Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Hakiim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



46. Al Hakiim

The Wise

Yang Maha Bijaksana – Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

.
Fadhilat Al Hakiim.
.
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang mengamalkan sekurang-kurangnya 300 X zikir ‘Ya Hakiim’ setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas akal fikirannya & lancar di dalam menghafal sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun & mudah mengikuti pelajaran.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Hakiim’ terus menerus (dari masa ke masa), InsyaAllah ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya.
.
Allah akan membuka pintu-pintu hikmah dan ilmu kepada sesiapa yang menzikirkan  ‘Ya Hakiim’  sebanyak-sebanyaknya.
.
Sesiapa yang menghadapi tugas-tugas berat untuk diselesaikan, hendaklah mewiridkan ‘Ya Hakiim’  sebanyak-banyaknya. InsyaAllah kerja-kerjanya itu akan dapat diselesaikan
.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML