Bercakap pasal benda-benda pelik dan aneh serta ajaib yang digembar-gemburkan oleh sebahagian masyarakat muslim di seluruh dunia, saya teringat tentang satu artikel yang pernah saya baca pada tahun 2005.
Kononnya, di Oman ada seorang gadis telah bertukar menjadi makhluq aneh disebabkan oleh kurang ajarnya dia kepada ibu dan al-Quran.
Berikut adalah inti email yang dihantar kepada saya pada 2005 yang saya petik dari arkib Harakahdaily yahoogroup:
assalamua’laikum,
ni ade skit cerita utk pengajaran kita semua. attachment is gambar seorg wanita yg telah berubah bentuk badannya akibat menderhaka kpd Allah dan ibunya.kisahnya begini….ade seorg budak pompuan ni…dia nk tgk tv….rancangan hiburan.kebetulan kat situ tu…mak dia tgh duk baca Al-Quran.
dia marah kt mak dia, dan dia halau mak dia dr tmpt tu sbb dia kata bacaan Al-Quran dr mulut mak dia tu mengganggu dia. tp, mak dia teruskan jugak baca Al-Quran…tanpa hiraukan anaknya tu. Budak pompuan ni…dia rasa geram giler kat mak dia,lantas dia pun pegi rampas Al-Quran dr tgn mak dia, dan dia hempaskan Al-Quran tersebut ke lantai. mak dia terus pegi ambik Al-Quran itu dan terus peluk Al-Quran itu di dadanya.
tiba2, budak pompuan td, terus rebah dan menggelepar kesakitan dan dgn kuasa Allah SWT, budak pompuan itu terus bertukar menjadi seperti haiwan(see attachment).
cerita ni berlaku kt Oman. skrg budak pompuan ni ditempatkan di sebuah hospital di Oman. begitu lah padanya kalau kita derhaka pada Allah, Rasul dan kedua ayahbonda kita. jd kan lah kisah ini sbg pengajaran. semoga kita dijauhkan dr tergolong dlm kalangan org2 yg derhaka…na’uzubillah.
cerita ni saya dh translate dr website bhs arab. utk rujukan..go to :http://www.palislam.com/
Berita & Gambar Palsu Rupanya!
Setelah menforwardkannya kepada rakan-rakan dan beberapa yahoogroups, tiba-tiba alhamdulillah ada seseorang telah menghantar email kepada saya menerangkan bahawa gambar tersebut sebenarnya telah dimanipulasikan dari sebuah pameran seni. Saya terkejut dan terus ke laman yang dimaksudkan. Astaghfirullah, rupa-rupanya benar apa yang dikatakan.
Saya terpaksa membuat pembetulan dan memberi penjelasan bahawa kisah dan gambar tersebut adalah palsu kepada semua yang pernah saya ‘forward’kan email tersebut. Tak sangka, niat saya ingin memberi keinsafan kepada orang lain rupa-rupanya bersandarkan kepada kisah yang tidak mempunyai asas kebenarannya, malah palsu pula.
Ada seorang sahabat dr [EMAIL PROTECTED] reply kepada posting tersebut menyatakan bahawa makhluq tersebut sebenarnya patung yg dipamerkan di sebuah pameran kesenian…astaghfirullah, maafkan saya…wAllahu a’lam…
gambar sebenar boleh ke laman ini:
Kesalahan pertama ialah pada orang yang mula-mula melihat gambar tersebut di pameran seni dan menggunakan gambar tersebut untuk tujuan memberi keinsafan kepada orang lain, kononnya. Kesalahan orang ini ialah MENIPU.
Kesalahan kedua ialah diri kita yang terus mempercayai tanpa menyelidiki terlebih dahulu akan kesahihannya, terus menyebarkannya kepada orang lain supaya orang lain insaf. Kesalahan orang dari kategori ini ialah TERBURU-BURU dan TIDAK MEMERIKSA KESAHIHAN BERITA.
Belajar Dari Kesilapan
Hasilnya, saya telah belajar bahawa jangan terburu-buru memanjangkan email yang diterima. Kita tak tahu akan kebenarannya. Mungkin ia palsu, dan mungkin juga benar. Sejak dari itu, saya selalu memeriksa kesahihan apa-apa berita yang saya terima dan sabar sebelum mahu mengongsikannya dengan lain-lain rakan.
Di internet samada melalui email, youtube, facebook, forum atau apa-apa sahaja berita yang diterima, harus ditapisi dengan akal yang waras dahulu. Kaedah ini mesti juga diaplikasi dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempercayai apa-apa berita yang datang ke telinga dan mata kita. Mesti tapis!
Kita mesti menyelidik dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang ramai. Kerana berita palsu bukan sahaja akan dipertanggungjawabkan kepada kita yang menyebarkannya, malah mempunyai kesan kepada masyarakat.
Betapa gelojohnya kita. Konon untuk membawa berita keinsafan. Konon untuk membawa mesej taqwa. Namun, tindakan ini telah memalukan kita ummat ISLAM. Kita terfitnah. ISLAM terfitnah. Itu semua lahir dari kedangkalan sebahagian kita (termasuk saya) sebagai ummat ISLAM. Kecantikan ISLAM dihodohkan dek ummat ISLAM :(
Nasihat
Muslimin muslimat sekalian,
Berhentilah dari berbohong. Berhentilah dari terburu-buru membawa berita yang belum pasti kesahihannya. Berhentilah dari gelojoh mengaitkan semua berita-berita yang belum pasti ini dengan agama. Berhentilah dari berasa ajaib kepada sesuatu sebelum menyelidikinya. Kerana kita tak mahu kesan dari terburu-burunya kita, gelojohnya kita, bodohnya kita akan terpalit pada agama yang kita cintai.
Sebahagian kita menggunakan kisah-kisah ini untuk mengisafkan sebahagian ahli masyarakat. Ya, saya tahu kita semua lakukan itu dengan tujuan yang baik. TETAPI, jika dengan cara yang salah walau dengan niat yang baik sekalipun, ia tetap salah di sisi agama. Moga-moga kita semua diampuni ALLAH Yang Maha Memberikan Keampunan, amin.
Jika ingin berdakwah, berdakwahlah bersumberkan sesuatu yang jelas. Dan sumber yang jelas lagi sohih, pastinya datang dari al-Quran dan as-Sunnah.
Kita masih belum memaksimakan mengambil manfaat dari kedua-dua sumber tersebut. Kita masih belum mentadabbur al-Quran iaitu memahami setiap inti dan maksud ayat al-Quran. Dan kita masih belum juga menghayati hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Mulakan dengan itu dahulu. Mulakannya sekarang!
Manusia biasa membuat kesilapan. Ya, memang biasa! Tetapi yang tercela adalah apabila dia membuat kesilapan, dia tidak mahu berubah dan memperbetulkannya. Tetapi sekiranya dia membuat kesilapan, dan berubah apabila sedar akan kesilapannya, maka itu adalah sifat terpuji yang patut ada pada manusia…
Wa Allahu Ta’ala A’lam.
No comments:
Post a Comment