Friday, April 18, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – Al Barr

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



79. Al Barr

The Most Kind And Righteous

Yang Maha Berbuat Baik / Maha Penderma / Maha Dermawan / Maha Bagus / Sumber Segala Kebaikan – Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

.
Fadhilat Al Barr
.
Amalkanlah zikir ‘Ya Barr’ ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
.
Jika diucapkan ‘Ya Barr’ 7 kali dan ditiupkan pada bayi yang baru lahir, InsyaAllah ia akan mendapatkan perlindungan daripada segala bahaya.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Barr’ kepada anak-anaknya, InsyaAllah ia akan dijauhkan daripada kemalangan.
.
Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca ‘Ya Barr’ sebanyak-banyaknya.
.
Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘Ya Barr’, InsyaAllah dia akan menjadi penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang, tentulah semuanya akan baik dan jinak kepadanya.
.
Seseorang yang menzikirkan ‘Ya Barr’ ini sebanyak-sebanyaknya setiap hari, InsyaAllah kecintaan kepada dunia akan keluar daripada hatinya.
.
Jika ‘Ya Barr’ diucapkan 7 kali pada setiap hari, InsyaAllah seseorang itu akan dapat membuang segala perangai buruknya seperti minum arak zina dan sebagainya.

.
Wallahu A’lam bishowab
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML