Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – At Tawwaab

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



80. At Tawwaab

The Ever Returning/ Ever Relenting

Maha Penerima Taubat / Maha Menerima Taubat / Penerima Ketaubatan -  iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

.
Fadhilat At Tawwaab
.
Bagi yang selalu berbuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ‘Ya Tawwaab’ ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
.
Apabla dibaca ‘Ya Tawwaab’ setiap ketika, InsyaAllah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Tawwaab’ berulang-ulang, InsyaAllah taubatnya akan diterima.
.
Ucapkan ‘Ya Tawwaab’  sebanyak 10 kali di hadapan penzalim, ini akan menyelamatkannya daripada kezaliman.
.
Seseorang yang menzikirkan ‘Ya Tawwaab’ ini sebanyak 360 kali setiap hari selepas menunaikan solat Dhuha, InsyaAllah akan diberikan taufik untuk ikhlas bertaubat.
.
Sesiapa yang beristiqamah berzikir sebanyak-sebanyaknya dengan ‘Ya Tawwaab’, InsyaAllah segala kerja akan dapat diselesaikan dengan mudah. 

.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML