“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.”
– ust hasrizal
ZINA bukan kesudahannya.
ZINA adalah permulaannya.
ZINA adalah najis maksiat.
Usah kita pergi jauh kepada zina fizikal. Zina sebenarnya bermula dengan hati yang bersih. Namun dek kerana proses evolusi cinta berbaur nafsu menyebabkan rasa fitrah bercinta bertukar kepada daerah hitam.
Hati menjadi hitam diselubungi titik-titik noda dan dosa. Sarat sekali dengan perasaan mazmumah.
Sukarnya untuk merubah diri.
Sukarnya untuk bertaubat
Sukarnya untuk menangis kerana Allah.
Sukarnya untuk berzikir memujiNya.
ZINA HATI
“Kami jarang berjumpa. Hanya berhubung dengan YM dan call. Cuma kadang-kadang saya merindui dia dan seringkali menatap gambar dia”.
Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam imaginasi kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.
Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.
Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.
Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?
ALLAH SWT berfirman,
“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”
(al-israa' 17 : 32)
ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.
Bagaimana?
Lihatlah sabda Rasulullah SAW ini,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"
Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.
Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.
Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita.
Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Malah berkemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa.
Bagaimana?
Adakah ini satu perkara yang baik?
Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.
Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah AMANAH. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.
Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.
CABARAN BUAT SI DAIE - Suatu cabaran besar buat si aktivis dakwah. “Sumpahan” ini tidak pernah kenal sasarannya termasuklah diri ini. Ingatlah, ketika Allah bercerita padamu tentang Zulaikha dan Yusuf, sebenarnya Allah mahu berbicara mengenai kamu dan hakikat nafsu dalam dirimu yang sentiasa dalam persimpangan. Pilihlah jalan Yusuf dan jauhilah jalan Zulaikha. Qad shaghafaha hubba...
CINTA YANG TIDAK PASTI - Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang..
CINTA YANG PASTI HANYALAH ALLAH…
CERITA DI SEBALIK ZINA HATI
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.
Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak.
Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini.
Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.
Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya.
Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.thank you..." balasnya pula.
Keesokannya. Aku menanti awal dia online.
'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: tak mengapa, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya lah… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan saja lah…
Amin: hurm… …..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sebab……
Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada.
Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.
Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam. Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulail, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya.
Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai."
Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah.
Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan siswa siswi harapan agama dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
No comments:
Post a Comment