Thursday, July 10, 2014

DIUTAMAKAN

Suatu malam selepas solat maghrib.

Aku singgah di sebuah kedai burger. Nak beli burgerlah, bukan nak beli abg beger.

Aku pakai jeans and tshirt santai selekeh je. Masa aku sampai kedai tu, ada la sorang customer tengah turn. Aku next.

Lepas tu datang dua orang pemuda kacak berserban dan berjubah. Baru lepas solat jugaklah kot. Nak beli burger jugak.

Aku dah order awal-awal. Tunggu punya tunggu.

Tunggu sambil main henpon kononnya ada kredit padahal takde. Koh2.

Tup-tup, aku lihat tangan abg beger menghulurkan dua ketul beger special kepada jejaka berserban dan berjubah tu sambil tersenyum dan mereka membayarnya lalu berlalu pergi.

Aku terkebil-kebil. Tengok burger aku tak buat pun lagi.

Aku mula-mula tu bersangka buruk, "Cisss abg beger bedebah betul buat beta macam ni! Beta tiba dulu, tapi mereka yang dapat dulu?!". Lepas tu aku istighfar.

Aku sadar diri aku bukan orang baik. Bukan orang soleh macam jejaka-jejaka berserban putih itu.

Begitulah ya tuan-tuan dan puan-puan nasib orang tak soleh. Orang soleh masuk syurga dulu. Itulah sifirnya. Orang soleh diutamakan, orang tak soleh diketepi-tepikan.

Mereka lebih soleh. Aku?

Lalu aku pun pulang membawa diri setelah begerku siap 15 minit kemudian. Makan beger dengan mata bergenang menonton drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta."

Sayu hati. Sedih kan cerita aku ni kan? Sedih kan?



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML