Thursday, January 9, 2014

SOAL JAWAB AGAMA SIRI 83

Soal Jawab Agama Siri 83 

(Syarat Membatalkan Solat, Adab Minum Air, Derma Organ, KenduriTahlil dan Kisah Nabi SAW Wafat)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Soal Jawab Agama Siri 83 adalah menjawab persoalan syarat-syarat yang membatalkan solat, adab-adab ketika meminum air, hukum menderma organ, mengadakan majlis kenduru tahlil dan kisah kewafatan Rasulullah SAW.

701. Soalan : Apakah syarat-syarat yang boleh membatalkan solat?

Jawapan :

Terdapat  12 syarat yang boleh membatalkan solat iaitu :

1. Meninggalkan salah satu rukun solat. 

2. Berhadas kecil atau besar.

3. Makan atau minum

4. Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat

5. Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut

6. Berkata-kata.

7. Bersuara seperti menangis dan meraung kesakitan secara berlebih-lebihan

8. Berpaling dada daripada arah kiblat

9. Ketawa dengan mengeluarkan suara

10. Terbuka aurat dengan sengaja

11. Berubah niat

12. Murtad.

702. Soalan : Apakah adab-adab yang ditunjukkan oleh Islam ketika meminum air? Kenapa tidak dibenarkan minum cara berdiri?

Jawapan :

Memulakan minum air dengan membaca bismillah dan minum dengan tangan kanan.

Dari Amr bin Abi Salamah, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku, jika engkau hendak makan ucapkanlah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (Hadis Riwayat Thabrani dalam Mu’jam Kabir) Dalam silsilah hadis shahihah, 1/611 Syaikh al-Albani mengatakan, “Sanad hadis ini sahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Walau pun hadis tersebut menceritakan tentang makanan tetapi ianya juga termasuk minuman . 

Terdapat beberapa hadis mengenai cara-cara minum air yang baik :

1. Nabi SAW bersabda maksudnya, "Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (Hadis Riwayat Tirmidzi)

2. Sabda Nabi SAW maksudnya : "Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

3. Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud : "Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Daripada adab yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika minum, apa yang ingin di jelaskan di sini adalah saranan supaya tidak bernafas ketika  kita sedang minum air. Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan. Begitu juga anjuran supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah ikutan yang terbaik. Janganlah kita mempertikaikan sebarang sunnah anjuran nabi dengan apa cara sekalipun. Hidupkanlah sunnah nabi. Dan sesungguhnya ilmu pengetahuan Allah meliputi segala makhluk-Nya.

Rasulullah SAW melarang kita minum air sambil berdiri : Diriwayatkan oleh Abu Ziyad Ath-Thihani, dia berkata: “Aku mendengar Abu Hurairah mengatakan:

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسّلَّمَ أَنَّهُ رَأٰٰى رَجُلاً يَشْرَبُ قَا ءِمًا فَقَالَ لَهُ : قِهْ ، قَالَ : لِمَهْ ؟ قَالَ : أَيَسُرُّكَ أَنْ يَشْرَبَ مَعَكَ الْهِرُّ ؟ قَالَ : لاَ ، قَالَ : فَاِنَّهُ قَدْ شَرَبَ مَعَكَ مَنْ هُوَ شَرُّ مِنْهُ ! أَالشَّيْطَانُ !!

“Dari Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda melihat seorang lelaki minum dengan berdiri. Kemudian baginda bersabda kepadanya, “Muntahkanlah!” 

Orang itu bertanya: “Mengapa?”

Baginda bersabda: “Apakah kamu suka jika minum bersama dengan kucing?” 

Orang lelaki itu menjawab: “Tidak.” 

Dia bersabda lagi: “Sesungguhnya telah minum bersamamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu, iaitu syaitan.” 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad (7990), Ad-Darimi (2/121), Ath-Thahawi dalam Musykilul-Atsar  (3/19) dari Syu’bah dari Abu Ziyad. Hadis ini shahih sanadnya.)

703. Soalan :  Bolehkan ustaz jelaskan apakah hukum menderma organ dan juga pemindahan organ menurut pandangan islam?

Jawapan :

Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhadap isu derma dan pemindahan organ :

1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga :

Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana-mana anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.

Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-

i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.

ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.

Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.

Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya.

Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

2. Menghapus Ovum atau telur wanita yang berlebihan dari keperluan (Hasil pensenyawaan di luar rahim)
Hukumnya :

a). Kaedah penghaspusannya adalah dibiarkan tanpa sebarang perhatian, agar ia mati dengan sendirinya.

b) HARAM menggunakan ovum dari wanita lain, dan WAJIB pihak yang menguruskannya memastikan tiada sebarang kekeliruan atau percampuran atau pertukaran berlaku.

3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas

Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata')

b) Dalam Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-

i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas

ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

(Di ambil daripada tulisan Ustaz Hj Zaharuddin bin Haji Abd Rahman)

704. Soalan : Apabila berlaku kematian ahli keluarga adakah kita di haruskan mengadakan Majlis Kenduri Tahlil untuk mendoakan simati?

Jawapan : 


Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa

الحاوي للفتاوي 

قال الامام أحمد بن حنبل رضى الله عنه فى كتاب الزهد له : . حدثنا هاشم بن القاسم قال : حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس)من كبار التابعين(: ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا أي الصحابة يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام.

Imam Ahmad Hambal telah meriwayat di dalam kitab Zuhdi daripada Hasyim bin Qasim daripada Ashja’ie daripada Sufian telah berkata, Thawus (Setengah daripada tabien yang besar) telah berkata sesunguh orang yang mati dicuba dan diuji (dengan soal kubur) di dalam kubur mereka selama tujuh hari, adalah sahabat-sahabat Nabi SAW suka bahawa diberi makan ganti bagi mereka yang telah mati pada tujuh hari tersebut.

Fatwa Majlis Islam Johor, Fatwa Majlis Islam Berunai, Fatwa Majlis Agama Islam Fathoni menyatakan keharusan melakukan kenduri tahlil (arwah) dirumah si mati.

Ada di antara fatwa menyatakan keharusan membuat jamuan atau kenduri arwah mestilah menuruti syarat-syarat nya. Para Ulamak berdalil hadis Thowus رضى الله عنه seorang pembesar Tabi’en menunjjukan amalan kenduri arwah telah berlaku semenjak zaman Sahabat Nabi SAW lagi.

Selain itu , terdapatnya keharusan mengadakan jamuan di rumah si mati kerana tetamu yang berkunjung dari jauh. Tetapi sebaik-baiknya jangan ditetapkan hari-hari tertentu.

Jika mengadakan sesuatu jamuan atau kenduri akan menambahkan kesedihan maka makruh mengadakan kenduri atau untuk mengadakan upacara Niayahah ( meratap kematian ) yang diharamkan maka haram majlis jamuan dan kenduri diadakan.

Mengadakan kenduri tahili dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian dari perwarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta yang selain dari pusaka simati misal nya duit gaji anak / waris simati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri tahlil dengan menggunakan harta yang begitu. Wallahu a'lam.

705. Soalan :  Saya keliru riwayat dimana Nabi SAW wafat. Ada yg kata Nabi SAW wafat dipangkuan Aishah r.ha dan menyebut ummati dan ada pula yang kata fil rafaqi a'la. Boleh ustaz memberikan penjelasannya.


Jawapan : 

Dalam hadis sahih Nabi SAW menyebut semasa hendak wafat ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (Hadis Sahih al-Bukhari dll). 

Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat.

Dalam al-Bukhari:

إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى »

(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah SAW dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML