Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al-Wahhab

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



16. Al Wahhaab

The Bestower

Maha Menganugerah / Maha Pemberi Kurnia / Yang Sangat Memberi – Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

.
.
Fadhilat Al- Wahhab:
.
Dibaca ‘Ya Wahhaab’ 40 X dalam sujud akhir Solat Dhuha, , Insya’Allah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat serta akan mendapat rezeki yang diluar jangkaan.
.
Sesiapa yang selalu di dalam kesempitan, jika dizikir ‘Ya Wahhaab’ sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, Insya’Allah segala kesusahan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
.
Bagi memenuhi sebarang keperluan, lakukan sujud 3X di halaman rumah atau masjid, kemudian tadah tangan seperti berdoa dan baca ‘Ya Wahhaab’ 100 X, Insya’Allah segala keperluan seseorang itu dipenuhi.
 .
Sesiapa menyebut ‘Ya Wahhaab’ berulang kali, Insya’Allah akan dimurahkan rezeki dan dibebaskan daripada kepapaan.
.
Sesiapa yang beristiqamah mewiridkannya ‘Ya Wahhaab’ tiap-tiap hari atau setiap selesai solat fardhu lima waktu sekurang-kurangnya 300 X, Insya’Allah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML