Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Ar Raqiib

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



43. Ar Raqiib

The Watchful

Maha Mengawasi / Yang Maha Mengamati / Maha Peneliti / Maha Waspada – Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
.
Fadhilat Ar Raqiib
.
Sesiapa yang ingin agar keluarga dan hartanya dipelihara daripada segala musibah, hendaklah mewiridkan ‘Ya Raqiib’ 7 X dan menghembuskan kepadanya.
.
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ‘Ya Raqiib’ sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah, InsyaAllah……
.
Apabila ‘Ya Raqiib’  dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, InsyaAllah segala harta dan barangnya akan terselamat dari kecurian dan lain-lain.
.
Jika ‘Ya Raqiib’  dizikirkan berterusan, InsyaAllah dapat menjaga keselamatan dirinya sendiri.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML