Thursday, March 6, 2014

JIRAN

Menjaga Hak Jiran Satu Tuntutan Islam

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah SWT lalu berkata: 'Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku'." (Hadis Riwayat Bukhari) 

Dalam hadis yang lain Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya :

Tunaikanlah hak-hak jiran kerana besar pahalanya di sisi Allah SWT sesiapa yang membantu dan menolong jirannya yang miskin dan memerlukan bantuan. Jagalah hati jiran dan jangan menyakitinya kerana sesiapa yang suka menyakiti hati jirannya akan masuk neraka. Ajaklah jiran kalian untuk menuntut ilmu dan solat berjemaah di surau atau di masjid dan nasihatlah mereka dengan nasihat yang baik supaya tugas berdakwah kepada jiran telah kalian tunaikan.Nabi Muhammad SAW  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah SWT. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Hadis Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)



Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jaga hak jiran kita dan tunaikanlah tanggungjawab bersama dan jadikan jiran sebagai sahabat atau rakan yang boleh berkongsi masaalah dalam kehidupan harian. Tanggungjawab memberikan hak jiran adalah ciri-ciri orang mukmin



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML