Monday, June 23, 2014

SAYA BUKAN SEORANG USTAZ


Err,,Ni bukan saya,,,,:)

Saya bukannya seorang ustaz,
Walau ada yang panggil saya ustaz.

Kerana selalu bercerita tentang agama saya dibilang ustaz,
Kerana selalu sampaikan peringatan saya dibilang ustaz,
Kerana selalu berkongsi ilmu agama saya dibilang ustaz,
Kerana boleh jawab sebahagian persoalan agama saya dibilang ustaz,
Kerana jalan tunduk-tunduk saya dibilang ustaz,
Kerana malukan wanita saya dibilang ustaz,
Kerana berjanggut saya dibilang ustaz,
Sedangkan saya sebenarnya bukanlah seorang ustaz.

Hidup ini amatlah singkat,
Mati pula semakin dekat,
Amal pula masih terkulat-kulat,
Rugilah saya jika tidak selalu berbicara tentang Akhirat,
Rugilah saya jika tidak saling nasihat-menasihat,
Rugilah saya jika tidak berkongsi kebaikan kepada ummat,
Rugilah saya jika tidak mengajak manusia agar kepada ALLAH lah sahaja sepatutnya kita beribadat dan taat.

Sebab itulah wahai rakan jauh dan dekat,
Saya selalu bercerita tentang sesuatu yang ada kaitan dengan Akhirat,

Supaya diri sendiri diingatkan untuk bertaubat,
Supaya timbangan amal kebaikan sendiri jadi berat,
Supaya di Akhirat beruntung dan di dunia mendapat berkat,
Supaya redha ALLAH Ta`ala saya harapkan dapat.
Supaya ke Syurga harap mengecap nikmat dan menjadi tempat.
Dan supaya selamat dari Api Neraka yang sangat dahsyat.

Ya, bukannya sebab saya seorang ustaz,
Cumalah Muslim yang berusaha mengejar manfaat,
Selagi ada umur selagi itu mesti cepat-cepat,
Mengaut peluang selagi belum disekat,
Mengutip amal supaya timbangan kebaikan menjadi berat,
Usaha ikut Al-Quran dan as-Sunnah dengan penuh tekun dan erat,
Mudah-mudahan tergolong bersama hamba ALLAH yang taat.

Itulah yang sebenar, itulah hakikat.

Diulang semula kuat-kuat:
“Saya bukannya seorang ustaz!”

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML