Thursday, July 10, 2014

TELADAN

Suatu hari, seorang ustaz kacak telah berkenan dengan seorang model jelita.

Beliau dengan yakin dapat memikat hati model tersebut dengan pakej rupa dan agamanya yang ada.

Akhirnya beliau berjaya menghubungi si gadis melalui facebook.

Ustaz: "Saya nak berterus-terang, saya berkenan dengan awak dan saya nak melamar awak. Itupun jika awak setuju."

Gadis: "Memang ramai yang dah cuba tanya saya dengan cara begini. Maksud saya hubungi di fb, laman sosial lain. Memang dah beratus lelaki cuba lamar saya. Oleh sebab awak ni ustaz mengikut apa yang tertera di fb awak, saya hanya akan setuju lepas awak berjaya jawab 3 soalan ni."

Ustaz: "Soalan apa? Kalau bab agama, insya-Allah boleh."

Gadis: "Konfidennya ya. Memang soalan agama pun."

Ustaz: "Baik, mulakan sekarang."

Gadis: "Baiklah. Soalan pertama. Agak-agak awaklah, pada tahun berapakah Al-Kitab Perjanjian Baru Bible diterjemah ke Bahasa Melayu di Malaysia?"

Ustaz: "Err.. 4 tahun lepas?"

Gadis: "Salah. Tahun 1974. Sila pinjam Bible versi tu dengan kawan dan tengok helaian-helaian awal bahagian mukaddimah."

Ustaz: "Em..soalan seterusnya?"

Gadis: "Bolehkah pihak gereja terjemahkan bible ke Bahasa Melayu dengan sewenangnya?"

Ustaz: "Kenapa pula tak boleh? Kita terjemah kitab arab ke Melayu rilek je."

Gadis: "Salah. Pihak gereja kena minta izin bertulis secara rasmi dari pihak berkuasa, pihak kerajaan, pihak kementerian dalam negeri. Sebab ini melibatkan agama di Malaysia secara keseluruhannya. Diluluskan baru boleh."

Ustaz: "Adus. Salah lagi. Soalan ketiga?"

Gadis: "Dalam bible terjemahan tu ada kalimah Allah tak?"

Ustaz: "Oh isu kalimah Allah la ni. Tak pasti la sebab saya tak pernah tengok pun bible tu."

Gadis: "Hish. Ustaz apa awak ni. Dalam bible terjemahan, kalimah Allah diluluskan untuk bible negeri Sabah dan Sarawak sahaja. Manakala di semenanjung, tidak boleh. Soalan bonusnya, kenapa hanya di Sabah dan Sarawak? Apa tidak ada orang Kristian di semenanjung?"

Ustaz: "Hm..tak tahulah."

Gadis: "Jadi, awak dah gagal jawab semua soalan. Baiklah, soalan terakhir untuk awak. Apa pandangan awak untuk isu kalimah Allah ni. Wajar tak pertahankan tidak dibenarkan guna dalam bible?"

Ustaz: "Kenalah pertahankan. Tak nak Islam kena hina. Kena tegas pada orang kafir. Jangan bagi muka."

Gadis: "Haih, awak ni. Kalau awak push mereka pun, mereka takkan respek kalimah Allah tu sebab mereka tak faham Islam. Jadi, tugas org Islam adalah untuk sampaikan Islam, ajarkan mereka tentang Islam, ajak mereka masuk Islam. Baru betul caranya. Bash orang kafir gitu je takkan berkesan. Lepas mereka masuk Islam, baru kalimah Allah bererti bagi mereka.

Malahan, cara untuk stop penggunaan kalimah Allah ini, kuasanya bukan pada kita. Tapi pada pihak penguasa. Mereka yang cop, mereka yang luluskan. Mereka jualah sahaja yang mampu batalkan dan tarik balik. Jadi, jangan marah org kafir, tapi nasihatkan pemerintah."

Ustaz terdiam. Malu kot.

Gadis: "So, nasihat dari saya, awak jangan ghairah sangat dengan panggilan ustaz selagi awak tak tahu banyak lagi benda tentang agama. Title tidak menjamin ilmu seseorang itu tinggi atau rendah. Mungkin dipanggil ustaz sebab org tu lepasan ijazah agama semata-mata je."

Ustaz: "Tak ada peluang langsung ke? Saya nak jadi imam awak. Ikhlas."

Gadis: "I don't need a man yang kurang ilmu berbanding isterinya. Sekian, wassalam."

Ustaz terkebil-kebil.
Malam tu, dia terus deactivate facebooknya.

Hajat hati memeluk gunung, apakan daya tangan pendek.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML