Showing posts with label TAHUKAH ANDA??. Show all posts
Showing posts with label TAHUKAH ANDA??. Show all posts

Friday, March 21, 2014

AJARAN RASULLAH S.A.W KETIKA MINUM

Adab Minum Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik. Jika sebelum ini ana telah postkan ‘Adab Makan Menurut Islam Dan Sunnah Rasulullah SAW’ dan kini tibalah pula ‘Adab Dan Cara Minum Rasulullah SAW’ yang  boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat bagi memudahkan kita menjalani ibadah kepada Allah Ya Rahim Ya Karim.!






1.     Gunakan Tangan Kanan

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; “Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)


 2.    Niat Kerana Allah SWT

Hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.” (Riwayat al-Bukhari).


 3.    Baca ‘Basmallah’

Memulai minum dengan Basmalah: ‘Bismillahir-rahmanir-rahim’ 
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
“Apabila seseorang di antara kamu minum dan memakan makanan, katakanlah ‘Bismillah’. Apabila lupa pada permulaannya, katakanlah ‘Bismillahi fii awwalihi wa aakhirihi.’” (HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi)



4.    Membaca Doa

Doa minum air;

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ

Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni  daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.


5.    Minum Dengan Tiga Nafas

Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, “Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.” (HR. Muttafaq ‘alaih).
Anas bin Malik  r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)


6.     Dilarang Meniup Minuman


Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”



Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup bekas air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)
Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam bekas air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dibimbangkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang terjatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.”


7.     Hindari Menonggang

Rasulullah SAW telah mengajarkan adab meminum air dengan cara duduk, menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menonggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.










8.   Minum Dalam Keadaan Duduk

Janganlah kita minum dalam keadaan berdiri walaupun ia dibolehkan tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Anas juga berkata:  “Rasulullah SAW telah melarang minum sambil berdiri”. (HR Muslim)

Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.





Adapun Rasulullah SAW pernah sekali minum sambil berdiri, oleh kerana ada sesuatu yang menghalangi Baginda SAW untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat hanya sekali kerana darurat!

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Baginda SAW lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)


9.     Larangan Minum Dalam Bekas Besar
Elakkan diri kita meminum dari bekas yang besar seperti teko dan cerek. Apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.


Sewaktu kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Ibnu Abbas menambahkan: “Rasulullah SAW telah melarang minum dari mulut teko”. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kamu minum sambil berdiri. Sesiapa terlupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad r.a.)


 10.  Menutup makanan dan minuman
Tutuplah tempat minuman terutama pada malam hari. Rasulullah SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW: “Tutuplah makanan dan minuman”.  (HR. Bukhari r.a.)



Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tutupilah bejana-bejana dan wadah air. Kerana dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabak, tidaklah ia melalui bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan akan turun padanya sesuatu penyakit.” (HR. Muslim r.a.)


11.  Ucapkan Hamdalah, ‘Alhamdulillah’

Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) dan setelah selesai minum bacalah ‘Alhamdullilah’ tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.

12.  Mencuci mulut (berkumur) selepas makaN

Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu: “Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak”. (HR. Ibnu Majah)
 .











Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Berdiri?

 

Rasulullah ﷺ menekankan adab makan dan minum. Dalam hadis disebutkan “Janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan, Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

 
Minum Sambil Duduk

Dalam keadaan duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan melalui dinding usus dengan kadar perlahan dan lambat. Adapun makan minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan makanan dengan laju ke dasar usus dan melanggarnya dengan cepat. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu yang lama, maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan kegagalan pencernaan.

Adapun Rasulullah ﷺ pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalang Baginda ﷺ untuk duduk, seperti situasi di tempat-tempat suci penuh sesak dengan manusia, ia bukan merupakan atau menjadi kebiasaan Baginda ﷺ.


Minum Sambil Berdiri

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum automatik masuk tanpa ditapis lagi akan terus menuju ke kantung air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Penyakit kristal ginjal atau batu karang adalah salah satu penyakit ginjal yang amat berbahaya. Ia akan mengakibatkan susah kencing, jelas perkara ini bersangkutan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat.

Dari Anas r.a. dari Rasulullah ﷺ: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri.” Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
 .
Manusia ketika berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makan Dan MinuM

Makanan dan minuman yang dimakan ketika berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu juga makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan mengakibatkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan semasa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang laluan makanan ke usus secara mudah dan kadang-kala menyebabkan rasa sakit dan mengganggu fungsi pencernaan serta mengakibatkan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
.
Diriwayatkan ketika Rasulullah ﷺ berada di rumah, Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan di atas talam sambil duduk bertompangkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang bermulut jahat melihat Rasulullah ﷺ duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”

Maka dijawab oleh Rasulullah ﷺ: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah ﷺ mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk ‘bertelekan’ (bersandar atau berbaring) telah dilarang oleh Rasulullah ﷺ sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Cara Meraih 50 Pahala Ketika Minum



Rasulullah ﷺ bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan Baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap Baginda ﷺ mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah سبحانه وتعالى untuk dicontohi oleh umat manusia.
Di antaranya Baginda ﷺ telah mengajarkan kepada umatnya adab-adab minum dan betapa mudahnya meraih pahala dari Allah سبحانه وتعالى.
Cara minum sunnah bagi mendapat 50 pahala tersebut adalah:
.
1)     Membaca Basmallah.
2)     Minum dengan menggunakan tangan kanan.
3)     Minum secara duduk.
4)     Minum dengan kadar 3 tegukan.
5)     Mengucap Alhamdulillah setelah selesai minum.
 .
5 Pahala di atas didarabkan dengan setiap perbuatan kebajikan, Allah Allah سبحانه وتعالى akan berikan 10 pahala bonus; Maka terhasillah ganjaran 50 pahala tersebut.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Read More

AMALAN-AMALAN UNTUK KAUM HAWA KETIKA DATANG HAID


35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas | Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal ketika didatangi haid dan nifas. Malahan wanita beruntung kerana diberi cuti tanpa rekod tapi dapat bonus pahala berganda walaupun tanpa melakukan ibadah solat, puasa dan tawaf.

Atha’ berkata mengenai apa yang diterimanya dari Jabir, iaitu, “Aisyah haid dan dia melaksanakan semua ibadah haji kecuali tawaf sekitar Kaabah dan tidak solat.”
.
.
Amalan Ketika Haid Dan Nifas

Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan

2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat

3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.

4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.

5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;

                                               a.      Bermunajat

                                               b.      Bertafakur

                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

6)      Memuhasabah dan menghitung diri

7)      Membaca zikir Asmaul Husna

8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah

9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis

10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.

11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan

12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran

13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)

14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)

15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.

16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik

17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan

18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah

19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid

20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri

21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga

22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga

23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur

24)  Memberi makan orang yang berpuasa.

25)  Melakukan kerja-kerja rumah

26)  Berbakti kepada Orang Tua

27)  Perbanyak infaq dan sedekah

28)  Melakukan khidmat masyarakat.

29)  Melakukan perbincangan ilmiah

30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah

31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun

32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim

33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya

34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.

.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid’ berikut:

Doa Ketika Datang Haid dan Nifas



Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Read More

ALLAH S.W.T MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ya Allah.

Allah سبحانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبحانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبحانه وتعالى akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya.

Mengenai makna hadits di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah سبحانه وتعالى akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah سبحانه وتعالى akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah سبحانه وتعالى akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lain berkata maknanya adalah berharap pada Allah سبحانه وتعالىdan meminta ampunannya.”
(Syarh Muslim, 17 : 2).
.
Inilah bentuk husnuzon atau berprasangka baik pada Allah سبحانه وتعالى yang diajarkan pada seorang muslim. Jabir berkata bahawa ia pernah mendengar sabda Rasulullah ﷺtiga hari sebelum Baginda wafat,

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

“Janganlah salah seorang di antara kamu mati melainkan ia harus berhusnuzon pada Allah سبحانه وتعالى.”
(Hadis Riwayat Muslim no . 2877) .
.
Husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى, itulah yang diajarkan pada kita dalam doa. Ketika kita berdoa pada Allah سبحانه وتعالى kita harus yakin bahawa doa kita akan dikabulkan dengan tetap melakukan sebab terkabulnya doa dan menjauhi berbagai pantangan yang menghalang terkabulnya doa. Kerana ingatlah bahawa doa itu begitu ampuh jika seseorang berhusnuzon pada Allah سبحانه وتعالى.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Surah Ghofir / Al Mu’min : 60)
.
Firman Allah سبحانه وتعالى lagi,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah Al Baqarah : 186)
.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

“Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah سبحانه وتعالى selain doa.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3370, Ibnu Majah no.3829, dan Ahmad 2 : 362, hasan)
.
Jika seseorang berdoa dalam keadaan yakin doanya akan terkabul, Rasulullah ﷺ bersabda,

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3479, hasan)
.
Jika doa tak kunjung terkabul, maka yakinlah bahawa ada sesuatu yang terbaik disebaliknya. Dari Abu Sa’id, Rasulullah ﷺ bersabda,

ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى 

الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat) melainkan Allah سبحانه وتعالى akan beri padanya tiga hal: (1) Allah سبحانه وتعالى akan segera mengabulkan doanya, (2) Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan (3) Allah سبحانه وتعالى akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan.” Kalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.” Rasulullah ﷺ lantas berkata.” Allah سبحانه وتعالى nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.”
(Hadis Riwayat Ahmad 3 : 18, sanad jayyid) .

Ibnu Rajab dalam Jaami’ul ‘ Ulum wal Hikam berkata,

فالإلحاحُ بالدعاء بالمغفرة مع رجاء الله تعالى موجبٌ للمغفرة

“Terus meminta dengan doa dan memohon keampunan Allah سبحانه وتعالى disertai rasa penuh harap pada-Nya, adalah jalan mudah mendapatkan maghfiroh (pengampunan-Nya).”

Maka yakinlah terus pada janji Allah سبحانه وتعالى, husnuzonlah pada-Nya. Janganlah berprasangka kecuali yang baik pada Allah سبحانه وتعالى. Dan jangan putus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى dan teruslah berdoa serta memohon pada-Nya.

“Ya Allah سبحانه وتعالى! Kabulkanlah dan perkenankanlah setiap doa kami.”


Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا 

فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
 .

Fadhilat Bersangka Baik

Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:

1.      Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.

2.      Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,

3.      Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya.

4.    Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

5.    Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.

6.   Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)
.
Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.

Rasulullah ﷺbersabda : “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (berasa tidak senang, tidak setuju dan tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Adalah jelas bahawa umat Islam tidak boleh beranggapan baik terhadap orang yang melakukan kemungkaran dan maksiat secara terang-terangan. kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum dan larangan Allah. Contohnya apabila terlihat orang Islam bermain judi, atau membeli nombor ekor. Tetapi bersangka dalam hati, “Mungkin orang tersebut kesempitan wang… biarlah, dia juga nak cari rezeki…” Sepatutnya, kita haruslah mencegah kemungkaran itu, bukan meredhainya.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًۭا

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)


Islam itu indah, perkara prasangka pun telah di tetapkan dalam Islam. Suuzon atau Su’udzon yang membawa maksud berprasangka negatif, menyangka buruk atau menaruh curiga terhadap seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan.
Islam sangat melarang umatnya bersangka buruk sesama muslim kerana sangkaan negatif, buruk dan jahat akan mengundang malapetaka kepada seseorang itu. Setiap syak wasangka hendaklah berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar dengar cakap, tuduhan melulu, mengikut tuduhan orang, dan fitnah semata-
mata.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُوا۟ فَقَدِ ٱحْتَمَلُوا۟ بُهْتَٰنًۭا وَإِثْمًۭا مُّبِينًۭا

“Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang beriman, dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat atau sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”
(Surah Al-Ahzab, 33; Ayat 58)
.
Sebahagian dari prasangka adalah dosa. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah سبحانه وتعالى. Orang yang berburuk sangka adalah melakukan perbuatan jahat dan berdosa besar; Dan setiap perbuatan jahat, Allah سبحانه وتعالى akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا 

فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Orang yang bersikap ‘suuzon’ (bersangka buruk) juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.
.
Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama Melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah سبحانه وتعالى yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.
.
.
Akibat Bersangka Buruk
.
Bersangka buruk boleh membawa banyak kesan negetif dan masalah. Antaranya adalah:
Mengakibatkan manusia dan ummah berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’
Merosakkan jiwa dan meninggalkan kesan noda dan titik-titik hitam pada hati, Titik hitam ini hanya melekat pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar.
Sentiasa berasa sakit hati dan kecewa atas kejayaan yang dicapai orang lain.
Jika hati seseorang itu penuh dengan sangka buruk, ia akan menimbulkan perasaan benci, geram dan segala dendam, sudah pasti apabila terlihat sahaja muka saudaranya itu, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar.
Memburukkan hubungan persahabatan dan persaudaraan. Apabila hati bersangka buruk terhadap seseorang, maka sudah pasti hatinya bertambah keruh dan menjarakkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
Menyebabkan penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti kukuh. 

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)
.
.
Mengubah Sikap Bersangka Buruk
.
Bagi mengatasi masalah ini tak lain dan tak bukan hanyalah dengan mengubah corak fikiran kita dalam menghadapi sesuatu. Kita menyangka baik terhadap orang lain, jika sangkaan itu salah maka kita tetap dapat pahala kebaikan, tetapi sebaliknya kalau kita suudzon terhadap orang lain, sekiranya sangkaan buruk itu betul kita tetap berdosa, apalagi kalau sampai sangkaan itu salah. bertolak dari sikap suudzon ini juga kita sering terjerumus ke dalam kancah mengumpat atau mengata keburukan orang lain.

Berikut adalah tips mengelakkan suudzon (buruk sangka):

1. Sentiasa memberi penghargaan pada orang lain

2. Sentiasa mahu belajar dari orang lain

3. Perbanyak ilmu; Ilmu agama, social, dsb.

4. Banyak bergaul dengan pelbagai peringkat orang

5. Terbuka, tidak suka menyembunyikan sesuatu / masalah

6. Berusahalah sentiasa mengamalkan sikap berfikiran positif

7. Yakinlah bahawa kita mampu menjadi lebih baik dari orang lain

8. Perbanyak kegiatan kemasyarakatan, jangan suka membuang masa dan perbuatan sia-sia.

9. Khusnudzon; baik sangka pada orang lain dan kepada Allah سبحانه وتعالى.

10. Mensyukuri apa yang kita terima selama ini sebagai anugerah dari Allah سبحانه وتعالى.

11. Jangan sesekali bersikap suudzon dan berfikiran negatif kepada sesuatu yang belum kita tahu kebenarannya.

12. Jangan menelan mentah mentah cerita yang kita terima dari orang lain.

13. Selidiki dulu apakah berita yang kita terima itu benar atau tidak sebelum kita menyebarluaskannya kepada orang lain.

14. Milikilah prinsip bahawa sifat iri hati dan dengki terhadap kemajuaan / kejayaan orang lain adalah merugikan diri, keluarga, komuniti dan Negara kita sendiri.
.
.
Sangka Buruk Yang Harus
.
Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.
Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen, kelas tambahan atau kem motivasi untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.
Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya
.
Setiap Muslim tidak boleh bersikap suudzon (berprasangka negatif) kepada saudaranya kerana dengan suudzon, kita menutup pintu hati, tidak mahu menerima dan menolak terus apa yang dikatakan saudara kita yang lain.
Bersangka baiklah (husnuzon) kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan ‘mahmudah’ (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, segeralah beristiqfar kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana Allah سبحانه وتعالى sentiasa terbuka menerima taubat hambanya.
.
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Read More

MENGAPA ADA LARANGAN WAKTU SOLAT??

Setelah mengetahui akan Waktu-Waktu Yang Dilarang untuk mengerjakan solat (di sini), tentu sekali antum ingin mengetahui dan mendapatkan penjelasan akan sebab musabab larangan itu diadakan.

Sebahagian umat Islam kurang memahami aspek waktu yang dilarang solat dan sebab larangannya. Maka ramailah yang melakukan solat2 sunat pada kelima2 waktu larangan tersebut dan banyaklah kesalahan dilakukan sehingga berleluasa kesilapannya sehingga melanggar syariat Islam.
.

.
A.  Penjelasan Berhubung Larangan Waktu Solat
.
Berhubung dengan persoalan sebab-sebab larangan tersebut, telah dijelaskan oleh ‘Amr bin ‘Abasah bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Beritahulah kepadaku mengenai solat?”
Lalu baginda ﷺ menjawab: “Kerjakanlah solat Subuh, kemudian berhentilah dari solat sehingga matahari terbit sehingga ia naik. Sesungguhnya pada ketika matahari terbit, matahari itu terbit di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu orang-orang kafir sujud kepadanya. Kerjakanlah solat kerana sesungguhnya solat itu disaksi dan dihadiri (Malaikat) sampai bayang-bayang tombak semakin pendek.
Kemudian berhenti dari solat pada ketika itu (sewaktu matahari tegak di atas kepala) kerana Neraka Jahannam sedang dipanaskan. Jika bayangan sudah nampak kembali, dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu disaksi dan dihadiri (Malaikat)  sehingga engkau mengerjakan solat Asar. Berhentilah dari solat sehingga matahari terbenam kerana sesungguhnya matahari itu terbenam di antara dua tanduk syaitan dan pada ketika itu, orang-orang kafir sujud kepadanya.”
.
.
B.  Hikmah Larangan Solat Pada Waktu-Waktu Berkenaan                            
.
Rahsia larangan mendirikan solat oleh syarak pada waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri. terutamanya bagi mengelak daripada menyerupai penganut agama lain. Waktu ketika matahari terbit itulah, orang2 kafir beribadat menyembahnya.
.
.
1.  Menyerupai Para Penyembah Matahari
.
Di antara jenis ibadat di kalangan manusia kufur kepada Allah سبحانه وتعالى ialah ibadat menyembah matahari. Ibadat tersebut dilakukan ketika matahari naik di awal pagi, ketika tengah hari matahari gelincir (zawal) dan ketika matahari jatuh ketika senja.

Justeru jika umat Islam mendirikan solat ketika tersebut, ia dianggap menyerupai ibadat para penyembah matahari, kecuali solat qadha dan solat yang bersebab.
.
.
2.  Menyerupai Orang Kafir Menyembah Syaitan
.
Kita dikehendaki untuk memelihara waktu ketika beribadah dan syariat Islam melarang kita menyerupai orang kafir dalam beribadah. Oleh itu, ummat Islam dilarang melakukan solat sunat ketika matahari sedang terbit dan sedang terbenam. Ini disebabkan ketika matahari terbit dan tenggelam, ia berada di antara kedua-dua tanduk syaitan. Maksudnya, pada saat itu orang kafir menyembah matahari dan syaitan bersama mereka.
.
Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi ﷺ antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila  matahari tepat berada di tengah (waktu Istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah ﷺ melarang seseorang mengerjakan solat.” (Hadis riwayat An-Nasaie) 
.
.
3.  Neraka Jahannam Sedang Dinyalakan

Syariat Islam juga melarang kita melakukan solat sunat ketika matahari di tengah-tengah langit kerana waktu itu neraka Jahannam sedang marak dinyalakan. Disebabkan hari Jumaat merupakan penghulu hari dan hari perayaan mingguan ummat Islam, maka neraka Jahanam tidak dinyalakan. Dengan itu, syariat Islam membolehkan kita untuk mengerjakan solat sunat di waktu tersebut.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Maka sesungguhnya neraka Jahannam dinyalakan pada waktu tengah hari (iaitu ketika matahari berada tepat di tengah-tengah langit).” (Hadis riwayat An-Nasaie).
.
Satu riwayat lagi: “Nabi ﷺ tidak suka mengerjakan solat sunat pada waktu tengah hari kecuali pada hari Jumaat dan Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya neraka Jahanam sedang dinyalakan pada waktu itu, kecuali hari Jumaat.”

Abu Daud menyatakan bahawa hadis kedua ini adalah Hadis Mursal, kerana di dalamnya terdapat Laits ibn Abu Sulaim, sedangkan dia seorang yang dhaif. Namun hadis ini dikuatkan oleh perbuatan sahabat Nabi ﷺ di mana mereka pernah mengerjakan solat sunat di waktu tengah hari pada hari Jumaat dan Nabi ﷺ menganjurkan supaya segera datang menghadiri solat Jumaat dan mendirikan solat sunat hingga imam naik ke atas mimbar tanpa ada pengecualian.
.
.
.
C.  Keistimewaan Kota Makkah
.
Waktu-waktu larangan solat ini sekaligus mengandungi anjuran supaya kita dapat memelihara waktu yang diberkati untuk melaksanakan solat sunat. Jika diteliti melalui perbahasan tentang waktu larangan solat sunat di atas, larangan itu tertakluk kepada semua tempat di muka bumi ini kecuali di Makkah. kerana keistimewaan Kota Makkah yang tidak dimiliki di tempat lain.
.
Kemurnian Islam amat nyata pada pandangan masyarakat umum, antara cara hidup orang yang berlandaskan iman kerana beramal dengan syari’at Islam, dengan golongan yang mencabar syari’at Allah سبحانه وتعالى.

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya supaya beribadat dengan caranya sendiri, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah ﷺ. Tidak meniru atau menyerupai ibadat agama lain termasuk penyembah matahari. Dengan cara demikian jelaslah perbezaan antara peribadi atau cara hidup orang Islam yang beriman, dengan golongan kafir yang lain.
.
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Read More

AWAS PENIPUAN DI LAMAN SESAWANG



Jenayah internet sering berlaku dengan mudah, di mana-mana dan bila-bila masa saja dalam dunia tanpa sempadan. Walaupun pihak PDRM dan BNM sentiasa bekerjasama dalam memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat bagi memerangi “Jenayah Kewangan” masih ramai yang menjadi mangsa!

Komputer bukan saja digunakan sebagai alat memeras ugut, mendatangkan ketakutan kepada mangsa melalui e-mel malah mendesak mangsa agar menyerahkan apa-apa harta kepadanya. Gejala ini boleh membahayakan dari segi kewangan kerana pelakunya boleh dengan segera melenyapkan jumlah wang yang besar secara maya. Selain itu, ia juga mendatangkan kesan yang besar kepada keluarga dan hak persendirian.
.
.
Kes 1: Sindiket Penipuan Cinta Internet

Sindiket penipuan cinta internet rancak berleluasa biasanya mereka berselindung disebalik apartment mewah sebagai markas untuk beroperasi. Mereka sering mendakwa baru ingin atau telah mendaftar sebagai pelajar di unversiti tempatan.
Sindiket yang didalangi warga benua Afrika tersebut menabur berbagai tipu helah dan janji manis semata-mata ingin mencari keuntungan mudah. Laman sosial yang dilayar melalui komputer riba menjadi platform untuk mereka melakukan penipuan. Manakala barang berjenama turut menjadi umpan untuk mereka menabur lebih banyak tipu helah.
Ayat serta puisi cinta yang digarap dari buku khas menjadi modal mereka untuk meraih kepercayaan mangsa. Mereka mensasarkan wanita tempatan terutama andartu, ibu tunggal, wanita kaya serta pelajar di kolej dan unversiti tempatan.
.
.
Kes 2: Pesara Tentera USA Di Afganistan

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk melakukan transaksi wang bagi mendapatkan habuan yang lebih besar.
Di antara oparandi sindiket penipuan yang memperdaya mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang seperti yang didakwa adalah mengikut taktik berikut:
1. Suspek mula berkenalan dengan mangsa melalui media sosial dan mangsa kebanyakannya adalah wanita pelbagai bangsa.
2. Mangsa telah berkenalan dengan suspek seperti di facebook yang kononnya merupakan pesara tentera USA di Afganistan.
3. Bagi mendapatkan wang persaraan yang didakwa bernilai 2 juta US Dollar, suspek meminta mangsa menghantar beberapa transaksi wang kepada beberapa individu lain bagi mendapatkan wang persaraan tersebut dan akan berkongsi wang persaraan itu dengan mangsa.
4. Suspek mungkin menggunakan nama James Ramos kemudian meminta mangsa untuk berurusan dengan sebuah ejen atau syarikat logistik melalui seorang individu penyamar lain bernama Mike Jackson bagi urusan mendapatkan wang persaraan tersebut.
5. Mangsa hanya sedar tertipu apabila cubaan untuk berjumpa dengan individu yang dimaksudkan gagal.
.
.
Jangan Terpedaya

Selain daripada umpan sebagai pesara tentera USA di Afganistan, sindiket penipuan juga memperdaya mangsa menyamar sebagai pewaris hartawan/jutawan eropah, usahawan pelaburan dan kononnya barangan/hadiah ditahan kastam dilapangan terbang.
.
Maka antum berhati-hatilah dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS. Antum dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat keselamatan kewangan antum kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya antum menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Jika telah terkena dan menjadi mangsa, maka segeralah melaporkanya kepada polis dan SKMM.
.
Allah سبحانه وتعالى telah berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوَٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٍۢ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًۭا

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu-daya dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,… . Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”
(Surah an-Nisa’: Ayat 29)
.
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Read More

WASPADA TERHADAP K.O.S

WASPADALAH … !!!

Ada Buku Panduan Shalat, tapi Kristen … !?

Di dalam Al-Qur’an sering ditemukan kata “Aqimus Sholah” (tegakkan Shalat), sebagai bagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim untuk beribadah.

Tapi jangan keliru, belakangan ini, kalangan Kristen Otodox Syiria (KOS) juga menggunakan bahasa serupa yang juga mirip dengan bahasa Al-Qur’an ini.



Baru-baru ini, kalangan Kristen Ortodox Syiria menerbitkan buku berjudul “Shalat Rabbaniyah” yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.

Isi buku setebal 120 halaman tersebut adalah tafsir ringkas (refleksi) tentang “Doa Bapa Kami” yang dikutip dari Injil Matius 6: 9-13.

Bambang adalah alumnus Sekolah Tinggi Filsafat Teoogi Prajnawidya Yogyakarta, 1971.
.
Selain buku mirip bahasa khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan shalat kristen yang berjudul “Kitabus Sab’us-Shalawat” (shalat 7 waktu).

Jika tidak paham, peristiwa ini dapat mengecoh umat Islam.

Apalagi selain menggunakan bahasa yang mirip Al-Qur’an, kalangan Kristen Ortodok

Syiria juga menggunakan simbol-simbol mirip Islam. Seperti jilbab dll.

Semoga ini bisa menjadi informasi untuk semua kaum Muslim …
.
WASPADALAH…!!!
Read More

TANDA-TANDA KEMATIAN

GAMBAR HIASAN


Adapun tanda-tanda kematian bagi Orang Islam mengikut ulamak adalah benar dan sememangnya wujud. Cuma amalan dan ketakwaan sahaja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
 .
Firman Allah سبحانه وتعالى:

ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ 

لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)
.
Rasulullah ﷺ diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah سبحانه وتعالى.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah سبحانه وتعالى.
.
.
TANDA-TANDA KEMATIAN    

Menurut pandangan ulama’, berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:
.
Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah سبحانه وتعالى kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.

Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
.
.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.

Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
.
.
Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Menurut sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba-tiba.
.
.
Tanda 5 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi, maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.
.
.
Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.
.
.
Tanda 2 hari sebelum hari mati.

Pada masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka sayangi.

Di samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
.
.
Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui waktu Asar  hari berikutnya.

Rasulullah ﷺ ketika menghadapi sakaratul-maut, Baginda mencelupkan jari ke dalam gelas berisi air berhampiran Baginda lalu diusapkan ke wajah sambil berdoa:
doa nazak .
.


 Tanda akhir.

Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)
.
.
Kesimpulan Tanda Mati
.
Bertaqwa dan berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diberi kesedaran dan kepekaan terhadap tanda-tanda mati ini. Supaya kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah سبحانه وتعالى mahupun dari sesama manusia dari segala dosa dan urusan hutang piutang.
.
Rasulullahﷺ bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)
.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah سبحانه وتعالى yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah سبحانه وتعالى semata-mata. Oleh itu hendaklah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga diberi hidayah dan petunjuk oleh Allahسبحانه وتعالى, kelapangan masa, kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah سبحانه وتعالى dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
.
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML