ‘Unsi dari Yaman

Dibunuh oleh Fairuz di Yamana ketika zaman Nabi s.a.w lagi.

• Sajjah At Tamimiah

Seorang perempuan yang dikahwini oleh Musailamah Al Kazzab. Selepas pembunuhan suaminya, beliau kembali kepada Islam.

• Thulaihah Bin Khuwailid Al Asadi

Kembali kepada Islam sebelum kematiannya.

• Al Mukhtar Bin Abi Ubaid Ath Thaqafi

Menyatakan kasih sayangnya terhadap ahli bait Rasulullah s.a.w dan bangkit menuntut kes pembunuhan Saidina Ali r.a. Ketika zaman pemerintahan Az Zubair di Kufah, beliau telah mengaku kenabian dengan menyatakan bahawa Malaikat Jibril telah datang kepadanya.

• Harith bin Saad

Muncul ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan dibunuh ketika itu. Pengikut-pengikutnya bangkit ketika zaman Khilafah Abbasiah.

• Mirza Ghulam Ahmad Al Qadiyani

Muncul di India, pada mulanya beliau mengaku kenabian beliau, kemudian mengaku bahawa beliau adalah Nabi Isa. Kumpulannya digelar Al Qadianiah yang diambil daripada sebauh perkampungan di India.

• Al Mirza Ali Muhammad Redha As Syirazi

Pengasas gerakan Al Babiah pada tahun 1260 H bersamaan 1488 Masehi di bawah pemerintahan Yahudi.

• Mirza Husain Ali Al Baha’iy

Pengganti kepada Mirza Ali Muhammad Redha As Syirazi, pengasas kepada gerakan Al Baha’iyyah, beliau telah mengarang kitab Al Aqdas. Lahir pada 1233 H di Tehran dan meninggal pada 1309 H di Aka, Palestin.

• Isa Al-Asfahan
• Aliya Muhammad
• Ahmad bin Husain
• Laqit
• Faris bin Yahya
• Ishak Al-Akhras
• Ibnu Sam’an
• Amir bin Harb
• Abu Mansur Al-Ijli
• Ibnu Said As-Sajli
• Ibnu Bahram Al-Juba’i
• Abu Khattab Al-Asadi
• Hasan bin Hamdan
• Abul Qasim An-Najar
• Al-Muni’ul Qashar
• Ibnu Kharba Al-Kindi
• Abu Muslim As-Siraj

Senarai nama di atas adalah sebahagian daripada mereka yang mendakwa diri mereka seorang nabi dan lebih dahsyat ialah dakwaan ketuhanan mereka. Bilangan mereka berkemungkinan melebihi 30 orang, kerana bilangan dinyatakan oleh Nabi s.a.w adalah merujuk kepada mereka yang terkenal di seluruh dunia dengan kejahatan yang dilakukannya.

Kehadiran 30 orang penjahat ini beberapa kali disebut oleh Nabi s.a.w di dalam hadith-hadithnya sebagai simbolik kepada manusia zaman ini bahawa kemunculan 30 orang ini pastinya menjadi salah satu tanda ketibaan kiamat yang kurang disedari oleh manusia.

Di Malaysia Pun Ada Yang Mengaku Nabi

Selain itu, apa yang terjadi di Malaysia juga mengejutkan dunia, beberapa orang telah mengaku menjadi nabi dan rasul. Mereka berdalilkan kepada ayat ke 3 daripada Surah Yasin, Surah ali Imran ayat 31 dan sebagainya. Mereka ialah Kahar Ahmad yang telah ditahan pada tahun 2006 dan Meriam Ahmad Shaharuddin.

Petikan daripada harian Metro 28 Disember : “Dalam dakyahnya yang terdahulu, Meriam mendakwa kononnya dia, setiausaha kanan itu, Neale Donald Walcsh dan Nabi Isa sebagai rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya diarahkan tuhan untuk bagi surat ini kepada saudara (Harian Metro). Menurut kata tuhan, sudah sampailah masanya saudara (setiausaha sulit kanan) mengumumkan siapa diri saudara yang sebenar.

“Masa ini bukanlah masa untuk kebenaran ini disorokkan lagi sebab tuhan sudah mahukan kebenaran daripada tuhan yang saya bawa ini didedahkan kepada orang ramai.

“Telah sekian lama saya tercari-cari siapakah seorang lagi rasul Allah yang ada tuhan nyatakan dalam buku yang saya turunkan daripada tuhan itu. Saya tahu hanya bukti saja yang saya perlukan, iaitu berkaitan dengan saudara saja lagi,” katanya dalam kenyataan menerusi faksimili itu.

Dalam kenyataan sama, bekas guru itu turut menghina seorang ulama dengan menganggapnya sebagai pesuruh dajal.

Sebuah petikan daripada blog mazidulakmal.blogspot.com dan www.terjah.com,



Beberapa tahun lalu, saya pernah menyertai operasi Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, menahan lelaki mendakwa ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59 tahun di rumahnya di Kg. Kemensah, Hulu Klang, Selangor.

Dia kedengaran bijak dan kelihatan yakin setiap kali berhujah. Tidak hairan jika dia mempunyai pengikut setia.

“Muhammad itu rasul orang arab, saya rasul orang Melayu”

Antara kenyataan diungkapkannya ketika ditemubual pegawai JAIS.

Abdul Kahar pertama kali didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2005 atas 5 tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Antara pertuduhan terbabit, Abdul Kahar mengisytiharkan dirinya rasul orang Melayu zaman ini, mempersendakan ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji, perkara sengaja di cipta kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

Terbaharu, saya menerima emel memaklumkan Abdul Kahar kini mempunyai blog sendiri, http://messengerofgodtoday.blogspot.com/



JAIS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pihak berjaya menyalurkan maklumat sehingga tertanggapnya Abdul Kahar.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian 1-800-88-2424 atau 03-5519 0398.

------------------------------------------------------------------------

Demikianlah rupa bentuk tuturkata nabi Melayu yang sesat, dan perlu ditolak. Tiada sebarang asas yang mengatakan mereka adalah nabi.

Allah berfirman

Maksudnya : Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang sleh pula diangkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapatkan kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancagan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Surah Fatir : 10)

Allah berfirman

Maksudnya : Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib? (At Taubah : 78)



Read More

SABAN HARI ,, MASYARAKAT BERTANYAKAN SOAL PERKAHWINAN


Beberapa hari lepas, saya menerima email daripada seorang saudari yang keliru tentang masalah yang perkahwinan. Sah atau tidak? Boleh atau tidak? Dan bermacam-macam soalan lagi yang timbul. Entah kenapa persoalan tentang kahwin ini yang ingin ku jawab. Tidak kurang juga, pelbagai ulasan yang diberikan, menambahkan dorongan kepada saya untuk memperbetulkan situasi.

Email pertama yang ditanya :

Salam semua, dua hari yang lepas saya dikejutkan dengan berita terbaru daripada sahabat saya yang telah berhijrah dan bekerja di Oman. Sahabat saya seorang adalah gadis yang tidak pernah berkahwin. Namun 2 hari yang lepas dia telah mengkhabarkan kepada saya bahawa dia telah bernikah dengan seorang jejaka islam berasal dari India. pernikahannya langsung tidak ke ketahui oleh keluarga. memandangkan kedua-dua mereka adalah bukan warga oman maka semasa pernikahan mereka, saksi mereka hanya terdiri daripada rakan-rakan sekerja. sahabat saya memang sudah tidak mempunyai ayah dan ibu tetapi mempunyai adik lelaki berusia 23tahun. Saya musykil adakah prnikahannya itu sah? Dia menjelaskan kepada saya bahawa dia bernikah dengan berwalikan sahabat karib kepada suaminya sekarang.

Pada pemahaman saya hanya janda atau balu sahaja yang tidak memerlukan wali dari kalangan keluarga atau wali hakim untuk bernikah untuk kali kedua. mohon perbetulkan saya di mana-mana saya silap.

Mohon para sahabat yang arif tentang perkara ini dapat memberikan penjelasan. 
Wassalam

-----------------------------------------

Antara ulasan dan persoalan tambahan yang ditimbulkan oleh beberapa orang ialah :

saya juga berpendapat seperti saudara, itu jugalah yg dilalui saya semasa bernikah 6 tahun lepas. Iaitu adik kandung seibu-sebapa menjadi wali. Hairan juga, sedangkan adik boleh jadi wali. Kenapa guna sahabat karib kepada suami?? Mohon penjelasan pada sesiapa yg pakar. Tq.

-----------------------------------------

Adik kandung memang boleh jadi wali tapi ada berdekatan dgn kita. Bila berada di tempat jauh dari saudara mara. Perempuan yang hendak berkahwin dan memohon wali hakim sekurangnya ada surat persetujuan wali di malaysia utk memberi kebenaran menjadi wali hakim. Lagipun kita ada 4 mazhab. kalau orang arab berkahwin dengan wali hakim pasti ada syarat2 nya. Sekarang ni perempuan tersebut berada di luar malaysia, pasti ada syarat yg membolehkan dia berkahwin walaupun wali hakim di kalangan kawan suaminya. Pasti perkahwinannya sah. Ini pandangan saya. Saya masih bujang.mungkin ada jawapan yg lebih baik dari apa yg saya berikan.

-------------------------------------------

Salam! Sekadar yang saya tahu. Seseorang wanita yang tidak pernah berhubungan badan dengan lelaki, samada secara sah atau tidak, adalah tidak memiliki hak perwalian ke atas dirinya sendiri. Oleh itu dia juga tidak berhak mewakil-walikan dirinya (melantik wali) bagi dirinya. Dengan itu pernikahan yang tidak mempunyai wali yang tidak sah juga adalah tidak sah dari sudut syarak. Perwakilan wali tersebut hanya sah jika ia dilakukan oleh wali yang sah, iaitu saudara dari sebelah ayahnya seperti bapa saudara, datuk, atau saudara lelakinya. Wali hakim kalau dikelantan disebut sebagai Wali Raja. Ini adalah kerana seseorang Raja bertanggung jawab atau rakyatnya atau sebarang orang yang berada dalam kawasan pemerintahannya. Dengan itu beliau sendiri atau wakilnya boleh menikahkan mana-mana wanita yang ketiadaan wali. Oleh itu bukan semua orang layak jadi wali hakim. WallahuA'lam

------------------------------------------

Salam, tolong check yea..saya pun tak pasti...cuma yang saya tahu bagi mereka yang ingin bernikah diluar daerah dan wali susah nak hadir, boleh berwalikan wali hakim...bahasa kitalah...saya tak tahulah terms nya...Cuma sebelum tu kena diminta kebenaran wali sebenarnya untuk bernikah. Contoh bapa jika masih ada..atau abang atau bapa saudara...ikut que die lah...Kalau pun si wali tak setuju...selepas 3 kali nyata tak setuju baru boleh pakai wali hakim ni untuk nikah juga bagi perempuan... .Tolong bagi explanation bagi yang lebih arif...inilah yang saya faham semasa saya berada di luar negara dan sahabat2 berkahwin disana...itulah yang diajarkan... wallahukalam.

-------------------------------------------

Perlu kita fahami bahawa kaedah pernikahan di Malaysia telah ditambah-tambah syarat yang menyebabkan urusan menjadi lebih sukar daripada sepatutnya. Pihak berkuasa agama ada alasan-alasan tertentu dalam menambah-nambah syarat dan prosedur itu. Ada buruk dan ada baiknya

Perkara buruk antara yang saya lihat ialah menjadikan masyarakat keliru, tidak tahu yang mana syarak, yang mana adat, yanag mana prosedur dan masalah birokrasi yang diada-adakan. Dengan bahasa mudah ialah menjadikan masyarakat yang jahil bertambah jahil

Sepatutnya inilah isu yang sepatutnya kita bahaskan, apa yang wajib, apa yang direka-reka dan apa alasannya, dan apa kesannya buruk dan baik. Bukan dok berbalah tentang benda yang Allah telah haruskan (poligami) sehingga boleh merosakkan keimanan sendiri. Terima kasih

--------------------------------------------

masalahnya kamu sendiri pun tidak menyebut apakah kaedah yang menunjukkan keburukkan dan membuat orang bertambah jahil wahai ustaz. nampaknya ustaz sendiri cuba mengelirukan ramai orang atau cuba menunjukkan sesuatu yang baharu.

islam bergerak seiring dengan kemodenan. maka khilaf ulamak perlu untuk mengibangi keadaan. sebab dah takde lagi Nabi selepas Nabi kita Nabi Muhammad. tiada lagi wahyu selepasnya untuk merungkai masalah terkini. sebab sebelum wafatnya Nabi kita, telah sempurna Islam yang didakwah oleh Nabi.

---------------------------------------------

Ulasanku

Setelah membaca kesemua email dan ulasan yang diberikan, saya pun melontarkan jawapan dengan menulis artikel di bawah untuk tatapan semua..

Wali Bagi Perempuan Untuk Proses Perkahwinan

Saya terpanggil untuk menjawab persoalan ini, yang berkait rapat dengan “wali” bagi perempuan dalam proses perkahwinan. Secara umumnya, perempuan itu mestilah mempunyai wali untuk pernikahannya. Sekiranya tidak, akad tersebut tidak sah sama sekali. Cuma di sana terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan.

Pertama : Siapakah wali bagi perempuan?

- Bapa
- Atuk (ayah kepada bapa)
- Adik beradik lelaki seibu sebapa
- Adik beradik lelaki sebapa
- Anak saudara (anak kepada adik beradik lelaki seibu sebapa)
- Anak saudara (anak kepada adik beradik lelaki sebapa)
- Bapa saudara seibu sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa, yang seibu sebapa)
- Bapa saudara sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa, yang sebapa)
- Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara, yang seibu sebapa)
- Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara, yang sebapa)

* Senarai ini adalah berdasarkan turutan mengikut keutamaan.
* Jika kesemua yang disebut di atas ini “tiada”, maka wali bagi perempuan itu ialah “wali sultan”.

Kedua : Syarat-syarat wali

- Beragama Islam
- Adil
- Baligh
- Berakal
- Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan pandangan
- Bukan dari kalangan “safih”, iaitu mereka yang tidak boleh menguruskan diri sendiri
- Bukan orang yang sedang berihram

* Jika kesemua syarat ini tiada pada wali terdekat, maka hak sebagai wali berpindah kepada wali selepasnya berdasarkan turutan sebelum ini

Ketiga : Permasalahan

- Sekiranya seorang perempuan yang cukup syarat berkahwin, meminta dikahwinkan dengan lelaki yang sekufu dengannya, tetapi walinya enggan memberi kebenaran berkahwin. Maka, dia boleh menggunakan “wali sultan”, sekalipun yang enggan memberi kebenaran itu ialah bapanya sendiri.

- Sekiranya seorang perempuan yang cukup syarat berkahwin, dan masih dara, meminta dikahwinkan dengan lelaki yang sekufu dengannya, tetapi walinya ingin mengahwinkannya dengan lelaki lain yang juga sekufu dengannya, maka si wali lebih berhak menentukan pasangannya, dan perempuan tersebut tidak boleh menggunakan wali sultan.

- Wali berada lebih daripada 2 marhalah (90 KM), maka, wali tidak berpindah kepada wali selepasnya (seperti dalam turutan sebelum ini), tetapi ia adalah hak “wali sultan”. Sekiranya berada kurang daripada dua marhalah, maka wali sultan tidak dibenarkan mengahwinkannya, melainkan dengan kebenaran wali tersebut.

Keempat : Undang-undang Perkahwinan

- Undang-undang yang digariskan di Malaysia, selagi mana tidak “bercanggah” dengan apa yang telah disyaratkan oleh Islam, maka ia wajib dipatuhi. Contohnya wajib bagi mereka yang ingin berkahwin, mengisi borang terlebih dahulu. Ia tidak bercanggah dengan Islam. Sekiranya bercanggah, contohnya membenarkan perkahwinan tanpa wali, maka perkahwinan itu tidak sah, sekalipun di”sah”kan oleh manusia.

- Perkahwinan tanpa pengetahuan majlis agama, atau sebagainya, perkahwinan tersebut “sah” sekiranya mencukupi syarat-syaratnya. Akan tetapi ia telah melanggar undang-undang, dan ia dikira sebagai perkara yang berdosa. Perkahwinan sah, tetapi berdosa. Contohnya seperti mendirikan solat dengan menggunakan sejadah yang dicuri. Solat sah, tetapi berdosa.

- Sesiapa yang ingin berkahwin di luar negara, tidak perlu untuk mendapatkan kebenaran daripada walinya, namun dia MESTI mendapatkan kebenaran dari “wali sultan”. Namun, prosedur hari ini, wali sultan akan meminta pasangan yang ingin berkahwin, supaya meminta kebenaran dengan ibu bapa di Malaysia. Walaupun ia adalah “prosedur”, namun ia dikira MESTI dilaksanakan kerana tidak bercanggah dengan asal syara’.

- Saudara yang melontarkan persoalan, memberitahu bahawa “wali” dalam perkahwinan tersebut ialah “sahabat karib” bagi si lelaki. Maka, sekiranya sahabat karibnya itu adalah wali sultan, maka perkahwinan tersebut sah, tetapi berdosa kerana melanggar undang-undang. Sekiranya sahabat karibnya itu “bukan” wali sultan, maka perkahwinan tersebut TIDAK SAH.

WalLahu a’lam

-----------------------------------------------

Seorang lagi hamba Allah telah bertanya, soalannya berbunyi :

salam.. sebelum tu sye ingin menompang sekaki nk menanye pd kekwan yg arif bab wali di mana bapa yg ingin menjadi wali itu tidak menunaikan solat dan brpuasa..atau tidak solat melebihi 40 hari..Adakah dia masih layak untuk menjadi wali..sah ke pernikahan itu jika dia beriya2 untuk menikahkan anaknyer walaupun tidak menunaikan kewajipan hukam Islam ke atas dirinye..minta perjelasan.. ?? tq..

---------------------------------------------

Lalu saya membalas email tersebut dengan artikel ini,

Syarat Sebagai Wali

Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Sebelum ini telah dinyatakan syarat-syarat sebagai wali, dan ia agak ringkas untuk diperjelaskan di sini. Oleh itu, saya jelaskan kesemua syarat-syarat tersebut, bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Syarat-syarat dan penjelasannya seperti berikut :

- Beragama Islam

Tidak sah bagi seorang bapa yang “kafir” mengahwinkan anaknya yang beragama Islam. Di dalam turutan wali tersebut, secara automatik, hak sebagai wali tersebut berpindah kepada wali yang selepasnya. Sekiranya kesemua walinya itu “kafir”, maka boleh digunakan wali sultan. Firman Allah SWT :

Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman (Surah an Nisa : 141)

Demikian juga dalam harta warisan. Orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam, dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya perkahwinan sesama kafir, contohnya antara Yahudi dan Nasrani, maka itu terserah kepada mereka.

- Adil

Wali yang adil ialah wali yang tidak melakukan dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan tidak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah. Contoh dosa besar ialah meninggalkan solat fardhu. Contoh bagi berterusan dengan dosa kecil ialah berterusan mengamalkan amalan mengumpat. Dan contoh bagi melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah ialah kencing di tepi jalan, berjalan di bandar dengan kaki ayam dan sebagainya.

Maka, apabila seorang bapa tiada syarat ini, maka hak sebagai wali itu berpindah kepada wali selepasnya, iaitu atuk (ayah kepada bapa). Sekiranya atuk juga tidak lengkap syarat ini, maka ia berpindah kepada wali selepasnya mengikut turutan. Nabi SAW bersabda

Tidak ada pernikahan melainkan dengan wali yang mursyid (Riwayat Imam Syafie Dengan Sanad Yang Shahih)

Namun sebahagian ulama berpandangan, tidak mengapa sekiranya syarat “adil” ini tiada pada seorang wali, memandangkan ia agak sukar untuk didapati pada hari ini. Saya menambah, sekiranya berlaku demikian, lebih sesuai sekiranya kita mengesyorkan supaya wali itu memberi kebenaran kepada “wali sultan”.

- Baligh

Kanak-kanal tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan. Kerana dia tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Maka, sekiranya tiada wali melainkan adik kita yang belum baligh, maka hak wali diserahkan kepada “wali sultan”.

- Berakal

Orang yang gila tidak boleh menjadi wali. Ataupun seorang yang hilang akal ketika hendak mengahwinkan anak perempuannya. Atau mengidap penyakit sawan, atau mabuk ketika akad tersebut dan sebagainya. Ataupun si wali tertidur “ketika” mengahwinkan anak perempuannya. Ia juga termasuk dalam kategori hilang akal, atau tidak sedar.

- Tidak mempunyai kecacatan yang menjejaskan pandangannya

Orang yang tidak jelas pandangannya, disebabkan penyakit tua atau kurang akal, tidak layak untuk menjadi wali bagi perempuan. Ini kerana ia gagal untuk memilih pasangan yang sekufu dengannya. Rabun tidak termasuk di dalam masalah ini, selagi mana penyakit tersebut tidak menjejaskan pandangan.

- Bukan dari kalangan safih

Safih ialah mereka yang tidak boleh menguruskan dirinya sendiri, walaupun sudah dewasa. Kebiasaanya mereka gemar membazirkan wang, tidak tahu mengurus dan sebagainya. Contoh yang paling jelas ialah adik yang sudah dewasa, tetapi masih gagal untuk menguruskan dirinya sendiri.

- Bukan orang yang sedang berihram

Orang yang sedang berihram, samada haji atau umrah, tidak boleh mengahwinkan orang lain. Perkara ini jelas. Sekiranya satu-satunya wali bagi seseorang perempuan itu sedang mengerjakan ihram, maka, hak wali tersebut berpindah kepada wali sultan.


Permasalahan Yang Timbulkan

Si bapa yang “beriya-iya” hendak menjadi wali, tetapi dirinya tidak mencukupi syarat sebagai wali, iaitu tidak mengerjakan solat melebihi 40 hari, tidak berpuasa, dan sebagainya. Syarat sebagai wali, seperti yang telah disebutkan ialah “adil”. Si bapa yang di dalam kategori yang dimaksudkan ini adalah tidak “adil”. Adakah pernikahan yang berwalikan bapa seperti ini adalah sah?

Sepertimana yang telah disebutkan, syarat sebagai wali ialah adil. Namun di sana terdapat perbezaan pandangan di kalangan fuqaha, kerana menilai dengan situasi hari ini. Ini kerana, syarat ini menimbulkan kesulitan yang besar dalam mendapatkan wali yang “adil”.

Maka, saya mengesyorkan beberapa perkara :

- Si bapa hendaklah kembali melaksanakan kewajipan yang dituntut oleh Islam, seperti berpuasa dan mendirikan solat. Atau dengan kata lain, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

- Si bapa hendaklah mengutamakan wali-wali yang lain, yang lebih “sesuai” daripada dirinya.

- Saudari yang bertanya, hendaklah merujuk kepada pejabat agama, untuk menilai pandangan yang lebih sesuai oleh pihak pejabat agama. Mungkin pejabat agama lebih berpandangan dengan pandangan sebahagian fuqaha’, iaitu membenarkan perkahwinan dengan berwalikan si bapa seperti itu. Atau, mungkin juga pejabat agama lebih menekankan tentang syarat asal yang diletakkan.

Pejabat agama memainkan peranan sebagai pemerintah. Dan ini adalah hak “pemerintah” yang bertanggungjawab dalam memilih salah satu daripada pandangan-pandangan fuqaha ini, sebagai penelitian terhadap keperluan semasa, dan situasi hari ini.

- Sekiranya “sudah” berkahwin, dari sudut pengesahan perkahwinan tersebut diserahkan kepada pejabat agama. Samada mereka perlu diakadkan semula, atau pejabat agama mengambil pendekatan pandangan sebahagian fuqaha, maka itu terpulang kepada pejabat agama, yang meletakkan undang-undang. Saya yakin, pejabat agama juga yang telah membenarkan si bapa tersebut menjadi wali. Maka, perkahwinan tersebut dikira sah.

WalLahu a’lam

Read More

HUKUM BERSOLEK

MUQADDIMAH

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkankecantikan rupa parasnya.”Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan
‘auratdan di sampingmenjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yangdemikian  Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allahs.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah merekamenampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Danhendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganmenampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah merekaatau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suamimereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budakyang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyaikeinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akanapa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekaliankepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalamfirmanNya yang bermaksud:

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya”
(al-Nur: 31)

bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahanmenutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yangmendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, iabukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaiandan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hariakhirat kelak.Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Janganlah menampakkan perhiasan”
(al-Nur: 31). 

Dengan ini jelas bahawasebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah bolehmembawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti inihanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takutkepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyenpakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak padatubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti inididedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ!.

Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung inidiletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung,dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya anginbayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelasbentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya.

Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap matamemandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yangmentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagaifesyen pakaian mengikut keadaan zaman.Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allahs.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda jugatergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firmanAllah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!!Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud

“Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan”
 (al-Nur: 31). 

Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengahgolongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kakihingga terlihat perhiasan tersebut.Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyonganbadan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadangternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti inidimaafkan.Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukankepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jikakamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehinggaberkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)

Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagiandaripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabdayang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan,maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.” 

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaumwanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawakepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti AbuBakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis.Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:

“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidakharus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” 

Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana diluar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima teguran yang banyak, kerana bukan mudah untuk melayan selera jumhur (orang ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan.

Jika masih adateguran darinya itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelahmenerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.Kesimpulan maksud hadith di atas, bolehlah difahamkan bahawa Allahs.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggota-anggota tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi,umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya,maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung. Begitu juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan.

Andainya dihiasi (seperti berinaiatau seumpanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan.Tujuan suruhan ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku sebarangkemungkaran. Setelah seseorang wanita tidak lagi bersolek kecuali untukdipersembahkan kepada suaminya, maka tertegaklah suatu benteng yang dapatmenyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkankejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadaplelaki. Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki, istimewa pulabagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniah.

Perbuatan tadi umpamamembentangkan juadah makanan di hadapan mereka, mata siapkah yang tidakterbeliak ? Selera siapakah yang tidak terbuka ? Natijah daripada ini pula Allahs.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memeliharapenglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud: 

“Katakanlahkepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemauluannya…….”  (al-Nur: 30)

Demikian juga Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandanganmereka dengan firmanNya: “
 Hendaklah mereka menahan pandangannya…..” 

 Analisa ini semua ialah: Pandangan boleh membawa kepada zina

TRADISI BE MAKE-UP
(BERSOLEK)

Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satutradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuanmelengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenisalat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pulamembangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!

Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dankebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorangsuami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakahperasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku,nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akanberlaku sama sekali. Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..?

Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atauperbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang nalurimasing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku merekalemah lembut serta memiliki hormon-hormon Fauicolone dan Prageslerone

Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Sedangkan kaum lelaki pulamemiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaumwanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifat-sifat ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau punbertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telahmenjelaskan di dalam ayat-ayatNya yang bermaksud:

 “
Bukankah dia didahuluisetitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadisegumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allahmenjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan” 
(al-Qiamah: 37-39)

AMARAN ALLAH

Allah s.w.t telah memberi amaran, khasnya ditujukan kepada orang-orangyang beriman di dalam firmanNya yang bermaksud: “
 Janganlah kamu mendekati perbuatan zina…..
” (al-Israk: 32). Natijah ayat tersebut, Allah s.w.t telahmemerintahkan orang-orang Islam supaya menjauhkan diri dari sebarangperbuatan yang membawa kepada kemungkaran. Umpamanya, penzinaan tidakmungkin berlaku andaikata tidak didahului dengan sentuhan perasaan dansambutan. Oleh itu sudah menjadi syari’at Islam, apabila mengharamkankemungkaran, maka segala jalan yang membawa kepada kemungkaran tersebut juga diharamkan.Syeikh Muhammad al-Ghazali ada menyatakan: “Andai kita sudahmengenali jenis penyakit yang dihadapi, masakan pula berlaku perbalahan caramengubatinya di kalangan kita.”Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi dengan sabdanya yang bermaksud:“
 Penglihatan yang bernafsu sudah dianggap penzinaan.
” Sabdanya lagi: “
Tiga jenis mata yang tidak disentuh api neraka: mata yang tidak memandang perkara- perkara yang diharamkan Allah, mata yang berwaspada di dalam perang, matayang menangis kerana takutkan siksaan Allah.
”Nabi ‘Isa a.s pula bersabda yang maksudnya berbunyi: “
Sesiapa yang memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia sudah dianggapmelakukan penzinaan di dalam hati.
”Kepuasan melalui pandangan merupakan salah satu kepuasan yang amatbesar. Sebagai bukti, cuba kita lihat, berapa banyak terdapat di kalanganmasyarakat yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untukmemperlengkapkan perabot rumah dalam bentuk yang indah. Umpamanya alat-alat kegunaan di dapur seperti pinggan mangkuk, gelas cawan, yang semuanyaberset (beserta berpasangan). Semua alat-alat ini beraneka bentuk dan fesyen.

Malahan ada pula di antaranya yang sengaja dipamerkan di ruang tamu. Sudahtentu bijana-bijana yang dipamerkan itu lebih mahal dan menarik dari digunakandi dapur. Penzahiran ini, semuanya menarik perhatian pandangan setiap tetamuyang datang. Perbuatan ini seolah-olah tuan rumah itu membentangkan santapanmata terlebih dahulu sebelum dihidangkan juadah makanan.Memang benar apa yang dikatakan ‘Makanan mata lebih berharga darimakanan mulut’.

Malahan dengan melalui pandangan mata, seseorang itu terbukaselera untuk menjamah makanan yang dihidangkan di hadapannya.Keadaan ini semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita pada hariini. Cuba perhatikan, orang-orang perempuan pada zaman ini terutamanya anak-anak gadis. Mereka tidak akan keluar ke tempat-tempat belajar, kelab-kelabwanita, tempat-tempat kenduri dan sebagainya sebelum muka ditempel denganberbagai alat make-up. Tujuan perbuatan ini adalah untuk menarik setiap lelakiyang ditemui di jalan. Apatah lagi bagi pemuda-pemuda di kaki lima, bagaikanorang mengantuk yang disorongkan bantal.Oleh itu berwaspadalah kamu wahai orang-orang beriman.

Ingatlah, adabarang-barang di dunia ini yang boleh dipamerkan dan dilihat. Di samping itu adapula yang tidak boleh dipamerkan dan dilihat. Tidak dinafikan bahawa setiapinsan mempunyai perasaan (emosi) seperti suka-duka, inginkan pemandanganyang indah, tetapi itu adalah perkara biasa atau normal sahaja. Dorongan syahwat tidak akan bertindak ganas jika tidak dilayani dengan mendedahkan perkara-perkara yang membangkitkan berahi di hadapannya. Punca keberahian tidak akanlahir tanpa pancaindera. Oleh itu memang tepat apa yang dikatakan oleh penyair“
 punca maksiat terbit dari penglihatan”. Rangkaian maksud syair tersebut dapatdilihat seperti di bawah:

Setiap kejadian dari pandangan
Bagaikan kebakaran dari serpihan
Banyak kerlingan menikam kalbuKalbu ditikam tanpa panahan
Selagi manusia mengikut perasaan
Bahawa di hadapan tidak kesedaran
Relakan bencana datang melanda kemuliaan
Usah disambut andai datang membawa kehancuran


SATU KEHINAAN

Sebilangan besar wanita sekarang berlagak bagaikan pengantin baru bilakeluar dari rumah. Mereka berpakaian indah mengikut fesyen. Ada pula kainbajunya terlalu nipis hingga terbayang bentuk ukuran badan. Dengan perbuatanini, seolah-olah mereka berkata-kata di dalam hati: “Siapakah tidak terpesona bilamelihat keindahan fesyen pakaian yang membalut tubuhku? Siapakah tidaktertarik pada bentuk badan dan langkahku dan siapa….?”Sedarkah mereka bahawa perbuatan tersebut tak ubah langkahnya sepertipenjual manik-kuran di jalan-jalan atau di kaki lima. Setiap yang lalu pastimemerhatikan. Jika tidak melihat, penjual sendiri datang menawarkan diri. Tapisayang ……! Ramai pemerhati dari pembeli.Andainya golongan ini berfikir sejenak, nescaya timbul perasaan malu.Natijahnya, sudah pasti mereka akan menutup ‘aurat dan keindahan rupa parasmereka. Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud: “

 Hai Nabi ‘Alaihissalam,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab. Yang demikian itu supayamereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 

” (al-Ahzab: 59).Sekitar ayat tadi, dapatlah difahamkan bahwa Allah s.w.t telah menjelaskankedudukan wanita-wanita yang baik. Sebagai model untuk Muslimat semua,Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isteri dan anak-anak perempuan supaya merekamemakai jilbab (purdah).Wahai wanita-wanita yang beriman! Hendaklah kamu semua berpakaianmenutup ‘aurat. Setiap pergaulan dan percakapan mestilah berpandukan Islam.Dari aspek-aspek inilah dapat diukur sejauh manakah keimanan kamu dalammelaksanakan suruhan Allah dan RasulNya.Tanggungjawab yang anda semua lahirkan itu merupakan satu kaedahyang boleh menjadi tauladan kepada wanita-wanita yang lain.

Di samping itupula, dapat dibezakan di antara golongan yang beriman lagi beramal dengangolongan yang tidak beriman. Golongan beriman sudah tentu dihormati dandisegani oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat.Duhai belia-beliawanis Islam! Andainya pakaian dan tingkah laku andatidak ada bezanya dengan penari-penari di kelab malam, atau pakaian kamu samasahaja dengan pakaian wanita-wanita yang tidak beriman, di manakah letaknyabukti dan di manakah letaknya keperibadian sebagai wanita Islam? Iman terletakdi hati sudah tentu tidak dapat dilihat. TETAPI penzahiran keimanan dapat dilihatdari amalan dan pakaian serta tingkah laku.Bertudung kepala dan berpakaian menutup ‘aurat adalah di antara lambangwanita Islam. Perkara tersebut menjadi bukti di sisi wanita Islam danmelambangkan kemuliaan dan ketinggian moral serta budi pekerti mereka.Awasilah diri kamu wanita-wanita Islam. Tutuplah ‘aurat kamu sepertiyang disuruh oleh Allah dan RasulNya.

Dengan tudung dan pakaian demikiankamu tak mungkin mengalami pandangan-pandangan liar, sindiran-sindiran yangtajam dan teguran-teguran sinis dari jejaka di kaki lima. Setiap jiwa dan anggotayang bersih, sudah pasti tidak rela dinodai. Berbeza dengan kaum wanita yangtidak beriman, jiwa raga mereka ini semua sudah jelas tidak bersih, sebab itulahkata-kata menyindir dan renungan yang tajam tidak terasa menghina. Jika kata-kata kesat seperti ini sudah terasa menyentuh perasaan mereka, tergoda sanubari,tentulah mereka sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untukmembeli alat-alat solek, pakaian-pakaian yang mendedahkan ‘aurat mereka.Bukankah perbuatan ini semua untuk dijadikan ‘Free Show’, tontonan bebas, siapasaja boleh melihat dan menatap dengan sepuas hati tanpa bayaran tertentu.Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan seindah-indah kejadian.

Kaum wanita diciptakan sesuai dengan sifat keperempuanan dari segi jasmaniahdan naluri. Oleh itu kenapakah kaum wanita rela menukarkan dari rupa parasyang normal kepada wajah yang berlainan dari yang asal. Apakah mereka belumberpuas hati dengan kejadian naluri yang ada pada mereka….?Seorang sasterawana Perancis yang terkenal berkata: “Secantik-cantikseorang gadis ialah yang tidak menyedari kerupawanannya”. Si cantik manis lagirupawan tidak akan berhajat kepada segala alat-alat solek kerana ia sudah berpuashati dengan apa yang ada padanya. Tetapi kenapakah masih ada yang berpura-pura menampakkan kejelitaannya andainya ia tidak memiliki kecantikan seindahorang lain. Muka yang berkerut dan berbintil-bintil ditempel bedak. Bibir yangpucat digincu.

Rambut yuang pendek bagai wanita Habsyi ditambah denganciptaan palsu. Yang panjang dipendekkan hingga sukar dikenali jantinanya. Buahdada yang kempes disarungkan dengan coli yang besar lagi tajam. Apakah daritindakan yang kamu ada-adakan ini semua boleh menguntungkan?Sebenarnya pemuda yang siuman lebih mengerti manakah gadis yang aslidan manakah pula gadis celupan. Walaupun ditampal dengan seribu jenis alatsolek, namun rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu ditertawakan ataudipermain-mainkan orang, sedangkan di akhirat pula, kamu pasti menerimasiksaan!

BERSOLEK ADALAH TANDA KEKOLOTAN

Wanita bersolek, alamat lemah mentalnya. Benarlah apa yang dikatakanoleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “

Setiap wanita ada kelemahannya, lemahtenaga berfikir dan lemah soal-soal agama

”.Di zaman silam, amalan bermake-up – wanita-wanita mendedahkankecantikan rupa paras – adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman modenini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalankolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaraninilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalamfirman Allah yang bermaksud: “

 Dan janganlah kamu bersolek seperti solekanorang-orang Jahiliyyah yang dahulu

” (al-Ahzab: 33)Pujangga Arab pula ada berkata: “Otak kolot gemarkan perhiasan. Mentalterpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”. Keadaan hidup orang terpelajarIslam adalah normal. Mereka tidak tamak perhiasan yang banyak, malahan ilmupengetahuan yang ada di dada mereka sudah cukup sebagai perhiasan diri.Beginilah keadaan manusia, andaikata perhatian ditumpukan kepada kerohaniansepenuhnya, alamat berkuranglah perhatian ke bidang material. Tapi tidakmengapa, ukuran manusia di hati dan lisannya, bukan ukuran terletak di kot ataudi gaunnya.Seorang penyair Arab pernah bersyair dengan katanya:

 Ambillah jiwa yang suci ini
Lengkapkan pula budi pekerti
Tidak kebahagian di rupa paras
Tapi berbahagia di jiwa yang murni!

 Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang baru-baru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjam- jam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukanini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudahpandai menilai kecantikan tubuh kononnya. Andainya diletakkan fesyen ini kebadan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sediaada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihatdi rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya?Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah siswazah yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaianseperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama….?? Inidapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “

…..Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat  petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjukkepada orang-orang yang zalim

” (al-Qasas: 50)Siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajarandainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Penjelasan tersebutdapat dilihat dalam firman Allah yang bermaksud: “
 Kecelakaan yang besarlahbagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabarlah dia dengan azabyang pedih

” (al-Jathiah: 7-8)Ada pula golongan yang berpendapat bahawa Allah tidak memaksa sesiapamalahan memberi kuasa kepada manusia untuk memilih. Jika ada syariat Islam yang sesuai dengan kehendaknya, boleh dikerjakan. Jika tidak ada, bolehditinggalkan begitu sahaja. Terhadap golongan ini, jangan lupa pula Allah adaberfirman yang bermaksud: “

….Apakah kamu beriman kepada sebahagian al- Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagiorang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kehinaan dalamkehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksaanyang sangat berat. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu lakukan

” (al-Baqarah: 85).Bukan semua perundangan dan suruhan Allah mengikut kehendak danhawa nafsu manusia seperti firman Allah yang bermaksud: “

 Andaikata kebenaranitu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini serta semuayang ada di dalamnya

” (al-Mukminun: 71)Dan firmanNya yang lain yang bermaksud: “

 Dan tidaklah patut bagi lelakiyang mukmin dan bagi perempuan mukminat, apabila Allah dan RasulNya telahmenetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusanmereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka dia telah sesat yang nyata

” (al-Ahzab: 36).Beginilah situasi hidup manusia semua kiranya hidup dikuasai nafsu,suruhan yang baik dirasai bagai hempedu, maksiat terkutuk disangkakan madu.Manusia begini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud: “

 Maka pernahkahkamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan penutup pada penglihatannya. Makasiapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah. Maka apakah kamutidak mengambil pengajaran?
” (al-Jathiah: 23)

AWASILAH KESESATAN FAHAMAN PASIF

Ramai di kalangan masyarakat Islam yang memiliki sijil yang tinggi, tapimalangnya mereka pasif dalam hal yang mereka sendiri anuti. Akibat darikesempitan fahaman tadi, akhirnya muncullah ISU baru yang mengelirukan. Diantaranya (mereka mengatakan) bermake-up dibolehkan. Isu tersebut cubaditerapkan dalam masyarakat dan cuba dikemukakan bersandarkan kepadaalasan-alasan dan fakta-fakta berikut:1.

Bermake-up hanyalah dosa kecil2.

Ianya merupakan simbol ketamadunan3.

Tidak sanggup menentang suasana dan keadaan masyarakat sekeliling4.

Faktor utama untuk segera ke jinjang pelamin5.

Ta’at kepada suruhan suami6.

Umur sudah tua, tiada sambutan orang yang melihat7.

Muka dan rupa yang cantikIdea yang tersebut, semuanya tidak berasas, malahan lahir dari emosi dandorongan hawa nafsu semata-mata.Generasi terpelajar memang mampu untuk berdialog. Mereka banyak buahfikiran, banyak maklumat, sanggup pula berhadapan dengan masyarakat, samadamasyarakat bawahan atau atasan. Tapi sayang, pertahanan mereka hanyaberteraskan hawa nafsu. Mereka mahu menegakkan benang yang basah. Sikapmereka ini tak ubah seperti sikap orang-orang kafir sepertimana yang terdapat didalam firman Allah yang bermaksud: “
……..tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil yang sedemikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayatKu dan peringatan peringatan terhadapmereka sebagai olok-olokan
” (al-Kahfi: 56). Jika benar golongan ini benar-benar terpelajar serta faham segala suruhanAllah dan RasulNya, maka jadilah diri kamu semua sebagai cemin tempatmasyarakat mendapat panduan. Mudahan-mudahan teladan ini semua dapatdijadikan contoh, sekurang-kurangnya untuk kaum sejenis kamu. Sekiranya kamusemua telah menghayati suruhan Islam dengan terperinci,masyarakat akanterjamin dari sebarang fitnah, hidup masyarakat aman damai, negara juga akanrturut menjadi makmur. Memang benar, kaum wanita laksana srikandi negara.

Jika mereka siuman, makmurlah negara, andaikata mereka runtuh, hancurlahnegara.Persaingan idea sudah menjadi lumrah insan, tetapi dalam soal pokok atau dasar(prinsip) jangan pula berbalah. Umpamanya ada terdapat di kalangan kaumbijakpandai yang melahirkan kepura-puraan yang seakan-akan diterima fikiransama sekali tidak berasas. Seperti kata mereka, “bermake-up, di samping itu kita juga tunaikan ibadat yang disuruh seperti sembahyang, berpuasa di bulanRamadhan, bersedekah, mengerjakan haji dan lain-lain lagi. Hasil dari semuaini,tentu terhapus semua dosa-dosa kecil”. Jika benar sebagaimana yang didakwakan mereka, sekarang mari kitaberdiskusi. Sudah berapa kali kita bermake-up di waktu keluar dari rumah. Sudahbanyak bukan!!?? Dan sekarang juga masih berpura-pura. Cuba kita semakkembali dan hitung dengan teliti. Berapa banyak kesalahan seperti ini yang kitatelah lakukan. Jawapannya juga banyak. Natijah dari kesalahan yang banyak, tentu dosanya juga banyak. Malahan kamu meringan-ringankan suruhan Allah itu juga merupakan seuatau kesalahan yang besar.Harus diingatkan, orang-orang yang benar beriman dan bertaqwa kepadaAllah, tak mungkin mengabai-abaikan segala suruhan dan perintahNya. Rasuls.a.w ada bersabda yang bermaksud: “
Seorang mukmin terasa amat-amat berat dosanya laksana seberat bukit yang akan terhempas di atas kepalanya.Sebaliknya seorang munafik merasai dosa itu ringan, seringan seekor lalat yang hinggap di muka, sebelum ditampar sudah terbang
”.Sekian lama sudah kita meraba di dalam kegelapan, banyak pula onak danduri kita rasai. Ayuh! Pintu taubat masih terbuka untuk siapa saja. Sekarang marikira sama-sama bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kembali dosa yangpernah kita lakukan. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, Allah s.w.tmenerima setiap amalan kebaikan, terhapuslah pula dosa kesalahan. Untukangkatan tersebut, Allah telah berfirman yang bermaksud: “
……kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu,kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebajikan. Allah Maha Pengampunlagi Maha Penyanyang 
” (al-Kahfi: 56).

Wahai wanita-wanita Islam,tidak usahlah kamu semua membazirkan wangyang banyak untuk membeli alat-alat solek. Kemudian menghabiskan masa puladi hadapan cermin. Jika kamu juga berbuat demikian, sudah pasti kamu cuaiterhadap sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain. Jangan kamu jadikan diri kamu seperti kebanyakan manusia, sanggupmembeli neraka walaupun dengan harga yang paling maksima, tetapi malangnya,tidak terdaya membeli syurga sedangkan harga syurga paling minima.Semua amalan kebaikan tiada bererti jika di samping kebaikan, kejahatandan kemungkaran masih dikekalkan. Minyak dan air tidak pernah bercantum.Allah memberi penjelasanNya di dalam firmanNya yang bermaksud:“
…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara-perkarayang keji dan kemungkaran….
” (al-‘Ankabut: 45).Rasul s.a.w pula ada bersabda yang bermaksud: “
 Andaikata sembahyang seseorang kamu tidak dapat menghalang nafsu dari melakukan kemungkaran,maka sudah tidak memberi erti sembahyang yang dikerjakan itu
”Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain seperti puasa dan sebagainya.Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidakmeninggalkan percakapan keji dan beramal pula dengan kekejian itu bukanlahAllah berhajat (untuk mendapatkan sesuatu) dari puasa seseorang kamu itu hanyameninggalkan makan dan minum (di waktu siang hari sahaja)”.

Terhadap golongan yang mendakwa bahawa setiap amalan baik bolehmenghapuskan dosa kecil, memanglah benar. Tetapi jika kamu bertaubat danmerasa kesal terhadap sikap kamu yang lepas serta berjanji tidak akan mengulangikembali, sedangkan kamu masih bersikap angkuh dan tidak mahu meninggalkanperkerjaan yang salah itu, ingatlah, amalan yang salah juga dapat mengjhilangkanpahala kebajikan. Ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya yangbermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya dan jangan kamu merosakkan pahala amalan kamu” 
(Muhammad: 33)

Benarlah apa yang dikatakan, setiap yang memiliki sertifikat masih adayang jahil, iaitu mereka yang tidak mendapat hidayat dari Allah s.w.t.

Dalam kurun kedua puluh ini, pembangunan material berkembang dengan pesat.Boleh dikatakan harta benda adalah dacing timbangan manusia. Bagi golongan yang memliki keistimewaan tersebut, mereka membuat berbagai-bagai alasan, dimana lain mereka berkata dengan bangga, “Bermake-up juga adalah satu aspekyang perlu di zaman moden ini. Make-up adalah simbol ketamadunan di bidangpelajaran dan pembangunan. Wanita-wanita yang masih bertudung danberpakaian menutup ‘aurat tidak sesuai lagi di zaman moden ini. Pakaian tersebutadalah lambang zaman primitif dan kolot”.Tuduhan begini rupa adalah di luar kebenaran. Wanita-wanita Islam yangberpakaian menutup ‘aurat adalah wanita-wanita yang memahami ajaran Islam.Mereka bukan anti ketamadunan atau pro kepada zaman primitif seperti uangdisangkakan, malahan inilah simbol keta’atan mereka terhadap suruhan Allah‘Azzawajalla. Jelas bagi kita, pesolek sebenarnya tidak mempunyai sifat malu. Sebagaibukti, kembali kita kepada masyarakat di zaman silam. Bukankah manusia dizaman itu berpakaian separuh bogel…?

Kaum wanitanya pula mengambil bulu-bulu binatang dan ukiran-ukiran kayu untuk dijadikan bahan-bahan solek. Sisa-sisa kaum ini masih kedapatan lagi hingga sekarang. Andainya wanita kotaberpakaian separuh bogel serta menggunakan alat make-up, di manakah pula jurang perbezaan di antara wanita-wanita kota dengan wanita-wanita primitifyang masih tinggal di hutan? Pelan pakaian pada hemat saya adalah sama, cumaperbezaannya dari segi teknik dan fesyennya sahaja. Dari fakta-fakta ini semua, jelaslah bagi kita bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada mukminat yangmenghayati Islam, sama sekali tidak berasas. Ibarat kata “meludah ke langit, timpabatang hidung sendiri”.

Kebanyakan wanita sekarang menganggap bahawa setiap yang diimportdari Barat, semuanya moden dan bertamadun. Lantas mereka menerimakesemuanya, walaupun perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam yang murnitanpa mengkaji terlebih dahulu dengan panjang lebar. Tetapi kalau sesuatuperkara itu suruhan Allah, mereka merasakannya terlalu berat dan cubamenghabiskan masa denga berdialog dan sebagainya. Natijah ini semua, merekasanggup berkata, “Kami tahu suruhan tersebut, tetapi kami tak sanggupmenghadapi suasana sekeliling. Kemungkinan bertudung dan berpakaianmenutup ‘aurat kami menjadi sasaran ejekan teman-teman, lagi pun cuacabukankah panas…?”. Ke atas golongan ini, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah, api neraka jahanam itu lebih panas jika mereka mengetahui” 
(al-Taubah: 81).

Duhai pemudi-pemudi Islam! Kenapa kamu sanggup menjadi pengikutyang pasif – pengikut yang memihak kepada majoriti semata-mata – tanpa menilaikebenaran dan kualiti. Harus kamu ingat, tidak pasti setiap kebenaran berada dipihak yang banyak.Sebenarnya kamu telah ditipu oleh ketamadunan yang palsu. Lantarankamu kurang pengetahuan agama dan lemah keimanan, sikap dan mental tidakseperti pelampung di permukaan air. Andainya angin menghembuskan ke Barat,ke Baratlah dia, jika angin ke Timur, ke Timurlah dia. Tetapi jika seorang yangkeimanannya kukuh biarpun yang datang ribut taufan namun berganjak tidak sekali. 

Terhadap mereka yang berkiblatkan Barat, bertuhankan harta benda(material) ingin disarankan di sini maksud-maksud Hadith Rasulullah s.a.wkhasnya untuk mereka yang lalai sebagai pengajaran:

1.Siapa yang cintakan sesuatau bangsa, nescaya dia juga bersama-samamereka di hari Mahsyar kelak.

2.Siapa yang mengikuti dan menyerupai sesuatu golongan manusia,bererti dia juga termasuk golongan itu.

3.Janganlah kamu hanya menjadi pengikut seperti berkata, “Sayamemihak kepada golongan ini, jika mereka baik, saya juga tumpangmendpat kebaikan tersebut; jika mereka salah, saya juga bersalah”. Jangan bersikap demikian, malahan pastikan diri kamu di pihakgolongan yang benar. Jika mereka melakukan kesalahan juga, kamumesti menjauhi mereka.
4.Masih ada di kalangan umatku yang berdiri di atas kebenaran. Mereka ini tak mungkin diperkotak-katikkan oleh suasana masa dan keadaanhingga dibangkitkan di akhirat kelak.

DORONGAN KEKOLOTAN (JAHIL TENTANG AGAMA)

Pancaindera yang ada pada generasi sekarang sudah tidak memberi erti lagibagi mereka. Mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana yang benar danmana yang salah. Mereka menggunakan pancaindera untuk memenuhi doronganhawa nafsu tersebut, ada di kalangan wanita Islam yang sanggup menukarkanatau meninggalkan wanita di zaman ini. Penukaran dilakukan dengan alasansupaya mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan wanita-wanita lain. Dengandemikian mereka tidaklah dianggap berpakaian ganjil dan tidak lagi menerimaejekan dari teman dan masyarakat sekeliling.Kamu malu berpakaian Islam, tetapi tidak malu berpakaian separuh bogelasalkan fesyen demikian sudah menjadi tradisi di zaman ini. Ibarat kata lain, kamusanggup merompak hanya semata-mata untuk melahirkan inspirasi kebenaran dihadapan perompak, kamu rela mencapai minuman keras hanya sekadar melayandan memuaskan penagih-penagih arak…..Sekiranya kamu lakukan ini semua, bererti kamu seorang yang tidakmematuhi ajaran Islam yang suci. Sampai hati kamu mendahulukan dan melayanikehendak nafsu sesama manusia, sedangkan keredhaan Allah dan suruhanNyakamu abai-abaikan. Bukankah Allah Pencipta diri kamu dan manusia semua…?Oleh kerana golongan yang mengejek-ejek pakaian Islam tidak memahamiperundangan Islam, seharusnya kamu yang berpelajaran pula mestimenyampaikan pelajaran tersebut kepada mereka. Sebelum itu, jadilah diri kamu,akhlak dan pakaian kamu sebagai contoh atau tauladan untuk mereka semua.Kalau mereka masih juga mempermainkan kamu, ingatlah bahawa Allah lebihmengetahui di pihak mana yang benar dan di pihak mana pula yang bersalah.Sudah memadai kamu menyahut ejekan tersebut dengan firman Allah yangbermaksud: 
 Jika kamu mengejek kami sesungguhnya kami mengejek kamusebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapayang akan ditimpa azab yang kekal

” (Hud: 39-38).Berpakaian Islam seperti bertudung kepada dan berbaju labuh hinggamenutup ‘aurat melambangkan kualiti seorang wanita Islam. Bukanlah kualitiseseorang wanita itu terletak pada alat-alat solek, kuku yang panjang serta dihiasiwarna mata yang disalutkan max factor dan sebagainya seperti yang dilakukanoleh kebanyakan wanita di zaman sekarang. Suatu perkara yang luar biasa dizaman ini, kaum wanita yang beragama Islam tidak menta’ati suruhan Allah s.w.tdan tidak sanggup berpakaian Islam. Malahan mereka mempermain-mainkan pulasaudara mereka yang berpakaian sedemikian rupa.Awas…! Dunia ini laksana roda. Hari ini kamu mentertawakan orang lain,tapi mungkin esok, kamu ditertawakan orang pula. Ingatlah, Allah s.w.t adaberfirman yang bermaksud: “

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalahmereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengerdipkan mata mereka
” (al-Mutaffifin: 29-30).


SIKAP IBUBAPA (DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK)

Sekarang mari kita beralih pula pandangan. Bagaimanakah sikap ibubapaterhadap anak-anak mereka, terutamanya anak-anak yang masih gadis remaja.Kita rasa sungguh kesal kerana ada di antara ibubapa yang menggalakkan anak-anak gadis mereka supaya bermake-up dan berfesyen. Mereka berpendapatbahawa dengan berpakaian tersebut, ia semakin tambah menarik kepada setiaporang yang melihat. Dengan cara tersebut, mungkin anak gadis mereka segeradilamar.Berfikirlah wahai ibubapa semua. Kamu bertanggungjawab terhadap anak-anak, bertanggungjawab pula di masa depan mereka dan bertanggungjawab dihari perhitungan di hadapan Allah nanti.Relakah hati kamu menjadikan anak-anak kamu seperti barang-barangdagangan yang boleh dijual-beli. Ingatlah, lelaki hartawan sahaja yang akanmemperisterikan mereka. Orang yang banyak harta memang mampu membelikecantikan untuk memuaskan nafsu mereka. Selepas itu janganlah kamu kesalwahai ibubapa andainya anak-anak perempuan dipersia-siakan atau dibiarkanbegitu sahaja lantaran anak perempuan kamu tidak lagi mempunyai keistimewaanseperti di zaman gadis dahulu. Ibarat kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.Lelaki yang beriman dan mematuhi segala suruhan Allah tidak akanmelamar anak kamu kerana mereka orang ‘arif, yang mana intan dan yang manasaduran. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak logik lelaki yang berimanakan memilih perempuan yang rosak akhlak dan tidak berbudi pekerti sebagaiteman hidup mereka.Setelah berdiskusi dengan para ibubapa, sekarang mari pula kita membuattinjuan secara ringkas bagaimana pula keadaaan suri-suri rumahtangga, khasnyadi bidang make-up. Mereka melahirkan reaksi dengan kata, “Kami keluar rumahdengan bermake-up hanya untuk memuaskan hati suami dan patuh kepadakehendaknya”. Reaksi sedemikian rupa adalah palsu dan alasan tersebut memangtidak berasas sama sekali. Adakah dengan mematuhi suruhan suami tersebutboleh dijadikan alasan untuk mengelakkan kemurkaan Allah? Allah Penciptakamu dan juga suami kamu. Supaya lebih jelas lagi, mari kita renungi sabda Rasuls.a.w yang bermaksud: “
 Jangan kamu taat sesama manusia hingga kamu sanggupderhaka kepada Allah, Allah Pemcipta manusia
” dan sabda baginda s.a.w lagiyang bermaksud: “
Tiada kepatuhan melainkan kepada kebaikan
”.Manakala Allah pula telah berfirman yang bermaksud: “
Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan RasulNya, juga kepada pemerintah-pemerintahyang terdiri daripada kamu……
” (al-Nisaa’: 59)Berpandukan kepada maksud Hadith dan ayat al-Quran di atas, adakah kamuwahai suri-suri rumah diwajibkan menta’ati suruhan suami terlebih dahulusebelum melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya?? Jika kamu memahami ayat-ayat al-Quran sudah pasti kamu sendiri dapat memberi jawapan. Mengikutkonteks hadith Rasulullah dan firman Allah yang tersebut, bukanlah pengertianseperti yang difahami oleh puan-puan. Malahan fahaman yang sebenar ialahmematuhi suruhan Allah dan RasulNya sebelum menta’ati orang-orang yangbertanggungjawab terhadap diri kamu, seperti menta’ati kedua ibubapa, suamidan pemerintah. Ta’at setia ini kita berikan kepada mereka tersebut selama manasuruhan mereka tidak berlawanan dengan suruhan Allah dan RasulNya. Jika suruhan mereka didapati bertentangan dengan suruhan Allah dan RasulNya,mestilah kita kembali kepada ajaran Allah dan RasulNya.Suami yang tidak menta’ati suruhan Allah dan menyuruh kamu pula jangan menta’ati suruhan Allah, maka jangan sekali-kali kamu mematuhi suruhantersebut, walaupun kamu terpaksa mengalami berbagai-bagai masalah.Umpamanya berkemungkinan kamu ditinggalkan sekiranya kamu diceraikan,berpisahlah anak-anak kamu dan hancur leburlah rumahtangga kamu.Perlu diingatkan, jika kamu seorang wanita yang patuh dan ta’at kepadaajaran Islam tidak mungkin kamu dapat hidup bahagia di samping suami yangkorup, runtuh moralnya, tidak berbudi pekerti yang mulia dan durhaka pulaterhadap ajaran Allah. Jiwa yang suci murni akan berbahagia di sampingbertuhankan harta benda walaupun dibendung istana yang bertatahkan ratnamutu-manikam.Allah juga berfirman di dalam surah al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud:“
 Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hariakhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telahmenanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukkan mereka ke dalam syurgayang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allahredha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap limpahanrahmatNya. Meraka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa golongan Allah,itu golongan yang beruntung ”.

BERMAKE-UP ….HARAM!

Ramai di kalangan belia-beliawanis sekarang yang telah bertuhankan hawanafsu. Mereka sanggup mengatakan bahawa mereka masih muda remaja, belumtiba masanya untuk bertudung dan berjubah. Idea mereka seolah-olah memberierti bahawa bertudung kepala dan berbaju menutup ‘aurat hanyalah untukgolongan tua yang akan mati esok atau lusa. Allah menyuruh setiap wanita –samada yang masih remaja atau telah tua, tetapi masih memakai alat-alat soleksupaya memakai tudung. Wanita-wanita yang telah lanjut usia, perjalanan haidtelah terputus, maka mereka dibenarkan berbuka kepala andainya mereka tidakmenggunakan sebarang alat-alat make-up di bahagian muka atau menggunakanrambut palsu.Untuk menjelaskan lagi, Allah telah berfirman yang bermaksud:“
 Perempuan-perempuan tua yang telah terhenti haid dan mengandung, tiadakeinginan berkahwin lagi, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaianmereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopanadalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
” (al-Nur: 60)Mengikut fahaman ayat tersebut, jelaslah bahawa Allah s.w.t telah memberisatu keistimewaan kepada nenek-nenek yang telah lanjut usia. Mereka dibolehkankeluar rumah dengan tidak bertudung. Meskipun kemudahan tersebut diberi,tetapi nenek-nenek harus ingat, Allah s.w.t membolehkan mereka membukakepala dan muka dengan syarat yang telah lanjut, tetapi sekiranya hati masihremaja, ingin bersolek, bermake-up dan sebagainya, maka hukumnya samalahdengan wanita-wanita yang masih muda remaja. Wajib bertudung.Allah Maha Kuasa untuk menciptakan manusia dalam bentuk apa juasekalipun. Ada wanita-wanita yang berupa paras kurang cantik. Umpamanyamuka yang berparut, ada pula kulit mukanya yang berbintil-bintil dan ada pulayang memiliki rambut panjang. Terhadap golongan-golongan ini pula, harusdiingatkan bahawa berhijab atau bertudung bukanlah diwajibkan terhadapwanita-wanita yang cantik sahaja. Oleh itu jangan kamu mengambil kesempatanmendedahkan ‘aurat kamu atau mengunakan alat-alat solek untuk menutupkekurangan tadi. Tutupilah dengan hijab seperti yang dikehendaki Islam.Bukankah itu lebih baik…?!Berhati-hatilah wahai puan! Selera lelaki bukan sama. Ada yang sukakanwanita berbadan kurus, berpinggang ramping, sedangkan yang lain pula sukakanwanita bertubuh rendang, atau berkulit kuning. Ada lelaki pula yang terlaluberkemahuan, pantang melihat si hitam manis. Memang benar apa yangdikatakan, “Setiap manusia ada jodoh dan pasangannya”.Allah s.w.t menyuruh semua wanita supaya berhijab dan melarang merekadari mengamalkan pergaulan bebas yang sudah merebak pada hari ini. Di sebaliksuruhan dan larangan tersebut ada hikmah-hikmahnya. Umpamanya, seorangsuami yang memiliki isteri yang kurang cantik, tidaklah berhasrat untukmerampas isteri saudaranya yang cantik. Masakan dia dapat berbuat demikiansedangkan dia tidak pernah melihat ‘aurat wanita lain selain daripada isterinya.Oleh itu bagaimana sekalipun rupa paras isterinya, itulah secantik-cantik wanitayang halal baginya di dunia ini. Dengan demikian setiap hidup aman damai, anak-anak tidak terpisah dari ibu kandungnya, masyarakat juga aman bahagia.

Wahai wanita-wanita Islam! Tutupilah ‘auratmu seperti yang disyariatkanIslam. Janganlah kamu menggunakan kecantikan anggota mengikut perasaan.Sedarlah, disebabkan pendedahan yang kamu lakukan, sudah berapa banyakbelia-belia yang tergoda dan tersiksa. Oleh itu awasilah moral dan akhlak kamusemua. Hayatilah ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah.Seperti yang dijelaskan, memang sukar untuk melayan selera jumhur, tidaksesukar melayan selera suami di rumah, tetapi setelah bertopengkan syaitan,perkara yang sukar menjadi idaman. Sebagai bukti, cuba lihat beberapa wanitahari ini yang tidak mungkin keluar rumah andainya muka belum disaluti Amami,bibir belum digincu, mata belum dikenakan eye-shadow dan pipi belumdimerahkan.Hakikat sebenarnya, segala yang kamu kerjakan merugikan diri kamusendiri. Di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu membazirkan wang beringgit-ringgit sementara di akhirat pula kamu berbogel di dalam neraka.Sungguh sial andainya kecantikan membawa padah. Ke mana sahaja kamupergi, lelaki ganas yang kamu temui sedangkan lelaki yang baik beradab akanmenjauhkan diri.Wahai wanita Islam semua! Tepuk dada tanya selera. Betulkah kamu benar-benar beriman kepad Allah, cinta dan patuh pula kepada segala suruhanNya.Sekiranya Rasulullah s.a.w masih hidup, apalah teguran dan peringatan Bagindaterhadap kamu semua yang masih bermake-up, bersenang-senangan danbercampul gaul di antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan yang tertentu.Meskipun Rasulullah telah pergi meninggalkan kamu terlebih dahulu, namunAllah tetap kekal buat selama-lamanya. Dia tetap melihat apa yang kamu kerjakan,samada baik atau buruk.Tergambarlah di fikiran, bagaimana dahsyatnya siksaan di hari Mahsyarkelak. Kalau tergambar demikian, kenapa masih tidak mahu beramal..?!Harus diingatkan, di hari Mahsyar nanti, kamu tidak berhak memproters dihadapan Allah. Rasul telah diutuskan dan segala suruhan serta larangan telahdisampaikan kepada manusia semua.Semua suruhan dan larangan tersebut terbentang di hadapan kamu. Olehitu hak memilih terserahkan kepada kamu, samada suka bergaul bersama-samasaudara kamu di syurga atau rela badan tersiksa di dalam neraka di harikebangkitan kelak. Dengan jelas Rasulullah bersabda yang maksudnya: “
Terdapat dua golongan daripada umatku yang terdiri daripada ahli neraka. Satu golongan,didapati bersama-sama mereka itu, tongkat-tongkat yang sentiasa terhayun-hayun laksanan ekor lembu, lalu manusia dipalu dengannya; golongan yang kedua, terdiri dari perempuan-perempuan yang berpakaian separuh bogel, pelacur- pelacur, berkepala besar dan terkulai-kulai; mereka tidak mungkin masuk kesyurga; baunya yang tidak mungkin mereka rasai; masakan mereka dapat menyedut bauan tersebut sedangkan jarak jauh di antara mereka dengan syurgamelebihi ilma ratus tahun perjalanan
”.Andai puan-puan masih meraba-raba di siang hari, menentang ajaran al-Quran dan Hadith, mengikut perasaan dan dorongan Iblis hingga melewatiperbatasan yang dilarang Alllah, nescaya kamu terjerumus ke lembah maksiat. Initelah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “
Sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuanNyanescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka. Ia kekal didalamnyadan baginya siksaan yang amat menghinakan
” (al-Nisaa’: 14)

Awas puan-puan semua jangan sampai hidup bersandiwara, menafikankebenaran, mempertahankan kemungkaran. Tidakkah kamu terfikir bahawabermake-up satu perbuatan yang salah? Ya, jika perasaan dikuasai iblis, kuasapenglihatan sudah tidak bererti lagi. Yang halal dikatakan haram dan yang haramdikatakan halal. Allah memberi peringatan dalam firmanNya yang bermaksud:“
 Apakah orang yang dijadikan syaitan menganggap baik perkerjaaan yang buruk,lalu dia menyakini perkerjaan itu baik, sama dengan orang yang ditipu olehsyaitan? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya. Janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat 
” (al-Fatir: 8)Hanya inilah diskusi yang dapat saya utarakan. Saya rasa sudah cukupsebagai pengenalan dasar untuk saudara-saudari yang cintakan kebenaran.Terhadap golongan yang masih lalai, saya ingin berseru. Berfikirlah dua kali,bahkan tiga kali, atau empat kali dan seterusnya hingga mendapat petunjuksemata-mata datangnya dari Allah. Oleh itu tunduk dan sujudlah kepada Allahpohonlah hidyat dariNya, mintalah petunjuk dariNya. Mudah-mudahan kamudapat membezakan yang mana golongan yang berpihak kepada golongan kolotyang masih berpakaian membuka ‘aurat, tak ubah seperti di zaman jahiliyyah,agaknya inilah yang dikatakan “Jahiliyyah Kedua Puluh”.

WANITA DALAM NERAKA

Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan olehRasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra’ Mi’raj yang ada kaitannya denganpenghuraian tabarruj.Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:
“Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati bagindasedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:
“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”Rasulullah menjawab:“
 Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat  perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnyadinyalakan api. Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dankusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya sepertibadan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan,rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnyadan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda apineraka
”.Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahanyang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab:

“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukanmuhrimnya. Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dantidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhiasuntuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, iamemperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supayakecantikannya itu dilihat ole lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arahumbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahumandi janabah (junub). Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badankeldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat  fitnah dan membenci suaminya”.


TABARRUJ DAN IKHTILAT (PERCAMPURAN/PERGAULAN)
TABARRUJ
-

Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dankecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginanmereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.-

Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkanmuka, kecantikan dan perhiasannya.-

Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah keranawanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakankecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkanseparuh tubuh, malah lebih dari itu.-

Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullahs.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-‘aariyaat).-

Tabarruj yang diharamkan ialah:-

Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.-

Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.-

Bersolek dan berhias belebihan.-

Menggunakan alat-alat solek / make-up.-

Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).-

Dan lain-lain.-

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana padadasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.-

Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:-

pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita-

pakaian itu mestilah longgar-

tidak nipis-

bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya-

tidak menyamai pakaian lelaki-

Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.-

Berpakaian kemas,
smart
dan ceria bukan dikira tabarruj.-

Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.-

Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaianatau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.-

Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,termasuk membersih sesuatu yang fitrah.-

 Jenis perhiasan antaranya:-

Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.-

Pakaian luar dan dalam-

Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telahdinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukanisteri yang suaminya tiada di sampingnya.-

Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilahtabarruj

Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifatsemulajadi:-

Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Bolehbagi yang berkahwin untuk suami.-

Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodohdipandang.-

Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.-

Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..-

Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagaitabarruj.-

Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.-

Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.
IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)
-

Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempatyang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap danberinteraksi.-

Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.-

Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanyadisimpulkan dari beberapa tegahan lain:-

Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram-

Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi-

Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita-

Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita-

Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji-

Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki-

Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanitadengan lelaki ajnabi ditegah.-

Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:-

Pergaulan atas sebab darurat-

Pergaulan untuk tujuan bermuamalah-

Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman-

Pergaulan menunaikan kesaksian-

Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang-

Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah-

Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama-

Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerjasyar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi-

Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad-

Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu-

Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengansyara’-

Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makanbersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-samalelaki.-

Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adabsopan keislaman dan hukum-hukum Islam.

Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:-

Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaumwanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkanilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khususbagi wanita.-

Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalahdibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi,kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasanamuamalah.-

Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untukkaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasamenuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalanguntuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasaberpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satumasa bersama Rasulullah s.a.w.-

Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yangbersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:-

Menjaga aurat-

Tidak tabarruj-

Tidak mengangkat suara dengan tinggi-

Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktubercakap-

Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang-

Warak, tapi bukan warak-warak kucing
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML