Wednesday, March 26, 2014

SUASANA DI HARI AKHIRAT ( SIRI 1-7 )

Suasana Alam Akhirat (1) Al-Qalam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Surah di dalam al-Quran berjumlah 114.. 80 daripadanya menerangkan tentang suasana Alam Akhirat.

Ini menunjukkan bahawa tujuan utama Allah turunkan al-Quran ialah untuk meyakinkan manusia akan adanya Alam Akhirat serta membayangkan kepada manusia bagaimana keadaan Alam Akhirat nanti.. agar manusia bersiap sedia menghadapinya dengan bekalan2 tertentu .. supaya manusia dapat menghindarkan diri daripada kesulitan2 serta dapat menyediakan diri dengan mengerjakan perkara2 yang menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan di Alam akhirat nanti.Ini adalah merupakan rahmat Allah kepada kita.. andainya kita tidak diberi peringatan bagaimana kita nak bersedia.. samalah seperti kita nak menghadapi peperiksaan tentunya kita dah tau apa yang akan diuji..

Allah membuat penegasan dan pengulangan dalam al-Quran tentang kerugian yang akan ditanggung di Alam Akhirat nanti tidak dapat ditebus dengan apa-apa sekalipun biarpun seseorang itu mempunyai harta menggunung, anak pinak yang ramai serta pangkat darjat yang tinggi.. jika pengadilan di dunia boleh dibincang dan meminta keringanan hukuman mana bolaeh di sana nanti..

Allah menyatakan dengan ayat-ayat yang begitu indah dan mengagumkan untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap Akhirat sehinggakan selama 23 tahun, yakni selama al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sebahagian besar manusia berbangsa Arab menjadi yakin seyakin2nya/tanpa ragu sedikitpun tentang adanya kehidupan di Alam Akhirat. Disebabkan itulah keadaan bangsa Arab ketika itu berubah daripada serba jelik, rosak, kotor serta berpecahbelah menjadi keadaan serba baik, teratur, bersih dan bersatupadu di bawah pimpinan Rasulullah SAW.. sehingga dalam jangka waktu yang pendek mereka menjadi bangsa yang terkemuka, kuat serta mendapat kemenangan.. serta Agama Islam menjadi berkembang dan menjadi Agama yang terkehadapan (leading religion).

Jadi.. salah satu faktor kemenangan Islam dan Nabi Muhammad SAW dari dulu hingga hari kiamat ialah faktor kepercayaan kepada Alam Akhirat ini. Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 33 bermaksud:

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (33)

Pelbagai cara Allah menanamkan keyakinan kepada manusia terhadap Akhirat , hinggakan manusia yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan tinggi pengetahuan dapat menerima dengan mudah walaupun permasalahan ini amat rumit disebabkan alam akhirat ini tidak dapat dipandang dan dilihat.

Antara cara Allah menerangkan dalam al-Quran

Dalam Surah al-Insaan Ayat (1 – 6 ) yang bermaksud:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? (1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (3) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. (4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (6)

Dalam ayat di atas Allah menerangkan penciptaan manusia telah lama wujud sebelum wujudnya kaum musyrik di Mekah ketika itu.. lalu mengapa mereka tidak percaya akan adanya hari akhirat.. Allah boleh saja mencipta manusia dan makhluk lain betapa pula tidak boleh mencipta Alam Akhirat.. seterusnya Allah mengingatkan tentang balasan kepada orang2 yang kufur dengan menyediakan rantai dan belenggu serta api Neraka yang menjulang2.. sedangkan untuk orang2 yang beriman Allah sediakan minuman yang lazat daripada mata air yang hampir dengan mereka.

Manakala dalam Surah al-Ankabut ayat 54 yang bermaksud:

Mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab itu, padahal sesungguhnya Neraka Jahanam tetap akan meliputi orang-orang yang kafir. (54)

Dalam ayat ini orang2 musyrik Mekah ketika itu meminta ditunjukkan azab padahal Allah akan turunkan azab tidak mengira sama ada mereka minta atupun tidak.. tidak ada siapa pun (orang2 yang kufur) yang dapat melepaskan diri daripada azab Neraka Jahanam pada hari tersebut.

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menerangkan tentang adanya hari akhirat.. kita akan jumpa jika kita rajin meneliti dan mengkaji.. sayangnya ramai antara kita yang tidak memahami bahasa Arab kerana tidak mempelajarinya jika adapun ketika dalam darjah 1 hingga darjah 6 di sekolah Arab.. (termasuklah saya) tidak banyak yang dapat dikutip dalam masa tersebut.. mungkin kerana sukatan pelajaran atau guru2 yang mengajar kurang mahir berbahasa Arab ketika itu.. saya tidak tahu.. tetapi yang jelasnya ramai yang membaca al-Quran tidak memahami apa yang dibacanya.. lebih malang lagi kalau tidak mahu membacanya.. Apabila kita tidak faham bagaimana kita nak menurut segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.. zaman Nabi Muhammad SAW dahulu ketika turun ayat memerintahkan wanita menutup aurat.. masa itu juga wanita2 yang ada tidak kira di mana berada akan mencapai apa saja untuk menutup aurat mereka kerana mereka faham.

Berikut saya catatkan antara ayat2 dalam salah satu surah yang jumlahnya 80 yang saya nyatakan di atas tadi yang membayangkan suasana Alam Akhirat:

Surah Al-Qalam (Pena)

(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; (42) Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (43)

Pada hari itu, di hadapan pengadilan mereka (orang-orang yang tidak beriman) dibentak supaya sujud tetapi tidak dapat melaksanakan perintah itu kerana bukan masanya lagi untuk bersolat di akhirat.. di dunia mereka tidak pernah solat dan tidak mahu menerima ajaran Rasulullah.. lalu Allah berfirman kepada RasulNya

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. (44) Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh. (45)

Allah tarik mereka sedikit demi sedikit.. Allah hulurkan waktu bagi mereka dan membiarkan mereka terus hidup yang akhirnya pasti akan mati juga.. Pada masa itulah Allah menjalankan tipudayaNya (rencana) yang ditetapkan, yang tidak dapat dihalang kerana manusia tidak berdaya.. sedangkan Allah Maha Perkasa.. Mereka lalai terhadap Allah tetapi Allah tak pernah lalai..

Inilah suasana yang dibayangkan oleh Allah di dalam al-Quran tentang keadaan pada harai Akhirat nanti.. suasana ini sudah tentu membekas di hati ORANG2 YANG BERIMAN, YANG IKHLAS tetapi dianggap kosong dan sebagai angina lalu sahaja oleh orang2 yang tidak beriman.



Suasana Alam Akhirat (2) - Surah al-Muzammil

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam entri lepas dicatat tentang suasana Alam Akhirat seperti dalam surah Al-Qalam (pena).. kali ini disambung dengan:

Surah al-Muzammil (Yang berselubung) mulai ayat 10 - 19


وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرً۬ا جَمِيلاً۬ (١٠) وَذَرۡنِى وَٱلۡمُكَذِّبِينَ أُوْلِى ٱلنَّعۡمَةِ وَمَهِّلۡهُمۡ قَلِيلاً (١١) إِنَّ لَدَيۡنَآ أَنكَالاً۬ وَجَحِيمً۬ا (١٢) وَطَعَامً۬ا ذَا غُصَّةٍ۬ وَعَذَابًا أَلِيمً۬ا (١٣) يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ وَكَانَتِ ٱلۡجِبَالُ كَثِيبً۬ا مَّهِيلاً (١٤) إِنَّآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ رَسُولاً۬ شَـٰهِدًا عَلَيۡكُمۡ كَمَآ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولاً۬ (١٥) فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذً۬ا وَبِيلاً۬ (١٦) فَكَيۡفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرۡتُمۡ يَوۡمً۬ا يَجۡعَلُ ٱلۡوِلۡدَٲنَ شِيبًا (١٧) ٱلسَّمَآءُ مُنفَطِرُۢ بِهِۦ‌ۚ كَانَ وَعۡدُهُ ۥ مَفۡعُولاً (١٨) إِنَّ هَـٰذِهِۦ تَذۡڪِرَةٌ۬‌ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلاً (١٩)

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (10)

Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (11)

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12)

Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13)

(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. (14)

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. (15)

Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16)

(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? (17)

Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya. (18)

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat). (19)

Huraian:

Orang2 yang beroleh nikmat kekayaan dan menjadi sombong.. dan engkar dengan ajaran Nabi Muhammad SAW Allah ingatkan kepada mereka tentang belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.. Allah memberi azab yang pedih.. nikmat kekayaan yang banyak itu Allah akan gantikan dengan makanan yang kesat lalu tercekik dan mendapat azab yang tak terperi sakitnya.

Allah meminta supaya Nabi Muhammad bersabar terhadap kesombongan mereka.. meminta menjauhkan diri daripada orang2 yang menentang baginda dengan cara yang baik .. dan Allahlah yang akan membalas segala perbuatan buruk mereka. Berilah masa kepada mereka supaya mereka sedar atau bertaubat selagi ada masa mereka hidup dan jika mereka masih kufur, Allah menjelaskan bahawa (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. Mereka akan dibangkitkan kembali dan akan menerima balasan.

Tempoh ini diberikan juga kapada Fira'un.. akhirnya Fira'un dibinasakan akibat kesombongannya.. Allah hancurkan dia bersama-sama pengikutnya yang dibanggakan itu. Allah mengingatkan bagaimana akan dapat menyelamatkan diri andainya masih kufur.. tidak mahu beriman.. dan Allah gambarkan pada hari itu kanak2 akan beruban olehkerana takutnya.. seketika itu juga berubah mejadi tua dan beruban..

Allah mengingatkan bahawa langit akan pecah dan hari Akhirat itu amat dahsyat.. gunung-gunung yang keras dan padat serta kukuh akan hancur menjadi pasir berterbangan .. oleh itu jadikanlah peringatan Allah ini untuk mencari keredhaanNya.. kerana jalan menuju Allah itu adalah jalan yang lurus, aman dan mudah tetpai yang yang menyimpang daripada menuju Allah adalah jalan yang sempit lagi berliku.



Suasana Alam Akhirat (3)Surah 74 - Al-Muddaththir (yang berselimut) ayat 8 hingga 56

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Surah yang berikutnya yang menerangkan tentang suasana Hari akhirat ialah surah: 

Surah 74 - Al-Muddaththir (yang berselimut) ayat 8 hingga 56. 

فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ 
Kerana apabila telah ditiup sangkakala, (8) 

فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ 
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar. (9) 

عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ 
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10) 

ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيداً 
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), (11) 

وَجَعَلْتُ لَهُ مَالاً مَّمْدُوداً
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12) 

وَبَنِينَ شُهُوداً 
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13) 


وَمَهَّدتُّ لَهُ تَمْهِيداً 
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14)


ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ 
Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; (15) 


كَلَّا إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيداً 
Tidak sekali-kali (akan Aku tambah)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). (16)

سَأُرْهِقُهُ صَعُوداً 
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17) 


إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ 
Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka (pelbagai tuduhan terhadap Al-Quran). (18) 


فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ 
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) 


ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ 
Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20)

ثُمَّ نَظَرَ 
Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21)

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ 
Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22) 


ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ 
Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, (23) 


فَقَالَ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ
Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24)


إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ 
Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25) 


سَأُصْلِيهِ سَقَرَ
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam Neraka Saqar. (26) 


وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu? (27) 

لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ 
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkannya (binasa terus) (28) 


لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ 
Ia terus-menerus membakar kulit manusia! (29) 

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ 
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). (30) 


وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَـٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَـٰٓٮِٕكَةً۬‌ۙ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَہُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَـٰنً۬ا‌ۙ وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِہِم مَّرَضٌ۬ وَٱلۡكَـٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِہَـٰذَا مَثَلاً۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ (٣١ 

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. / (31) 

كَلَّا وَالْقَمَرِ 
Sebenarnya! Demi bulan, (32) 

وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ 
Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri, (33)
وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ
Dan waktu Subuh apabila ia terang-benderang, (34) 


إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ 
Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, (35) 


نَذِيراً لِّلْبَشَرِ 
Yang menjadi amaran bagi umat manusia, (36)


لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ 
(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). (37) 


كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ 
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, (38) 


إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ 
Kecuali puak Kanan, (39) 


فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءلُونَ 
(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, (40) 

عَنِ الْمُجْرِمِينَ
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (41) 


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ 
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? (42) 


قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43) 


وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ 
Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; (44)


وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ 
Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; (45) 


وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ 
Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46) 


حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ 
Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. (47) 

فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ 
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (48) 


فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ
(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari daripada peringatan (Al-Quran) ? (49) 


كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ 
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari, (50) 


فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ
lari daripada singa.(51) 


بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفاً مُّنَشَّرَةً 
Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka.(52) 


كَلَّا بَل لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ 
Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat.(53) 


كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ 
Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya Al Quraan itu adalah peringatan.(54) 


فَمَن شَاء ذَكَرَهُ 
Maka barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran daripadanya (Al Quraan).(55) 


وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَى وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ 
Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali (jika) Allah menghendakinya. Dia (Allah) adalah Tuhan Yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun.(56) 

Huraian: 

Ayat-ayat di atas diturunkan sesudah Nabi Muhammad diperintahkan mengingatkan orang2 kaya dan yang kufur tentang ancaman berupa siksa neraka dan agar Rasulullah SAW bersabar dan tabah dalam menjalankan tugas dakwah seperti dalam surah Al-Muzzammil yang diterangkan dalam entri yang lepas.. orang kaya yang ditujukan dalam surah ini ialah al-Walid Ibnul-Mughairah.. hartanya terlalu banyak terdiri daripada kebun2, binatang ternakan, hamba abdi lelaki dan perempuan.. anak2 yang ramai termasuk 3 orang daripadanya memeluk Islam iaitu Khalid Ibnul Walid, Hisham dan Imarah. Allah mengurniakan dia harta yang banyak tetapi dia sombong dan menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai ahli sihir. Dia dikenali sebagai orang yang tersendiri.. lalu Allah membalikkan kesombongannya melalui ayat2 di atas. Allah menjanjikan Neraka Saqar kepada orang2 seperti ini.. yang mendustakan ajaran nabi dan tidak bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. 


Allah mengingatkan bahawa apabila ditiup sangkakala, bermulalah hari yang sukar lebih2 lagi kepada orang kafir yang ragu2 tentang kebesaran allah.. Allah bersumpah demi bulan malam dan subuh yang semuanya menunjukkan kebesaran Allah.. Allahlah yang menciptanya.. bila ternyata Allah sanggup mencipta semuanya itu apakh Allah tidak berkuasa menyiksa orang2 yang kufur seperti yang diancamkan itu? 


Allah mengingatkan bahawa setiap apa yang dilakukan akan dapat balasan.. baik dibalas syurga dan buruk dibalas neraka.. lalu Allah menggambarkan akan berlaku perbualan antara orang2 yang masuk syurga dengan orang2 yang masuk neraka.. kenapa mereka sampai masuk neraka? tentulah kerana mereka mendustakan hari akhirat, memperolokkan perintah Allah tidak mendirikan solat.. tidak memberi makan kepada orang miskin. dan ternyata mereka mengaku bahawa mereka berbuat demikian. 


Allah menerangkan bahawa pada hari akhirat nanti Allah akan memberi pengadilan seadil2nya.. tidak ada siapa yang dapat menolong hatta kepada anak sendiri sekalipun. 


Orang2 kafir yang tidak menghiraukan peringatan Allah tentang hari Akhirat ini Alllah umpamakan seperti keldai2 liar.. lari ketakutan daripada singa ganas yang mengejar.. keadaan keldai2 yang lari itu tentunya tidak keruan.. nasibnya bergantung kepada kebodohannya sendiri untuk melepaskan diri daripada singa kerana tidak ada tuannya yang akan menjaganya .. begitulah orang2 kafir. 

Beruntunglah kita sebagai orang2 Islam.. jagalah keimanan kita.. jangan sampai terbatal 




Suasana Alam Akhirat (4) - Surah al-Masad

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya. 

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda. 

Hari ini diltulis suasana hari akhirat seperti dalam Surah Al-Lahab/al-Masad (gejolakan api/lidah api) 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 

1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Yang dimaksud dengan "kedua tangan Abu Lahab" ialah Abu Lahab sendiri. 

2. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. 

3. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. 

4. Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar. 

5. Yang di lehernya ada tali dari sabut. "Pembawa kayu bakar" dalam bahasa Arab adalah kiasan bagi penyebar fitnah. 

Isteri Abu Lahab disebut pembawa kayu bakar kerana dia selalu menyebar-nyebarkan fitnah untuk memburuk- burukkan nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslim. 

Surah yang pendek ini menerangkan tentang bapa saudara Nabi saw yang bernama Abu Lahab yang bermegah2 dengan harta dan pangkat. Allah menyatakan bahawa tidak ada guna harta dan pangkat sekiranya harta dan pangkat itu tidak dapat menyelamatkan seseorang itu daripada api neraka pada hari akhirat nanti.. Ini kerana Abu Lahab sangat2 memusuhi Nabi saw.. dia menghalang orang2 lain daripada mengikuti ajaran Nabi saw bahkan dia berusaha mempengaruhi orang supaya jangan menjadi pengikut Nabi saw.. jadi dengan sebab itu dia dikenali sebagi tokoh yang bekerja keras untuk mendustakan Rasulullah saw dan menggagalkan dakwah baginda. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah menyeru supaya beriman dengan Allah, Abu Lahab berkata: "Jika benar apa yang dikatakan oleh anak saudaraku, sesungguhnya aku akan menebus diriku dengan siksaan dengan hartaku dan anakku". Dengan ucapan ini turunlah ayat2 di atas 

Surah ini juga menggemparkan seluruh kaum musyrikin Mekah tatkala itu.. mereka membaca dan mengahafal lalu membayangkan apa yang berlaku kepada Abu Lahab pada hari Akhirat nanti.. mereka terbayangkan Abu Lahab dan isterinya di dalam api neraka yang bergejolak serta tali api membalut leher isterinya.. betapa dahsyatnya!!! 

Begitulah Allah membayangkan suasana alam Akhirat melalui Qalamnya di dalam al-Quranul Karim supaya kita dapat mempersiapkan diri kita mengelak daripada siksaan api neraka. 



Suasana Alam Akhirat (5) - Surah At-Takwir (menggulung)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, pujian yang menyamai nikmat-nikmatNya dan mencukupi kelebihanNya. Wahai tuhan kami bagiMu segala pujian sebagaimana layak bagiMu kedudukan, keagungan dan kebesaran kekuasaanMu. Maha suciMu yang tak mampu kami mengira berapa banyak puji-pujian ke atasmu seperti yang Engkau puji ke atas diriMu sendiri. Maka layak bagiMu segala pujian sekiranya telah Engkau redhai dan bagiMu juga pujian selepas keredhaan itu.

Ya Allah sampaikan selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sehingga ke hari kiamat

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (At-Takwiir 81:1)

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (At-Takwiir 81:2)
 
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). (3)
 
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. (4)
 
Dan apabila binatang-binatang liar(buas) dihimpunkan. (5)
 
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur (mengganas/gelombang yang dahsyat). (6)
 
Dan apabila roh-roh disatukan (dengan tubuh/jasad). (7)
 
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (8)
 
Dengan dosa apakah dia dibunuh? (9)
 
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. (10)
 
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. (11)
 
Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang. (12)
 
Dan apabila Syurga didekatkan. (13)
 
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya. (14)
 

Allah gambarkan betapa dahsyatnya peristiwa kiamat.. bayangkanlah bagaimana apabila matahari digulung lalu tidak bersinar lagi.. keadaan menjadi gelap gelita.. bintang2 berguguran.. gunung-gunung berterbangan dan segalanya hancur. Manusia pula lupa kepada hartabenda, binatang ternakan, anak isteri, sahabat handai rakan dan taulan. Binatang2 buas pula dikumpulkan, tidak lagi buas kerana terkejutnya akan adanya hari kiamat.. Laut bergelombang dan mengganas dan roh2 dikembalikan dan disatukan dengan jasad.

Kemudian akan berlaku penghisaban atas apa yang manusia kerjakan di dunia ini .. diberikan kitab catatan amalan.. dan ditanyakan mengapa anak2 perempuan dibunuh (Zaman Jahiliyah).. setiap amalan perbuatan dipertanggungjawabkan.. baik gerak geri.. pertuturan tak kira sekecil mana dan sebesar manapun akan disoal dan dipertanggungjawabkan.

Lebih hebat lagi apabila roh2 dipertemukan dengan jasad.. setiap yang hidup kembali pada hari akhirat itu akan diperlihatkan syurga dan neraka.. mereka hairan, kagum terperanjat tetapi bagi orang2 yang beriman yang sememangnya telah percayakan adanya hari akhirat dan pembalasan walaupun mereka juga hairan tetapi mereka dapat merasai kehebatan Allah swt. Punca merasai kehebatan bagi orang2 kafir ialah kerana mereka tak beriman mereka didekatkan kepada neraka sebaliknya puncak kehebatan orang2 beriman ialah didekatkan mereka kepada syurga.

Seterusnya Allah bersumpah dengan bintang2, malam dan siang dan menyeru supaya orang2 kafir beriman kepada Allah.

Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul. (15)
 
Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya. (16)
 
Dan malam, apabila ia hampir habis. (17)
 
Dan siang, apabila ia mulai terang. (18)
 
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril as ) Utusan yang mulia. (19)
 
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. (20)
 
Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai. (21) 

Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
(At-Takwiir 81:22)

Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
(At-Takwiir 81:23)
Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
(At-Takwiir 81:24)

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
(At-Takwiir 81:25) 

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
(At-Takwiir 81:26)

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
(At-Takwiir 81:27)

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
(At-Takwiir 81:28)

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(At-Takwiir 81:29)
Demikianlah hebatnya Allah mencipta langit, bumi dan segala isinya.. menjadikan malam dan siang.. oleh itu Allah boleh menghancurkannya semula.




Suasana Alam Akhirat (6) - Surah al-A'la (yang paling tinggi)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam entri2 yang lepas telah dinyatakan bahawa daripada 114 surah yang terdapat dalam al-Quran, 80 daripadanya Allah terangkan tentang hari akhirat/kiamat..


Itulah untuk menunjukkan rahmat Allah yang berupa nikmat melalui al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw untuk memberi peringatan kepada kita.. betapa mustahak kita mengingatkan diri kita tentang pastinya mati dan pastinya berlaku hari kiamat dan pasti akan menerima balasan di sana nanti..

Kenapa dikatakan nikmat atau rahmat? sebab jika Allah tidak menyampaikan nikmat atau rahmat berupa berita ancaman ini kepada kita.. tidaklah kita menyiapkan diri (dengan bekalan) untuk mati dan untuk hidup kembali dan seterusnya nak pilih untuk duduk di dalam neraka ataupun di dalam syurga..

Pilihan di tangan kita.. kerana di dunia Allah beri pilihan sama ada nak buat baik atau nak buat jahat (dikatakan begini kerana di dunia apabila kita buat jahat kita tidak nampak balasan segera daripada Allah swt).. tetapi di akhirat nanti kita tidak lagi diberi pilihan.. apa saja keputusan Allah ketika itu kita tidak dapat menolaknya.

Dulu saya mulakan dengan:

1) Surah al-Qalam (Pena) ayat 42 - 45
2) Surah al-Muzammil (Yang berselubung) mulai ayat 10 - 19
3) Surah 78 - Al-Muddaththir (yang berselimut) ayat 8 hingga 56
4) Surah Al-Lahab/al-Masad (gejolakan api/lidah api)
5) Surah At-Takwir (menggulung)

Kini dalam entri ke enam berkenaan suasana alam akhirat ini dihuraikan:

Surah Al-A'la ( yang paling tinggi) iaitu surah ke 87 ayat 9 - 13

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى 
Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu akan memberi manfaat (9)


سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَى

Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran (10)


وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى

Dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhi peringatan (11)


الَّذِي يَصْلَى النَّارَ الْكُبْرَى


Iaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka).(12)


ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيہَا وَلَا يَحۡيَىٰ

Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.(13)


Dalam surah ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw memberi peringatan akan adanya hari kiamat/akhirat.

Orang2 beriman terus menerima peringatan ini kerana mereka takutkan siksaan Allah sedangkan orang2 kafir /tidak beriman merupakan orang2 yang mendapat kecelakaan kerana menjauhkan diri daripada peringatan.. tidak mahu mempercayai al-Quran dan mereka sombong.

Paling hebat dalam surah ini..ialah tentang ayat yang bermaksud : "Kemudian dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup".(ayat 13) .. tentang suasana kiamat ini ialah bahawa orang yang masuk neraka itu tidak hidup dan tidak pula mati. sepintas lalu susah nak difahami.. sebab biasanya kalau orang hidup dia pastinya tidak mati dan kalau mati pastinya dia tidak hidup.. bagaimana pula dikatakan tidak akan mati dan tidak pula hidup.. cuba bayangkan..

Erti yang sebenarnya ialah jika dia dikatakan mati pasti dia tak terasa siksaan.. sedangkan dia merasa siksaan.. dan dikatakan tidak hidup pula kerana dia terus menerus mendapat siksaan.. tidak henti2.. dengan kenyataan ini seharusnya manusia akan dapat merasakan betapa hebatnya siksa Neraka itu..

Kenyataan ini lebih ngeri daripada dikatakan siksa sampai mati.. kerana jika seseorang itu disiksa terus menerus tentu dia akan memilih mati daripada hidup.. sebab dengan mati akan berakhirlah penderitaan akibat penyiksaan itu.. cuba bayangkan bagaimana rasanya disiksa terus menerus..

Para sahabat Nabi Muhammad saw setiap kali mendengar atau membaca surah ini mereka menggigil ketakutan sedangkan kita yang tidak memahami bahasa al-Quran akan membaca dan mendengar dengan tersenyum (Na'uuzubillah)..

Sebab itu Rasulullah saw diperintahkan terus menerus memberi peringatan jangan sampai jemu untuk menghindarkan manusia daripada terjerumus ke dalam api neraka pada hari akhirat nanti..

Semoga kita sama2 ambil peringatan ini dan berusaha bersungguh2 untuk elakkan diri daripada terjerumus ke dalam api yang bergejolak..




Suasana Alam Akhirat (7) Surah Al-Fajr (Fajar)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Surah berikut yang menerangkan suasana alam akhirat ialah Surah Al-Fajr (Fajar) ayat 21 hingga 30

 كَلَّآ إِذَا دُكَّتِ ٱلۡأَرۡضُ دَكًّ۬ا دَكًّ۬ا (٢١) وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفًّ۬ا صَفًّ۬ا (٢٢) وَجِاْىٓءَ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِجَهَنَّمَ‌ۚ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَتَذَڪَّرُ ٱلۡإِنسَـٰنُ وَأَنَّىٰ لَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ (٢٣) يَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِى (٢٤) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ ۥۤ أَحَدٌ۬ (٢٥) وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ ۥۤ أَحَدٌ۬ (٢٦) يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)


Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, (21)  

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), (22) 
  
Serta diperlihatkan Neraka Jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik) dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? (23) 
  
Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)! (24)  

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. (25)  

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. (26)  

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27)  

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28)  

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29)  

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! / (30)

Allah menggambarkan kepada kita semua.. bahawa pada hari kiamat/akhirat nanti bumi akan dihancurkan sehancur2nya.. segala yang ada di atasnya dan di dalamnya akan dihancurkab dan diratakan serata-ratanya.. dan para malaikat akan datang berbaris2 menjadi saksi atas segala perlakuan kita semasa di dunia ini.. pada hari itu manusia ingin melakukan perkara2 yang baik tetapi sudah terlambat.. mereka mengeluh dan berkata : "Alangkah baiknya jika aku hidup kembali dan alangkah baiknya jika dahulu aku mempersiapkan diriku untuk mengahadapi semua ini.. alangkah baiknya jika aku mengikut ajaran Rasulullah.. alangkah baiknya... dan sebagainya.."

Penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.. manusia yang ingkar akan ajaran Rasulullah saw akan dicampakkan ke dalam Neraka satu persatu dengan kasar.. kejam tanpa belas kasihan lagi.. siksaan yang seorang pun tidak pernah melakukan sedemikian (ayat 25) .. selain Allah.. tidak ada seorang pun yang dapat mengikat sebagaimana Allah mengikat (ayat 26) .. kerana kemarahan Allah pada masa itu adalah puncak segala kemarahan.. sedangkan kemarahan Allah semasa manusia berada di atas muka bumi ini amat terbatas.. kemarahan yang disertai dengan beribu2 rahmat melalui sifat Ar-Rahman Allah kepada orang2 yang dimarahi .. disebabkan demikian besarnya kemarahan Allah pada hari akhirat nanti tidak ada seorangpun antara malaikat dan nabi2 serta rasul2  berani berbicara kecuali yang dibenarkan.

Dalam ayat 27 hingga 30, Allah menyatakan kepada orang2 beriman yang yakin dengan hari akhirat dan pembalasan.. gembiralah sepuas2nya.. mereka suka dan Allah pun suka.. ketika itu Allah mempersilakan mereka masuk ke dalam syurga yang telah disediakan..

Ya Allah, lindungilah kami daripada api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu ya Allah.. Amiin..







No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML