Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Wakil

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحيمِ



52. Al Wakil

The Trustee/ The Dependable

Maha Memelihara / Maha Memelihara penyerahan / Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya – Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik. Iaitu memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
.
Fadhilat Al Wakil
.
Apabila ‘Ya Wakil’ dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, InsyaAllah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
.
Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkanlah zikir ‘Ya Wakil’, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
.
Sesiapa yang takutkan mati lemas, hangus dalam api atau bahaya yang serupa, zikirkan ‘Ya Wakil’ berterus-terusan, dari masa kesemasa, InsyaAllah akan berada dibawah perlindungan-Nya.
.
Jika ketakutan daripada marabahaya dan bencana alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML