Saturday, April 19, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Hafizh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



38. Al Hafizh

The Preserver

Maha Menjaga / Yang Maha Memelihara / Maha Pemelihara / Maha Pelindung – Ia memelihara segala-galanya, serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka. Iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
.
Fadhilat Al Hafizh
.
Dizikirkan ‘Ya Hafiiz’ sebanyak 99 X, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Hafiiz’ 16 kali sehari, InsyaAllah ia akan diselamatkan dari malapetaka.
.
Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca ‘Ya Hafiiz’ sebanyak 99 X pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut di atas.
.
Sesiapa mengamalkan zikir ‘Ya Hafiiz’ setiap hari serta menyimpan bersamanya kertas bertulis ‘Al Hafidz’ ( الحفيظ ), Allah akan melindunginya daripada segala bahaya, kerugian dan perkara-perkara yang mengancam.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML