Wednesday, January 1, 2014

ZALIM

Sesiapa Yang Menzalimi Manusia Akan Mendapat Balasan di Hari Akhirat

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya  : “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan (qanthrah) antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antara satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia”.(Hadis Riwayat Bukhari).

Jambatan (qanthrah) disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya  melewati sirat  yang berada di atas Neraka Jahannam.

Perlu diingatkan disini sesiapa pun dikalangan orang muslim , samaada pemimpin, menteri, penguat-kuasa unsang-undang atau pegawai keselamatan tidak boleh sama sekali menganyanya dan menzalimi orang lain samaada yang dizalimi itu seorang muslim atau bukan muslim. Terutama yang dizalimi itu rakyat biasa yang tidak berdosa, yang hanya berkumpul untuk menyatakan pendapat dan pandangan mengenai sesuatu isu yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa pemerentah. Ingat setiap titis darah yang mengalir tanpa hak akan dibalas oleh Allah SWT di hari akhirat. Mungkin di dunia ini mereka akan terlepas tetapi ingat dijambatan (qanthrah) akan diadili seadil-adilnya. Orang yang zalim tidak akan terlepas dijambatan tersebut, walaupun dia telah berjaya meniti di Siratul Mustakim masih adalah qisas yang akan dijalankan keatas dirinya oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang melakukan kezaliman ketika di dunia ini akan menjadi muflis di hari akhirat nanti terutama yang dizalimi ini adalah rakyat jelata yang ramai bilangannya. Jika di dunia ini mereka tidak minta ampun kepada orang yag dizalimi maka orang yang dizalimi akan menuntut dimahkamah Allah SWT. Jika difikir-fikirkan hampir mustahil beribu-ribu orang yang cedera samada dipukul dengan kayu cota atau disembur dengan bahan kimia boleh memaafkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Mereka yang terlibat adalah daripada pihak atasan (yang memberi arahan)  hingga kepada mereka yang melaksanakan arahan tersebut akan mendapat saham yang sama.

Dosa menzalimi atau menganyanya manusia  tidak akan diampunkan oleh Allah SWT dengan bertaubat kepada-Nya kerana dosa sesama manusia mesti minta maaf sesama manusia dahulu baru taubatnya di terima oleh Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan seperti menumpahkan darah orang, memukul, menangkap, dan menyeksa orang yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.

Oleh itu ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah Orang Muflis , semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu .“ Anggota manusia akan menjadi saksi bahawa pelakunya ketika di dunia menggunakan untuk menyakiti orang lain. Tangan yang digunakan untuk memukul, dan tangan ini juga yang digunakan untuk menyembuhkan bahan kimia, kaki yang digunakan untuk menendang manusia dan berjalan untuk melakukan kezaliman semuanya akan mengaku dihadapan Allah SWT sehinggakan manusia yang melakukan perbuatan tersebut menyesal tidak berkesudahan dengan perbuatannya itu.

Sahabat yang dikasihi,
Dari itu kita perlulah membuat persiapan di dunia ini dengan mengerjakan amalan-amalan soleh dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tinggalkan segala perbuatan dosa dan menyakiti orang lain. Sebelum melakukan sesuatu tindakkan perlulah berfikir terlebih dahulu, janganlah mengikut hawa nafsu amarah dan mengikut godaan syaitan hingga membawa penyesalan dikemudian hari. Hanya melalui proses tarbiah imaniah yang berterusan sahaja akan dapat memandu kita di jalan yang lurus dan di redai Allah SWT.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML