Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Baasith

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



21. Al Baasith

The Expander/ The Munificent
.
Yang Maha Melapangkan (makhluknya) / Maha Pelapang Hidup / Maha Meluaskan / Maha Melimpahkan Nikmat - Ia berkuasa memperluas dan membesarkan, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
.
.
Fadhilat Al-Baasith
.
Bagi peniaga atau mereka yang mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ‘Ya Baasithu’  ini setiap hari, Insya’Allah akan dimudahkan dan murah rezeki.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Baasithu’  berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , Insya’Allah ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Baasithu’  10 X sewaktu fajar dengan menadahkan kedua-dua tapak tangannya ke atas dan kemudian menyapu tapak tangan kemukanya, Allah akan mengurniakan ‘kelengkapan sempurna pada diri’ dan ia tidak perlu kepada bantuan orang lain.
 .
Apabila ‘Ya Baasithu’ dibaca selesai Solat Dhuha 10 kali, Insya’Allah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Baasith’ 10 X sewaktu fajar dengan menadahkan kedua-dua tapak tangannya ke atas dan kemudian menyapu tapak tangan kemukanya, Allah akan mengurniakan ‘kelengkapan sempurna pada diri’ dan ia tidak perlu kepada bantuan orang lain.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML