Wednesday, January 1, 2014

WASIAT KEENAM NABI MUHAMMAD S.A.W

Wasiat Keenam Nabi SAW. Kepada Ali k.w

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Rasulullah SAW  bersabda kepada Saidina Ali r.a yang bermaksud : "Wahai Ali ! Belumlah sempurna taubat seseorang sebelum ia menyucikan perutnya dari makanan atau minuman yang haram dengan makanan dan minuman dari hasil usaha yang baik (halal)."

"Wahai Ali ! Apabila orang ‘alim tidak bertakwa kepada Allah Azzawa Jalla, pengaruh petunjuknya pada hati orang bagaikan titisan air hujan di atas telor burung Kaushawari dan bebatuan yang halus mengilap (tidak ada pengaruhnya sama sekali)"

"Wahai Ali ! Sesungguhnya Allah tidaklah malu menyeksa orang kaya yang mencuri dan orang alim yang fasik."

"Wahai Ali ! Apabila seorang mukmin yang lebih dari empat puluh hari tidak berkumpul duduk dengan ulama maka hatinya menjadi keras dan berani mengerjakan dosa-dosa besar. Kerana sesungguhnya ilmu itu penghidup hati."

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML