Showing posts with label TIPS DAN FAKTA MENARIK. Show all posts
Showing posts with label TIPS DAN FAKTA MENARIK. Show all posts

Friday, April 11, 2014

MANA PERGI 50 TAHUN MASA KITA???

Peringatan buat diri sendiri...

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

<> 70th
60th - 70th
(65th)Chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th

Baligh: "Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun

Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan ~ Pembahagian Masa:

50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =(18250 hari x 1 jam)/24 jam= 760 hari = 2 tahun

Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
Read More

KADANG-KADANG KITA TIDAK TERFIKIR PUN...ADOI

Renungkan sejenak...

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL..

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ...

8) Dalam semua segi kita mahukan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour...

9)mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA.... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KE ARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur...

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti....

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1.. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ...

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7.. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.
Read More

KITA SEBENARNYA......

Kita sebenarnye.. ....Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye.. ....Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye.. ....Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye......Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye.. ....Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamuallaikum

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan

Kita sebenarnye.. ....Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye.. ....Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA.. ....

Kita sebenarnye.. ....Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.


"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Read More

DAJJAL.YAHUDI,FREEMASON,POKEMON DAN TELETUBBIES

KETIKA perang Vietnam dengan Amerika, beberapa anggota tentera Amerika telah ditahan oleh pihak komunis. Hairannya anggota tentera Amerika yang ditahan oleh komunis ini berpaling tadah sehingga berani menyiarkan fahaman komunis di frekuensi radio yang ditujukan kepada tentera Amerika lain.




Mengikut kajian para psikologis, mereka yang ditahan telah diprogramkan (brain wash) dan salah satu cara paling berkesan yang digunakan komunis ialah cara mengulang-ulangkan pemahaman mereka kepada tentera tadi. Maknanya apabila mendengar sesuatu berulangkali, seseorang itu akhirnya akan yakin dengan sesuatu perkara tersebut. Kaedah tersebut sama banyak dengan kaedah psikologi hipnotisme lain yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam medan media untuk menerapkan fahaman dan nilai-nilai keji mereka. Sesuatu perkara baru yang sensitif dianggap aneh atau taboo akan akhirnya menjadi perkara biasa dan masyarakat akan menjadi lali jika berulang kali didengar atau dipaparkan. Kaedah repetitive hypnotism ini sangat berkesan. Contohnya, homoseksual menjadi kebanggaan malah diberi hak berkelakuan tidak senonoh dan dilindungi oleh undang-undang sekular, hasil propaganda repetitive media.

Dalam ajaran islam, Allah dan rasulnya menggunakan kaedah repetitive brain wash ini. Kita sembahyang lima kali sehari, membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat, Al-Quran disarankan dibaca selalu. Justeru, kita tahu bahawa seseorang yang telah menerima bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai penyampai mesej Allah dan menjadi ikutan hidupnya, akan dibersihkan otaknya (brain wash) dari segala akidah yang salah, pemahaman yang karut dan segala sifat yang keji. Diterapkan akidah yang benar bersifat mulia dengan mengerjakan ibadah yang bersifat repetitive tersebut.

Kini, adik-adik dan pemuda pemudi Islam terdedah dengan hypnotism yang diselitkan dalam rancangan kartun Pokemon sehingga mufti-mufti ditanah Arab membawa fatwa mengharamkan Pokemon. Individu yang tidak peka dengan kejatuhan akidah dan akhlak umat akan berkata "Apa sangat nak dihebohkan dengan perkara kecil simbol-simbol benda kartun ni?"

Pengharaman kad mainan Pokemonini wajar dilakukan kerana kad tersebut mengandungi antaranya simbol-simbol Kristian dan salib. Muslimin sekalian, jangan pandang remeh bahaya Pokemon ini kerana dalam masa berhibur, anak-anak yang menonton kartun ini dipukau dan diracun mindanya dengan sedikit demi sedikit ajaran-ajaran keji. Dipukau dengan aksi-aksi hebat penyelamat-penyelamat dunia yang menggunakan simbol logo-logo Zionis, Freemason dan Christianity.

Sedikit demi sedikit generasi akan datang, akan akhirnya menjadi pengikut dan askar-askar Dajjal! Perlu diingat, kaedah tipu helah syaitan yang popular ialah mencampur-adukkan banyak benda baik dengan sedikit benda buruk supaya tidak ketara kita ini disesatkan dan ditipu hidup-hidup. Contohnya, berjuta manusia terpedaya dengan ramah-tamah, baik budi pemurah Mother Theresa, mencampur adukkan kebaikan membantu fakir miskin dengan keburukan Trinity menyembah Bapa Tuhan, Anak dan 'holy spirit' menggantikan Allah yang Esa.
Apa sebenarnya aktiviti dan pengaruh 'Freemason' yang dikaitkan dengan kedatangan Dajjal tidak lama lagi? Maklumat terperinci kedatangan Freemason sebagai tentera Dajjal banyak diriwayat dalam hadith. Kedatangan Dajjal tidak dijelaskan terperinci dalam Al-Quran sebab itu golongan anti hadith tidak akan ada perisai menangani tipu helah Dajjal.
Secara ringkasnya, Freemason adalah pertubuhan rahsia bawah tanah golongan elit dunia yang juga adalah penyembah syaitan. Dahulunya mereka ini terpaksa lari mencari tempat perlindungan kerana diburu kerajaan Kristian Eropah kerana dianggap murtad mengamal sihir dan menyembah syaitan. Tetapi mereka ini berjaya mendapat pengaruh politik beberapa kerajaan Eropah dan akhirnya menerajui pucuk pimpinan (secara rahsia) kerajaan-kerajaan Eropah bermula dengan Scotland, zaman Robert The Bruce, England dan France.
Pengaruh Freemason amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi Triangle Freemason yang kemudiannya dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika.

Di bawah logo ini tertulis ayat Latin 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar Freemason sekarang ini sedang dan telah lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya masih terawang-awang tidak dicantum lagi.

Proses melengkapkan piramid ini tiba dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'. Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.

Apabila matlamat mereka tercapai, di mana manusia sejagat telah tidak lagi menyembah Tuhan yang Esa tetapi menyembah hawa nafsu dan kehidupan duniawi maka secara automatik kedatangan 'Ra' atau Dajal akan disembah sebagai tuhan. Ini kerana siapa yang mengikut Dajjal akan menjadi mewah dan siapa yang menentangnya akan sengsara. Dia mengaku sebagai tuhan mampu memberi dan menyekat rezeki, dan dikurnia Allah berbagai-bagai keistimewaan sebagai ujian.

Pada zaman ini, di mana sahaja anda berada baik di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom atau Malaysia, setiap yang kita dengar dari media, lihat, tonton, baca semuanya telah dipengaruhi Freemason. Mereka ini telah berkerja keras menyesatkan masyarakat sehingga mempengaruhi minda kita sejak peringkat bayi lagi.

Saya ingin menyentuh rancangan Teletubbies, rancangan untuk bayi memaparkan watak-watak boneka Tinky-Winky, Dipsy, La la, Po yang comel-lote. Rancangan ini sangat popular sehingga patung teletubbies laris menjelang Krismas dua tiga tahun lepas.

Beberapa bulan kemudian televisyen dan akhbar tempatan United Kingdom membawa berita bahawa hasil kajian mendapati bayi sedunia sebenarnya bertutur bahasa bayi yang sama. Pada permulaan rancangan tersebut bayi-bayi kecil dan kanak-kanak yang menonton dapat melihat hero seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam. Sambil matahari ini terbit mimik muka bayi comel tersebut menunjukkan wajah bengis, seolah-olah dirinya yang autoriti di alam penuh warna warni dan sekelip mata (dalam suku saat) logo Freemason dipancarkan. Cuba tenung betul-betul tanpa mengelip mata pada bayi matahari di permulaan rancangan Teletubbies tersebut.

Kaedah flashing image ini telah lama digunakan dalam media perfileman untuk membawa maksud tersirat (subliminal message). Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap imej dan mesej tersebut tanpa disedari.

Contohnya kadangkala bulu roma tengkok naik scram semasa menonton filem sebab banyak diselitkan 'flasing images' makhluk hodoh scram. Dalam rancangan Teletubbies tersebut, setiap kali bayi matahari ini muncul akan ada perkara ajaib yang berlaku di kaca televisyen. Macam cerita Dajjal, beliau mengaku tuhan dan ada banyak perkara ajaib.

Keberkesanan mempengaruhi manusia dari peringkat bayi ini mungkin tidak sebesar mana tetapi Islam melalui sunnah Nabi mengajar kita azankan di telinga kanan dan iqamahkan di telinga kiri beberapa saat lahirnya bayi ke dunia. Ekoran daripada itulah Allah menyuruh kita tundukkan pandangan, selamatkan diri dari melihat papan tanda lucah merata-rata yang sudah jelas dikuasai syaitan bertopengkan syarikat pengiklanan di seluruh dunia.

Sebagai tanda kebangaan mereka menguasai dunia, mereka asyik selitkan logo Dajjal mata satu dimerata-rata. Contohnya:

1. Logo Channel Television America CBS

2. Logo 'ICON' a Film producing company

3. Siaran TV 'Star in their eyes'. Star diletakkan di posisi mata diatas pyramid lambang Freemason.

4. Siaran Quiz kanak-kanak 'Inside Out' memaparkan seorang all-knowing professor yang memberi jawapan kepada soalan sukar bersemayam di atas pentas bermata satu.

5.Filem kartun Monster...ala makhluk hijau mata satu tu




6. Carik sendiri yang lain-lain

The fact that they will always show their one eyed sign on anything that they show is a rahmah upon the Muslim from Allah because every muslim can see the word "kaf fa ra" Kafir on the forhead of the Dajjal when he comes.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML