Sunday, April 27, 2014

TEGAS DAN ILTIZAM DENGAN AJARAN ISLAM

Gadis ini dikatakan tidak menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan VIP di atas pentas.  Perbuatannya itu lantas mengingatkan VIP tersebut akan hukum Islam mengenai larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan.  Ia suatu perbuatan yang baik untuk dicontohi.

Mungkin ada sebahagian tuan/puan yang pernah mengalami situasi di atas bukan?

Alhamdulillah, semoga ALLAH pelihara tuan/puan.

Apabila kita bertegas dan iltizam dengan ajaran agama Islam, nanti orang lain terutama yang belum-Islam akan faham akan inti ajaran sebenar agama Islam.

Mereka akan tahu bahawa lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) tak boleh bersentuhan dan bergurau senda. Mereka akan sedar bahawa arak itu besar bahayanya.  Mereka akan tahu kesan hiburan yang melampau.  Mereka akan tahu bahawa kita mesti solat 5 kali sehari semalam.  Mereka akan tahu bahawa kita tak boleh terlibat dengan institusi kewangan konvensional.  Mereka akan maklum bahawa berpakaian sopan dan menutup aurat itu suatu kemestian.  Dan sebagainya.

Masalahnya sekarang ialah ramai umat Islam tak kisah dan tak tegas untuk mengamalkan Islam pada diri sendiri.  Jadi sebab itulah Islam tidak kelihatan pada diri muslim (kitalah tu).  Seharusnya kita mesti lebih tegas.

“Maaf, saya tidak boleh bersalam dengan kamu…”
“Maaf, saya tidak boleh menyertai insurans konvensional…”
“Maaf, saya tidak boleh makan di kedai itu…”
“Maaf, saya hendak singgah di masjid sebentar untuk solat…”
“Maaf, saya tidak boleh tolong kamu angkat kotak arak itu…”

Ungkapan sebegini menampakkan ketegasan kita dalam beramal dengan Islam.  Tentunya ungkapan-ungkapan di atas tidak berhenti begitu sahaja.  Ia kemudiannya tentu akan direspon dengan “kenapa?” oleh mereka.

Daripada situlah dialog dan penjelasan akan bermula.  Dan in shaa’ ALLAH, ajaran Islam akan menjadi lebih jelas buat yang sudah-muslim dan juga belum-muslim jika betul apa yang disampaikan dan hikmah pula caranya.

Semoga ALLAH Ta`ala mengurniakan kita semua akan kekuatan, hidayah dan taufiq untuk terus berada di atas jalanNYA.  Sebagai permulaan, hendaklah diri kita diisi dengan ilmu…

لا حول ولا قوة الا بالله

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML