Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Jaami’


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

87. Al Jaami’ 

The Gatherer/ The Unifier

Yang Maha Menghimpun / Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul – Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
.
Fadhilat Al Jaami’
.
Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ‘Ya Jaami’ sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
.
Sesiapa yang membacanya ‘Ya Jaami’  tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, InsyaAllah akan dikumpulkan segala maksudnya.
.
Jika inginkan ahli keluarga kita dapat bersama berkumpul di rumah, terutama pada masa perayaan zikirkanlah ‘Ya Jaami’ sebanyak 111 kali, setiap lepas solat fardhu selama 7 hari atau sebulan dengan niat, Allah menghimpun mereka bersama. InsyaAllah akan dikabulkan hasrat tersebut.
.
Bagi menghimpunkan semula ahli keluarga yang berpecah atau terpisah akibat sesuatu mala petaka seperti peperangan dan gempa bumi; Seseorang itu hendaklah mandi pada waktu Dhuha dan merenung ke arah langit, bacakan asma ‘Ya Jaami’ sebanyak 10 X. Kiralah dengan jari, dimana bagi setiap satu kiraan, satu hari menutup jari sehingga kesepuluh jari tutup menggenggam. Kemudian sapu tangan ke muka setelah selesai berdoa. InsyaAllah akan ditemukan dengan orang tersebut.
 .
Sesiapa menyebut ‘Ya Jaami’ berulang-ulang, InsyaAllah akan menemui benda-benda yang hilang.

Jika ada barang hilang atau terlupa dimana ianya diletakkan, bacalah doa berikut sebanyak-banyaknya, InsyaAllah akan segera menemui dan mendapati barang itu semula.

.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML