Saturday, April 19, 2014

BUKAN "UMNO" TAPI "ALLAH




Kata-kata yang terpampang di dada akhbar di atas adalah kata-kata yang boleh menjerumuskan seseorang kepada dosa besar yang paling berat iaitu dosa mensyirikkan ALLAH!

Paparan oleh media seperti ini bukan baru pertama kali, bahkan sudah beberapa kali sebelum ini.  Ini sangat bahaya.  Kerana ia menanamkan dalam qalbu manusia bahawa pihak tertentu (dalam kes ini UMNO) menjadi tempat bergantung dan berpaut manusia.  Usaha seperti ini pastinya mendapat sokongan Iblis dan Dajjal kerana ia bisa menjauhkan manusia dari aqidah yang sebenar.

Ketahuilah insan sekalian, bukan kepada UMNO tempat manusia bergantung dan berpaut.  Tetapi kepada ALLAH lah satu-satunya kita bergantung dan berpaut.  Bukan kepada sesiapa.  Bukan kepada makhluq yang lain.  Tetapi hanya kepada ALLAH!  Hanya kepada al-Khaliq (Tuhan Yang Maha Mencipta)!

Mentauhidkan Nama dan Sifat ALLAH iaitu As-Somad (الصمد) adalah suatu elemen penting dalam beraqidah.  Ia bermaksud meyakini bahawa hanya ALLAH lah sahaja yang menjadi tempat untuk manusia bergantung, berharap dan berpaut.  Tiada lain.  Hanya ALLAH!

Dalam surah yang kita selalu baca dalam kehidupan seharian iaitu surah Al-Ikhlas, perkara ini telah ditegaskan.  ALLAH Ta`ala berfirman:

اللَّهُ الصَّمَدُ
Maksudnya:  “ALLAH lah yang menjadi tumpuan semua makhluq bergantung harap/hajat.”  

(Al-Ikhlas, 112:2)



Justeru, pegangan kita terhadap ayat ini mesti diteguhkan seteguh-teguhnya.  Jangan dicemarkan aqidah kita bahawa ada pihak lain selain ALLAH yang menjadi tempat manusia untuk bergantung, berharap, berhajat dan berpaut.

Semoga peringatan ringkas ini dapat mengingatkan kita semula dan meluruskan kita di atas aqidah yang benar.  Jangan sampai tertipu dan terkalah dengan ajakan ejen-ejen Iblis dan Dajjal yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia.  Apatah lagi ketika usia dunia yang saban hari semakin luput ini.  Lagi keraslah kerja mereka untuk menjauhkan manusia dari ALLAH.

Ingat!  ALLAH As-Somad!  Hanya kepada ALLAH lah kita bergantung, meletakkan harapan dan berpaut!

Kepada ALLAH kita minta hidayah dan taufiq, amin…

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML