Sunday, April 20, 2014

PATUTKAH KITA DENGAR DARI PIHAK SYIAH????

Apabila ada pendakwah mendedahkan tentang kesesatan Syiah dan mengajak agar masyarakat menjauhi dan membanteras ajaran tersebut, seperti biasa akan ada yang setuju dan tidak setuju.  Ada yang bersikap neutral, kononnya mahu bersikap adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.




Penganut Syiah mencederakan diri sendiri. Inikah ajaran Islam?!


“Kita kena dengar juga dari pihak Syi`ah.”  Kata sebahagian orang yang kononnya cuba bersikap adil.

Patutkah kita dengar dari pihak Syi`ah?

Pada saya tak patut.  Tak patut dan tak perlu kita bazirkan masa untuk dengar dari pihak Syi`ah.  Kenapa?  Saya akan senaraikan sebab-sebabnya sebentar nanti.

Agaknya golongan neutral ini tidak dapat maklumat yang cukup dan sememangnya dalam banyak keadaan mana-mana individu yang tidak dapat banyak maklumat sentiasa bersikap neutral.  Ketidakcukupan maklumat menjadikan mereka terhenti di antara dua cabang.  Mereka keliru mana satu yang tepat.

Untuk merungkai sedikit kekeliruan itu, tuan/puan boleh baca beberapa tulisan di bawah, in shaa’ ALLAH.  Beberapa pendedahan ringkas mengenai kesesatan Syi`ah ada dijelaskan:

Perbandingan Aqidah Antara Ahli Sunnah Wal Jama`ah & Syi`ah

Beberapa Pautan Tentang Kesesatan SYIAH
Penjelasan Terhadap Fahaman SYIAH (Disediakan JAKIM)
Mudzakarah Ulama Membongkar Kesesatan SYIAH!
Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah
Sebab apa tidak patut dengar hujah puak Syi`ah?
Di atas saya telah menulis bahawa tidak patut kita beri muka kepada golongan Syi`ah untuk kita mendengar dari mereka.  Kenapa?  Berikut adalah sebab-sebab utama secara ringkas:

1.  Dalam ajaran Syi`ah, penganut ajaran tersebut disuruh kepada mereka agar bertaqiyyah, yakni menipu dan menyembunyikan kepercayaan mereka mengikut keadaan.  Ia galakan dan mereka bakal mendapat pahala jika bertaqiyyah.  Bagaimana kita boleh percaya dengan seseorang atau pihak yang berdiri di atas penipuan sebagai ajaran mereka???

2.  Banyak hadith-hadith palsu telah direka oleh golongan Syi`ah sejak ratusan tahun lagi.  Hal ini telah didedahkan oleh ulama-ulama hadith seluruh dunia.  Jika kata-kata Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam pun mereka berani reka, apatah lagi kata-kata sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan kata orang-orang soleh dan ulama selepas itu.  Mereka mencipta suatu ayat lalu menyandarkannya kepada Nabi, menyandarkannya kepada sahabat dan kepada ulama-ulama.  Patutkah kita datang kepada pihak Syi`ah untuk dengar hujah mereka setelah amalan mengadakan perkataan-perkataan palsu sudah pun menjadi darah daging mereka???

3.  Kitab-kitab Syi`ah banyak ditulis dalam bahasa Parsi.  Anda faham bahasa Parsi?  Pendedahan mengenai ajaran songsang Syi`ah sebenarnya telah didedahkan oleh ramai ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah yang mahir berbahasa Parsi.  Pendedahan kesesatan agam Syi`ah turut didedahkan oleh oleh ilmuan-ilmuan Syi`ah yang telah insaf dan keluar dari agama Syi`ah lalu memeluk Islam yang beraqidahkan ahlus sunnah wal jamaah.  Wajarkah kita sibukkan diri kita untuk itu?

4.  Kita selalu mendengar masyarakat kita selalu tertipu dengan bermacam-macam helah terutama melalui skim-skim kewangan dan ajaran-ajaran sesat.  Kita mudah percaya apabila mendengar sesuatu berita atau janji.  Ia terjadi disebabkan oleh terlalu sopannya orang kita terhadap orang lain sehingga tanpa disedari kita sedang diambil kesempatan oleh orang lain.  Nah, Syi`ah pun sama, bahkan lebih besar kebarangkalian ummat Islam boleh terpengaruh dengannya disebabkan ia mengaitkan agama.  Kelemahan kita dari segi kefahaman agama menjadi faktor mudahnya ummat Islam percaya dengan dakyah Syi`ah.  Mahukah kita menjerumuskan diri kita ke dalam risiko sesat aqidah yang besar ini?  Ia bukan sahaja rugi di dunia, malah lebih teruk lagi rugi di Akhirat.

5. Kesesatan Syi`ah terlalu jelas.  Bukan sahaja menimbangnya dengan neraca ilmu agama ia sangat jelas sesat, bahkan jika ia ditimbang dengan neraca lojik pun, ajaran Syi`ah sangat jelas sesat.  Tidakkah cukup dengan akal yang waras seseorang menimbangnya?

6.  Dan banyak lagi sebab yang boleh disenaraikan…

Mahu bersangka baik dengan Syi`ah?  Mahu dengar apa hujah Syi`ah?

Oh, tidak sama sekali.

Pokok tulisan ini ialah kita tak perlulah nak mendekati kumpulan-kumpulan Syi`ah untuk dengar ceramah mereka, dengar penjelasan mereka dan untuk dengar wacana mereka dengan alasan supaya adil konon.  Buang masa!

Jika mendekati mereka dengan niat mahu berdakwah agar mereka kembali kepada Islam yang sebenar, silakan.  Itu niat yang suci.  Tapi niat yang suci mesti disokong dengan kemampuan ilmu.

Tinggalkan Syi`ah.  Tak perlu dengar dari mereka.  Faqad!

Semoga ALLAH mengutuk orang-orang yang telah mendustakan NabiNYA, semoga ALLAH mengutuk orang-orang yang menfitnah sahabat-sahabat NabiNYA dan semoga ALLAH mengutuk orang-orang yang telah membunuh hamba-hambaNYA yang lurus di atas agama Islam yang sebenar, amin…

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML