Showing posts with label SOAL JAWAB AGAMA. Show all posts
Showing posts with label SOAL JAWAB AGAMA. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

BENARKAH TIDAK SAMPAI PAHALA BACAAN AL-QURAN KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA??

Benarkah Tidak Sampai Pahala Bacaan Al-Quran Kepada Orang Yang Meninggal Dunia.?

Telah dinukilkan oleh Imam Ibnu Katsir di dalam kitab tafsirnya, Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim, tentang pendapat Imam Al-Syafi’i berkenaan dengan tidak sampai pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Nukilan ini seterusnya menjadi sesuatu yang masyhur dari kalangan para ulama mazhab Syafi’i.

Kelihatan pendapat Imam Al-Syafi’i yang dinukilkan itu sempat mencetuskan kontroversi yang berpanjangan. Senario ini mengundang persoalan sama ada membaca Al-Qur’an di perkuburan lalu menyampaikan pahala bacaan tadi kepada si mati termasuk sesuatu yang bid’ah atau sunnah.

Ibnu Katsir telah berkata di dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim:

{ وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى } أي: كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه. ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي، رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة، رضي الله عنهم، ولو كان خيرا لسبقونا إليه، وباب القربات يقتصر فيه على النصوص، ولا يتصرف فيه بأنواع الأقيسة والآراء، فأما الدعاء والصدقة فذاك مجمع على وصولهما، ومنصوص من الشارع عليهما. وأما الحديث الذي رواه مسلم في صحيحه، عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث: من ولد صالح يدعو له، أو صدقة جارية من بعده، أو علم ينتفع به"

Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i rhm berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya. Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat. Demikian juga tidak pernah diriwayatkan bahawa para sahabat melakukan hal yang demikian. Kalau perbuatan tersebut merupakan kebaikan pasti mereka telah mendahului dalam melakukannya. 

Oleh kerana perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (termasuk membaca Al-Qur’an kepada si mati) mesti didasari oleh nas-nas agama, bukan dengan analogi dan fikiran (pendapat) orang. Adapun untuk doa dan sedekah ulama sepakat bahawa keduanya boleh sampai kepada si mati, di samping ada nas syarak mendasari hal tersebut. Dan hadis tentang itu diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.” (Hadis Riwaya Muslim)

Para ulama telah menganalisis pendapat Imam Al-Syafi’i yang telah dinukil oleh Imam Ibnu Katsir ini. Lalu, mereka memberikan pelbagai macam komentar. 

ANALISA PERTAMA: ANALISIS TERHADAP SURAH AN-NAJM AYAT 39

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Maksudnya, 
“Dan sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” 
(Surah an-Najm ayat 39)

Sebenarnya ayat ini mempunyai pelbagai tafsiran oleh para ulama. Berikut antara komentar ulama tentang ayat tersebut:

1. Ayat ini telah dimansukhkan oleh Surah At-Thur ayat 21. Demikian pendapat Ibnu Abbas yang direkodkan oleh Imam Jalaluddin Al-Suyuti di dalam kitab tafsirnya, Al-Durr Al-Mantsur.

2. Ayat ini telah dikhususkan.

3. Ayat ini bercerita tentang syariat umat terdahulu.

4. Ayat ini dikhususkan kepada orang kafir, bukan orang mukmin.

5. Ayat ini dikhususkan kepada orang yang hidup (insan), bukan yang telah mati.

Setelah Sheikh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah cuba menyebutkan pendapat para ulama lain di dalam kitabnya Al-Ruh tentang penafsiran ayat ini lalu beliau melemahkan semua pendapat yang telah disenaraikan. Ini kerana beliau mempunyai pendapat tersendiri yang amat rapat dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan gurunya Sheikh Ibnu Taimiyyah.

Menurut Sheikh Ibnul Qayyim, surah an-Najm ayat 39 itu menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan memberikan balasan pahala melainkan dengan amal dan usahanya sendiri. Sekaligus membuktikan keadilan Allah SWT.

Sungguhpun begitu, Sheikh Ibnul Qoyyim berpendapat bahawa boleh menghadiahkan pahala kepada si mati. Ini akan diberitahu nanti.

ANALISA KEDUA: ANALISIS PENDAPAT IMAM AL-SYAFI’I 

“Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i rhm berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.”

Sheikh Ibnul Qoyyim telahpun memberikan jawapan tentang hal ini di dalam kitabnya Al-Ruh. Demikianlah kata-kata dan pendapatnya:

فأخبر تعالى أنه لا يملك إلا سعيه

“Allah SWT memberitahu bahawa seseorang itu tiada memiliki sesuatu kecuali dari hasil usahanya sendiri.”

Kemudian Sheikh Ibnul Qoyyim melanjutkan pembicaraannya:

وأما سعى غيره فهو ملك لساعيه فإن شاء أن يبذله لغيره وإن شاء أن يبقيه لنفسه وهو سبحانه لم يقل لا ينتفع إلا بما سعى وكان شيخنا يختار هذه الطريقة ويرجحها.

“Adapun usaha orang lain, maka itu hak orang yang mengerjakannya. Jika dia suka hendak memberikannya kepada orang lain terserah kepadanya sendiri, kalau tidak maka hak itu adalah kepunyaannya sendiri yang disimpannya untuk dirinya sendiri. Allah Ta'ala tiada mengatakan tidak boleh dimanfaatkan kecuali apa yang diusahakannya semata. Dan tuan guru kami yakni Ibnu Taimiyah, telah memilih cara ini dan memberatkannya (menguatkannya).”

Lihatlah jawapan Ibnul Qoyyim ini! Bukankah ianya benar? Cubalah anda memahami dengan baik akan surah an-Najm ayat 39 dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan disertai penjelasan Imam Ibnul Qoyyim. Anda dapat lihat bahawa kata-kata Imam Al-Syafi’i tadi “…
tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.” 

Telah dijawab oleh Ibnul Qoyyim bahawa memang itu bukan usaha orang yang telah mati, sebab itu tidak sampai. Tetapi, pahala bacaan al-Qur’an tadi kepunyaan pembuat amal yang masih hidup, dan pembuat amal berhak untuk memberikan pahala tersebut kepada orang yang telah mati.

Adakah secara mutlak bacaan al-Quran tidak sampai pahalanya jika di sedekahkan kepada arwah di alam barzakh? Terdapat beberapa pendapat pahala bacaan al-Qur’an boleh sampai kepada orang yang telah mati padahal al-Qur’an menyebutkan bahawa seseorang tidak akan memperoleh melainkan atas usahanya sendiri? 

Berikut ini adalah huraiannya:

“Kita kena faham bahawa ayat Al-Qur’an merupakan sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang PASTI. Memang merupakan sesuatu yang PASTI bahawa kita akan mendapat kebaikan atas usaha atau amalan kita sendiri. Adapun hadiah pahala daripada orang lain adalah bentuk yang TIDAK PASTI, dan kita tidak tahu sama ada orang lain akan memberikan pahalanya kepada kita ataupun tidak. Kita tidak tahu, mungkin sahaja setelah kematian kita nanti, kita menyangka ada orang ingin hadiahkan pahalanya kepada kita padahal realitinya belum tentu dan ianya merupakan BENTUK YANG TIDAK PASTI. Jadi, adakah kita perlu mengharapkan sesuatu yang BELUM PASTI? Maka, oleh sebab itu kita perlu memperbanyakkan amal sendiri dan tidak bergantung atau terlalu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini kerana apabila kita sendiri beramal, maka kita memperoleh sesuatu balasan amal yang PASTI. Nah, oleh sebab itu Al-Qur’an hanya menyebutkan sesuatu yang PASTI. Supaya kita memperbanyakkan amal sendiri ketika hidup di dunia ini. Sungguhpun begitu, jika memang ada orang lain menghadiahkan pahalanya kepada kita, maka kita akan memperoleh hadiah pahala itu. Wallahu a’lam bis shawab”.

ANALISA KETIGA

“Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat.”

Maksud pernyataan di atas ialah Rasulullah SAW tidak menganjurkan membaca al-Qur’an kepada orang yang telah mati. Dan tiada dalil yang menunjukkan bahawa dianjurkan membaca Al-Qur’an kepada orang yang telah mati.

Para ulama telah berusaha menjawab tentang hal ini dengan dalil-dalil yang baik. Namun, dalil ini telah mendapat kritikan daripada sebahagian pihak, tetapi disokong oleh sebahagian pihak yang lain. Maka, dalam hal ini sikap berlapang dada patut diutamakan.

وَعَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس ).

Maksudnya, "Daripada Ma’qil bin Yasar bahawasanya Nabi SAW bersabda: Bacakanlah ke atas orang yang telah meninggal dunia surah Yasin!"
(Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Hadis ini telah dinilai Daif oleh Imam Ad-Daruqutni. Namun, Imam Abu Daud tidak menilainya Daif. Dan ianya telah dinilai Sahih oleh Imam Ibnu Hibban. Berkata sebahagian ulama bahawa hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan membaca Surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, bukan kepada orang yang telah mati.

Tentang masalah itu telah dijawab oleh Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa’di di dalam kitabnya, Al-Bid’ah fi al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq:

“Lafaz mayyit disebut secara hakikat ke atas seorang yang telah keluar rohnya daripada jasad. Dan digunakan secara majaz ke atas orang yang sedang nazak. Ini bererti dia masih lagi hidup dan bukannya telah mati. Kalau dilihat di dalam Kaedah Usuliyyah, diharuskan menggunakan satu lafaz secara hakikat atau majaz, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya digunakan mawtakum ke atas seorang yang sedang nazak dan seorang yang telah mati dengan sebenarnya, kerana pahala bacaan tetap sampai kepadanya dan dia merasa senang sebagaimana seorang yang nazak merasa senang terhadap bacaan surah tersebut.

Mereka menafsirkannya kepada makna majaz semata-mata kerana mengkiaskannya dengan hadis Rasulullah SAW yang lain:

"Ajarkanlah orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah La ilaha illallah." 

Yang dimaksudkan dengan mawtakum di sini ialah mereka yang hampir mati, bukannya seorang yang benar-benar telah mati. Dijawab ke atas hujah di atas: Perkataan yang bererti: Ajarkanlah(لقنوا) , sudah cukup menjadi bukti yang mengubahnya daripada hakikat ke majaz, kerana apabila diminta ‘Ajarkan’ supaya seorang yang hampir mati itu dapat mengucapkannya sebelum rohnya keluar, bukan selepas keluar roh.

Lebih-lebih lagi terdapat sebuah hadis lain yang menyatakan maksudnya
"Sesiapa yang perkataannya di dunia diakhiri dengan kalimah La ilaha illallah, nescaya akan masuk syurga". 

Di atas dasar ini tidak ada faedah diajarkannya selepas keluar roh atau selepas kematiannya. Manakala hadis Yasin menggunakan lafaz yang bererti: Bacakanlah ( اقْرَءُوا) ia! Perkataan ini sesuai untuk seorang yang hampir mati dan seorang yang telah mati, kerana kedua-duanya merasa senang dengan surah tersebut, di samping pahalanya tetap sampai sekiranya dia telah mati. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Muhib At-Tabari dan lain-lain.”

Sebenarnya terdapat hadis lain yang menyokong hadis tadi iaitu:

لِمَا رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَالَ: مَنْ دَخَلَ الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خُفِّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ

Maksudnya,
"Daripada Anas r.a. secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca surah Yasin, nescaya diringankan azab daripada mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan diberikan kebaikan yang banyak mengikut bilangan ahli kubur kepada si pembaca tadi. 
(Diriwayatkan oleh Sohibul Khilal dengan sanad beliau, telah disebutkan demikian itu oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni juga disebutkan oleh pengarang kitab Tuhfatul Al-Ahwazi. Menurut Dr. Ali Jum'ah dengan hadis inilah Imam Hanbali berhujah).

Hadis lain:


عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا { مَنْ مَرَّ عَلَى الْمَقَابِرِ وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ إحْدَى عَشْرَةَ مَرَّةً ، ثُمَّ وَهَبَ أَجْرَهُ لِلْأَمْوَاتِ ؛ أُعْطِي مِنْ الْأَجْرِ بِعَدَدِ الْأَمْوَاتِ }

Maksudnya,
"Daripada Ali RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan, kemudian ia membaca Surah al-Ikhlas 11 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada para penghuni kubur, ia sendiri akan memperoleh sebanyak yang diperoleh semua penghuni kubur itu.
(Diriwayatkan oleh Ar-Rafi’i dan As-Samarqandi. Juga disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Qurtubi)

Hadis lain:

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ دَخَلَ الْمَقَابِرَ ثُمَّ قَرَأَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ ، وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، وَأَلْهَاكُمْ التَّكَاثُرُ ، ثُمَّ قَالَ : إنِّي جَعَلْتُ ثَوَابَ مَا قَرَأْتُ مِنْ كَلَامِكَ لِأَهْلِ الْمَقَابِرِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ؛ كَانُوا شُفَعَاءَ لَهُ إلَى اللَّهِ تَعَالَى }

Maksudnya,
"Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan kemudian ia membaca Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan At-Takatsur, lalu berdoa: Ya Allah, ku hadiahkan pahala bacaan firman-Mu ini kepada ahli kubur yang terdiri dari kalangan Mukminin dan Mukminat. Maka mereka akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat. (Mathalib Syarh Ghoyatul Muntaha)

Berkata Sheikh AlHamid AlHusaini:
“Hadis-hadis tersebut di atas dijadikan dalil yang kuat oleh para ulama”

Pertanyaannya:

“Mungkinkah Imam Al-Syafi’i belum sempat bertemu dengan hadis-hadis ini?” Wallahu a'lam, Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Ayuh, kita lanjutkan kepada analisis seterusnya!

ANALISA KEMPAT 

“Demikian juga tidak pernah diriwayatkan bahawa para sahabat melakukan hal yang demikian. Kalau perbuatan tersebut merupakan kebaikan pasti mereka telah mendahului dalam melakukannya.”

Sebenarnya pernyataan ini telah dijawab oleh para ulama dengan bersandarkan pada kisah dan dalil. Ikuti kisah ini:

“Al-Khallal berkata: Telah dikhabarkan kepadaku oleh Hasan bin Ahmad Al-Warraq:

Telah diceritakan kepadaku oleh Ali bin Musa Al-Haddad dan dia seorang yang sangat jujur. Dia berkata:

Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah al-Jauhari menghadiri pengebumian jenazah. Tatkala mayat itu telah dimakamkan, seorang lelaki yang kurus duduk di samping kubur sambil membaca Al-Qur’an. Melihat kejadian itu Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepadanya:

Hai, sesungguhnya membaca Al-Qur’an di samping kubur itu bid’ah!. Maka ketika kami keluar dari kawasan perkuburan berkatalah Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad bin Hanbal:
Wahai Abu Abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-Halabi?
Imam Ahmad menjawab:
Beliau seorang yang Tsiqah (Dipercayai).
Apakah engkau ada meriwayatkan sesuatu daripadanya?
Muhammad bin Qudamah berkata:
Ya, telah dikhabarkan kepadaku oleh Mubassyar dari Abdurrahman bin Ala’ bin Al-Lajlaj dari bapanya bahawa dia berwasiat apabila telah dikuburkan nanti supaya dibacakan di sisi kepalanya permulaan pada surah al-Baqarah dan pada pengakhirannya dan dia berkata:
Aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat dengan yang demikian itu. Mendengar riwayat tersebut Imam Ahmad berkata:
Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar meneruskan pembacaannya tadi.”

Lihat! Imam Ahmad yang pernah berguru dengan Imam Al-Syafi’i sudah mengetahui bahawa pembacaan Al-Qur’an di perkuburan adalah Bid’ah. Lalu, beliau mengubah pendapatnya itu setelah mendengar hadis berkenaan wasiat Ibnu Umar r.a. tadi.

Ramai yang bertanya tentang taraf hadis wasiat Ibnu Umar r.a. itu sama ada Sahih atau Daif? Jawapannya ialah Sanadnya Hasan seperti yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.

وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها

Maksudnya, "Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi denagn sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.


ANALISA KELIMA

“Oleh kerana perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (termasuk membaca Al-Qur’an kepada si mati) mesti didasari oleh nas-nas agama, bukan dengan analogi dan fikiran (pendapat) orang.”

Tentang hal ini telah dikemukakan banyak dalil yang ada di atas. Dalil-dalil itu kebanyakannya tidak dinilai Daif dan sebaliknya dijadikan hujah oleh para ulama bahawa boleh sampainya pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati. 

ANALISIS KEENAM

“Adapun untuk doa dan sedekah ulama sepakat bahawa keduanya boleh sampai kepada si mati, di samping ada nas syarak mendasari hal tersebut. Dan hadis tentang itu diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah amalnya, melainkan tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat.”

Para ulama telah memberikan komentar terhadap pernyataan sebegini. Dan komentar yang diberikan oleh para ulama terlalu banyak.

Sering kita mendengar bahawa setiap kali kematian ahli keluarga, teman kita di ruangan Facebook memohon belas ihsan supaya kita sudi menghadiahkan surah al-Fatihah kepada si mati. Persoalannya sekarang ialah sama ada hukumnya boleh ataupun tidak? Takkan anda masih berpendirian bahawa ianya tidak boleh? Padahal, para ulama bersetuju sampai tidak diketahui siapa yang tidak bersetuju bahawa nama lain bagi surah al-Fatihah ialah Al-Doa (Doa). Maka, sudah tentu boleh menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada si mati.

Lalu, bagaimana dengan surah atau ayat yang lainnya? Adakah tidak akan sampai kepada si mati kerana bukan Al-Doa? Hal ini memerlukan perincian yang lebih luas.

Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya Al-Adzkar:


أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في " ج " : " ويصل ثوابُه " ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ " (رواه مسلم) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا " ( أبو داود وغير ذلك). واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : " اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه.

Maksudnya, "Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim). 

Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. 

Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.

Demikian ulasan Imam An-Nawawi tentang cara yang baik bagi menyampaikan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah dengan berdoa.

Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.


عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».

Maksudnya, "Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha." (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis Sahih ini telah dijadikan dalil oleh Imam Al-Qurtubi bahawa pembacaan al-Qur’an termasuk kategori sedekah. Dan sedekah memang telah disepakati tanpa ada perbezaan pendapat bahawa sampainya pahala itu kepada si mati. Namun, saya secara peribadi berpendapat bahawa hadis yang berikut ini lebih patut dijadikan dalil. Hadis berikut ini adalah Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم « كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ ، يَعْدِلُ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ ، فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا ، أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ ، وَيُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ »

Maksudnya,
"Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap ruas tulang tubuh manusia berkewajipan atasnya sedekah. Setiap hari matahari terbit, lalu engkau mengadili manusia yang bertengkar adalah sedekah. Engkau membantu seseorang naik ke atas binatangnya ataupun mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah sedekah. Perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau hayunkan untuk pergi menunaikan solat adalah sedekah. Dan engkau menghilangkan bahaya dari jalanan adalah sedekah.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ

Ertinya:
“Perkataan yang baik atau kalam yang baik adalah sedekah.”

Muslim manakah yang enggan mengakui bahawa kalamullah (Al-Qur’an) adalah kalimah atau kalam yang baik? Benar. Semua mengakui bahawa kalamullah merupakah kalam yang baik. Maka sekaligus ianya termasuk sedekah. Dan sedekah boleh sampai kepada si mati.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

أحسن الكلام كلام الله

Ertinya:
“Sebaik-baik kalam (perkataan) ialah kalamullah.”
(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)

Oleh yang demikian, jelas sudah kepada kita bahawa pendapat yang muktamad ialah sampainya pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Ini sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab Al-Bujairimi Minhaj:


( قَوْلُهُ : أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا ) ضَعِيفٌ وَقَوْلُهُ : وَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا يَصِلُ مُعْتَمَدٌ .

“Perkataan: Sesungguhnya tidak sampai pahala bacaan adalah Daif sedang perkataan: Dan sebahagian Ashab Syafi’i mengatakan sampai adalah MUKTAMAD.”


وَيَصِلُ ثَوَابُ الْقِرَاءَةِ إذَا وُجِدَ وَاحِدٌ مِنْ ثَلَاثَةِ أُمُورٍ ؛ الْقِرَاءَةِ عِنْدَ قَبْرِهِ وَالدُّعَاءِ لَهُ عَقِبَهَا وَنِيَّتِهِ حُصُولَ الثَّوَابِ لَهُ

Berkata Syeikh Muhammad Ar-Ramli:


1. Pembacaan dilakukan di sisi kuburnya.
2. Berdoa untuk mayat sesudah membaca Al-Qur’an yakni memohon agar pahalanya disampaikan kepadanya.
3. Meniatkan sampainya pahala bacaan itu kepadanya.”
“Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu: 
(Hasyiatul Jamal)

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

_________________________________________________

Sumber Rujukan:

1. Tafsir Al-Qur'an Al-Azhim. Imam Ibnu Katsir.
2. Tafsir Ad-Durr Al-Mantsur. Imam Al-Suyuti.
3. Al-Ruh. Sheikh Ibnul Qoyyim.
4. Al-Bayanul Qowim Litashih Ba'dhil Mafahim. Dr. Ali Jum'ah.
5. Al-Bid'ah fi Al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq. Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa'di.
6. Al-Arba'in Al-Nawawiyyah. Imam An-Nawawi.
7. Al-Itqan fi Ulum al-Qur'an. Imam Al-Suyuti.
8. Tazkirah Al-Qurtubi. Imam Al-Qurtubi.
9. Mu'jizatul Qur'an. Imam Mutawalli Al-Sya'rawi.
10. Riyadh Al-Solihin. Imam An-Nawawi.
11. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah. Ustaz Hj. Mujiburrahman.
12. Al-Fiqh Al-Manhaji 'Ala Mazhab Al-Syafi'i. Mustafa Al-Bugho, Mustafa Al-Khen, Ali Al-Syarbaji.
13. Hasyiatul Jamal.
14. Bujairimi ala al-Minhaj.
15. Al-Muktamad. Muhammad Az-Zuhaili.
16. Al-Umm. Al-Syafi'i.
17. Al-Mughni. Ibnu Qudamah al-Maqdisi. 
18. Liku-liku Bid'ah dan Masalah Khilafiyyah. AlHamid AlHusaini.
Read More

Sunday, March 23, 2014

ANAK




1. Anak
Soalan: 
Saya sekarang mengandungkan anak kedua kami. Anak kami yang pertama baru berusia 6 bulan dan sekarang ini saya sedang mengandung dua bulan, anak kedua kami. Masalah saya ialah, adakah saya berdosa apabila menyatakan anak yang dikandung sekarang ini secara kebetulan sahaja dan tidak berniat untuk mengandung lagi. Maksud saya, saya tidak mahu anak lagi buat masa ini memandangkan anak kami kecil lagi. Tolonglah saya.

Hamba Allah
Jawapan: 
Anak adalah salah satu rahmat dan nikmat yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia, menolak nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah berdosa kerana memungkiri fitrah yang telah Allah tetapkan. Allah SWT berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 46 maksudnya: "Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan ini..." Maksud perhiasan dalam ayat ini adalah memberikan keindahan kalau dilihat, rasa kebanggaan bagi yang memilikinya serta memberikan penghargaan dan penghormatan bagi pemiliknya.

Sama ada kita berniat atau tidak berniat untuk mengandung, ia merupakan ketentuan Allah yang wajib kita syukuri kemudian berdoa agar kandungan kita sentiasa dalam keadaan sihat, dengan cara ini kita tergolong insan yang bersyukur dengan rahmatNya. Kerana manusia tidak mengetahui bahawa dalam sesuatu yang tidak ia sukai itu terkandung nilai dan manfaat yang banyak untuk dirinya. Janganlah mementingkan pekerjaan daripada sesuatu yang lebih besar iaitu rahmat Allah.

Banyakkan amalan ketika ini agar keresahan dan kesukaran dilapangkan Allah SWT. Bacalah doa mohon rahmat terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 8-9. Doa untuk mendapat zuriat yang soleh, surah Ali Imran, ayat 38. Doa agar keturunan tetap mengerjakan solat, surah Ibrahim, ayat 40 dan 41 serta doa-doa lainnya. Hanya dengan mendekatkan diri kepadaNya segala kebimbangan dan keresahan hidup kita hilang.

DN 240 20 Sifat Fitrah Anak - Siri Keluarga Gemilang
DN -37 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN

Kembali ke atas ↑



2. Menamakan Anak
Soalan: 
Jika kita namakan anak kita sempena nama kebesaran Allah dan ditambah pada permulaannya dengan nama MUHAMMAD, contohnya MUHAMMAD QUYYUM. Ada pendapat mengatakan tidak boleh sebab mesti didahului dengan ABDUL,  sila jelaskan. Terima Kasih, Wassalam.

Abdul Halim, PJ
Jawapan: 
Orang tua hendaklah berhati-hati dalam memberikan nama-nama anak, agar tidak memasukkan kita ke dalam kemusyrikan kepada Allah SWT. Kita juga tidak boleh memberikan nama kepada diri dan anak-anak kita dengan nama-nama Allah seperti Ahad, Ash Shamad, Ar Razaq dan lain-lain. Jika ingin menggunakan nama-nama Allah sebagai nama kita, tambahlah kata Abdul (hamba) bukan Muhammad (insan mulia). Jika Qayyum (berkuasa) tambahlah Abdul Qayyum (hamba Allah yang Berkuasa) bukan Muhammad Qayyum (insan yang terpuji yang berkuasa).

Begitu juga kita tidak boleh memberi nama untuk anak-anak dengan nama-nama surat dalam Al Quran seperti Thaha dan Yasin. Menurut Imam Malik bahawa nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak-anak kita.

Kembali ke atas ↑



3. Makna Nama Anak
Soalan:
Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang beberapa nama-nama indah di dalam Islam. Saya ingin menamakan anak saya dengan nama `Luqman'. 
(i)   Apakah makna Luqman ?
(ii)  Apakah nama awalan yang terbaik untuk disambungkan kepada nama tersebut, seperti Muhammad, Abdul, Nur, Ahmad, Abu dan lain-lain jika ada?

Hadifah, KL

Jawapan:
i)Luqman maksudnya, bijaksana.
ii) Nama yang sesuai untuk disambungkan ; Muhammad ataupun Ahmad yang ertinya "Insan terpuji". Muhammad Luqman ertinya Insan terpuji yang bijaksana.

Kembali ke atas ↑



4. Mendidik Diri Agar Menjadi Anak Soleh dan Solehah
Soalan: 
Bagaimana caranya mendidik hati dan diri agar menjadi anak yang solehah serta doa-doa yang perlu diamalkan?

NNMS, KL
Jawapan: 
Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.

Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang. Mengenai doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya  adalah seperti berikut : -
*Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8). 
*Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147). 
*Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).

DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 020 Panduan Munajat Qiamullail - Ibadah Sepanjang Malam

Kembali ke atas ↑





5. Nama-nama yang Baik
Soalan: 
Bolehkah ustaz senaraikan nama-nama yang paling baik di sisi islam lelaki atau perempuan berserta maknanya sekali. Dan apakah makna Nur Fatihah, Nur Hidayah, Muhammad Firdaus dan Muhammad Hakim?

Auziera, KL
Jawapan: 
Nur Fatihah maksudnya "Cahaya Pembukaan atau Cahaya Kemenangan". 
Nur Hidayah maksudnya "Cahaya Petunjuk". 
Muhammad Firdaus - Muhammad ertinya Insan yang terpuji. Firdaus ertinya: nama syurga. 
Muhammad Hakim - Muhammad ertinya Insan yang terpuji. Hakim ertinya: Bijaksana.

DN 118 Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin - Panduan Nama Bayi

Kembali ke atas ↑





6. Cara Mendidik Anak yang Nakal 
Soalan: 
Apakah yang perlu dilakukan terhadap kanak-kanak yang degil. Adakah doa-doa yang perlu kita amalkan untuk melebutkan hati kanak-kanak tersebut?

Lina, Hulu Langat
Jawapan: 
Anak merupakan anugerah dan amanah Allah kepada kita. Dalam Al-Quran juga ada mengatakan bahawa anak juga merupakan fitnah, maksudnya adalah jika kita tidak mendidik menurut ketentuan dan tuntunan Islam maka dia menjadi anak yang derhaka. Kederhakaan merupakan fitnah yang paling besar baik bagi diri anak mahupun kedua ibu bapa.

Dalam mendidik anak kita dituntut agar bersabar, dan membekalkan diri mereka dengan ilmu agama. Sebab dengan pengetahuan agama sajalah dapat mendidik mereka menuju anak soleh atau solehah. Disamping itu kita disuruh berdoa selesai mengerjakan solat agar anak-anak kita menjadi anak yang pandai, bijak, berakhlak mulia, menjalankan perintah Allah dan orang tua, serta mendoakan ke atas mereka agar selamat di dunia dan akhirat.

Diantara doa-doa yang perlu diamalkan untuk anak-anak kita adalah seperti berikut:

1. Doa agar anak patuh kepada Allah rujuk Al-Quran surah Al Baqarah ayat 1280

2. Doa agar diberikan anak yang baik rujuk Al-Quran surah Ali Imran ayat 38

3. Doa agar diberikan zuriat menyenangkan hati rujuk Al-Quran surah ayat Furqan 74

4. Doa agar anak tetap mengerjakan solat rujuk Al-Quran surah Ibrahim ayat 40

Wallahu A'lam.

DN 090 Mendidik Anak Pintar Cerdas bermula dari Alam Rahim...
DN 085 Bimbingan Motivasi Anak Cemerlang

Kembali ke atas ↑





7. Korban Aqiqah
Soalan: 
Mengenai Korban Aqiqah saya harap ustaz dapat menjelaskan tentang hukum, cara, masa dan kadarnya.

Badrul, KL
Jawapan: 
Bersedekah pada hari ke tujuh dari kelahirannya dengan dua ekor kambing bila lelaki dan seekor kambing bila perempuan inilah dinamakan dengan aqiqah. Hukumnya sunnah muakad, walaupun bagi seorang ayah yang kurang mampu. Namun ada ulama mengatakan hukum aqiqah ini wajib, alasannya kerana Rasulullah SAW dan sahabat selalu melakukannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bersama bayi adalah aqiqahnya, sembelihlah kambing baginya dan hilangkan gangguan darinya". 
(Hadis riwayat lima rawi hadis) Boleh juga menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW terhadap cucu baginda Al Hasan dan Al Husein ra. Penyembelihan itu dilakukan pada hari ketujuh sesudah kelahiran. Ini jika sanggup. Kalau tidak, boleh pada hari kedua puluh satu dari hari kelahirannya. Jika tidak sanggup pula, boleh bila-bila saja.  Dalam hadis riwayat Baihaqi disebutkan pula aqiqah disembelihkan pada hari keempat belas dan hari kedua puluh satu".

Dalam menyembelih kambing aqiqah dianjurkan mengucapkan  "Bismillah, ya Allah ini dari Mu dan kepada-Mu sebagai aqiqah Fulan bin/binti Fulan". Dianjurkan waktu menyembelih aqiqah waktu matahari naik, dan dianjurkan pula mencukur rambut bayi sebelum menyembelih aqiqah. Namun ada pendapat yang mengatakan pencukuran rambut dilakukan setelah penyembelihan aqiqah dan bersedekah dengan emas seberat rambut yang dicukur. Aqiqah agar dimasak dengan bahan yang manis, untuk mengharapkan kemanisan akhlak bayi. Dan lebih utama ialah mengirimkan kepada kaum fakir dalam keadaan yang sudah masak. Menurut Imam Syafei boleh juga kita mengundang fakir miskin datang ke rumah kita untuk menikmati daging aqiqah tersebut.  

DN 105 ♂ Permata Idaman Mutiara Syurga LELAKI SOLEH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas ↑





8. Nama-nama Anak Menurut Islam
Soalan: 
Saya mempunyai  tiga orang anak. Yang pertama saya namakan Muhammad Fitri, Kedua Nur Farahain dan Ketiga Muhammad Faizul Hafiz. Sesuaikah nama-nama tersebut didalam Islam?

Jamilah, JB
Jawapan: 
Memberi nama anak adalah tanggungjawab ibu bapa terhadap mereka, kerana nama merupakan doa terhadapnya. Jika nama tersebut bermakna baik, bererti kita mendoakan untuk anak agar menjadi baik. Sebaliknya jika nama tersebut bermakna buruk, maka ia akan membawa kesan pada tingkah laku mereka. Mengenai nama anak anda mungkin dapat kami terjemahkan sebagai berikut: Muhammad Fitri: bermakna "Insan terpuji yang bersih atau semulajadi". 
Nur Farahain: bermakna "Cahaya kegembiraan". 
Muhammad Faizul Hafiz: bermakna "Insan terpuji yang berjaya dan penjaga atau pelindung"

Kembali ke atas ↑





9. Anak yang Agresif
Soalan: 
Saya ingin tahu cara-cara untuk mengatasi masalah anak yang suka memukul dan tidak mendengar kata tapi anak itu baru berumur 4 tahun. Adakah itu normal bagi kanak-kanak dan adakah sifat-sifat degilnya itu akan hilang apabila ia membesar kelak?

Noridah, KL
Jawapan: 
Anak-anak yang agresif dan aktif ketika berusia kanak-kanak merupakan perkara biasa, bahkan sesetengah ahli psikologi mengatakan bahawa perbuatan anak tersebut sebagai perlakuan normal. Kerana menurut mereka anak yang pendiam ketika usia kanak-kanak ini tergolong kanak-kanak yang bermasalah, wallahu 'alam.

Di dalam Islampun kita dituntut untuk mencurahkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak kita agar mereka dapat tumbuh dan berkembang menurut fitrahnya secara baik dan sempurna. Rasa kasih sayang ini bukan sahaja dinikmati anak dengan rasa yang bahagia dan memberangsangkan tetapi juga memberikan kesan kepada ibu bapa yang memberikan rasa kasih sayang itu. Jika kita tidak mampu bersabar dan tidak mampu menyayangi anak-anak secara berterusan kerana agresif dan kenakalan mereka, maka kita khuatir rasa kasih sayang itu mulai menghilang dalam diri kita. Jika ini terjadi maka kita tergolong insan yang paling rugi.

Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Muliakanlah anak-anakmu dan berikanlah pendidikan yang baik kepada mereka" (Riwayat Ibnu Majah) Dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak utamakanlah pendekatan pendidikan Islam. Pendidikan yang pertama sekali diberikan kepada anak ialah dasar-dasar aqidah dengan cara yang mudah diterima. Oleh itu hendaklah memperdengarkan kalimah syahadah dan kalimah tauhid kepadanya. Bacakan kepada mereka itu kalimah tauhid setiap hari sehingga meresap ke dalam hatinya.

Apabila usia anak telah bertambah misalnya telah berumur empat atau lima tahun, ajarilah mereka dengan akhlak yang mulia seperti sifat jujur dan melarang mereka bersikap dusta, mencintai kedua orang tua dan sanak saudara. Kenalkan kepada anak nilai-nilai dan akhlak yang mulia serta bandingkan dengan sifat-sifat yang tercela agar mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Dalam Islam dengan tegas menjelaskan agar kita menyuruh anak mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak mahu mengerjakannya ketika berumur sepuluh tahun.

Banyakkan berdoa kepada Allah, agar anak yang berusia empat tahun ini menjadi insan yang soleh di kemudian hari yang dapat mendoakan ibu bapanya kelak. Jangan memberikan gelaran yang buruk kepada mereka, kerana sebutan buruk itu merupakan doa, dan sebaliknya gunakan gelaran ataupun panggilan yang baik, agar ia menjadi anak yang baik, insya Allah.  

DN 085 Bimbingan Motivasi Anak Cemerlang
DN 090 Mendidik Anak Pintar Cerdas bermula dari Alam Rahim...

Kembali ke atas ↑





10. Doa Menghalang Anak Bergaduh
Soalan: 
Saya ingin tahu adakah ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa untuk menghalang anak-anak dari bergaduh sesama mereka?

Asri, KK
Jawapan: 
Tentang  ayat al Quran yang boleh menghalang anak anak dari bergaduh, anda boleh membaca surah al Fatihah dan selawat. Ini diikuti dengan bacaan surah al Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah ali-Imran serta doa berikut " Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ". Selepas itu dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
Buku-buku kategori: Kekeluargaan

Kembali ke atas ↑





11. Mengawal Tingkahlaku Anak-anak
Soalan: 
Bagaimana untuk mengawal tingkahlaku anak-anak yang berumur antara 3-5 yang sentiasa dengan kenakalan mereka.  Adakah ayat-ayat tertentu yang dapat dibaca untuk melembutkan hati mereka? Adakah zikir atas salah satu nama-nama Allah boleh membantu?

Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Anda boleh membaca doa berikut untuk ditiup ke dalam air atau dihembus ke ubun anak-anak anda iaitu "Allahumma Allif Baina Qulubihim Wa Ashlih Zata Bainihim Waj-Alhum Zuriatan Soliha". Sebelum itu bacakan dulu surah Al-Fatihah dan tujuh kali surah Al Insyirah. Amalkan selalu insyaallah anak anda akan mudah mengikut kata.

Terdapat banyak zikir-zikir yang diamalkan pada hari ini. Zikir yang terbaik ialah seperti yang diamalkan oleh Rasullullah SAW dan sahabat-sahabatnya. Menyebut nama-nama Allah yang mengandungi maksud pengasih dan penyayang seperti Ya-Rahman, Ya-Rahhim, Ya-Hannan, Ya-Mannan boleh membantu melembutkan hati seseorang jika diamalkan selalu.  

DN 241 40 Peranan Ibu Bapa Mithali - Siri Keluarga Gemilang
DN 240 20 Sifat Fitrah Anak - Siri Keluarga Gemilang
DN 247 20 Kesilapan Ibu Bapa - Siri Keluarga Gemilang

Kembali ke atas ↑





12. Menamakan Anak Lelaki Sesuai dengan Doa
Soalan: 
Saya ada membeli buku panduan mengandung keluaran Darul Nu'man dan saya ada terbaca mengenai doa untuk mendapatkan anak lelaki. Makna doa tersebut ada menyatakan jika ingin mendapat anak lelaki akan dinamakan dengan nama Muhammad. Seandainya bayi yang akan lahir lelaki, adakah bayi tersebut mesti dinamakan dengan Muhammad atau boleh dinamakan dengan nama selain dari Muhammad?

Siti, KL
Jawapan: 
Nama Ahmad atau Muhammad menunjukkan kepada jenis lelaki. Sedangkan makna Muhammad adalah "Insan yang terpuji". Permohonan ini kita sampaikan menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah agar dianugerahkan seorang anak yang sesuai dengan hasrat dan keinginan hati. Meskipun kita ketahui bahawa zuriat itu adalah anugerah daripada Allah yang wajib disyukuri dengan tidak mempertikaikan apakah lelaki ataupun perempuan namun kita masih diajar oleh Rasulullah SAW dalam menyelesaikan keinginan kita.

Alangkah baik jika kita gunakan nama Muhammad (insan terpuji) pada pangkan nama anak kita yang kebetulan Allah anugerahkan sesuai dengan kehendak dan doa kita. Sebab nama itu adalah doa, jika kita memberikan nama yang baik kepada anak bererti kita telah mendoakannya setiap hari sesuai dengan nama yang kita gunakan tersebut. Tambahlah nama-nama yang lain setelah sebutan Muhammad agar kita tergolong insan yang bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Tidaklah salah jika kita berhasrat menggunakan nama lain asalkan nama tersebut mengandungi makna yang baik. Wallahu "alam.

 DN 118 Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin - Panduan Nama Bayi

Kembali ke atas ↑





13. Harapan Memperolehi Zuriat
Soalan: 
Usia perkahwinan kami hampir 2 tahun. Masalahnya hingga kini kami masih belum dikurniakan zuriat. Pertanyaan saya adakah mungkin kerana dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya maka doa saya untuk memiliki cahaya mata ditolak?

Shahidah, Segamat
Jawapan: 
Setiap manusia tidak luput dari silap dan salah bahkan ramai orang yang telah terlanjur melakukan dosa dan maksiat. Namun sebagai seorang hamba, kita hendaklah menyedari hakikat kehambaan kita dengan cara segera bertaubat kepada Allah dan banyak beristighar  kepadaNya. Sesungguhnya Allah SWT sangat luas kemaafanNya serta sangat penerima taubat, maka jika hambaNya memohon ampun dengan ikhlas, insya Allah segala dosa yang pernah dilakukannya akan diampunkan oleh Allah.

Hendaklah berbaik sangka dengan Allah dan penuh harap akan rahmatNya agar jiwa kita menjadi aman dan tenang. Allah berfirman dalam surah Az Zumar ayat 53 maksudnya: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba Ku, yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya dan sesungguhnya Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Jadi jika kita telah bertaubat dengan ikhlas dan tidak melakukan dosa-dosa masa lalu, maka insya Allah, Allah akan  menerima taubat kita itu. Mengenai keadaan anda yang belum dikurniakan zuriat, ada baiknya anda lakukan pemeriksaan terlebih dahulu, kemungkinan pasangan anda atau anda sendiri mengalami masalah tertentu. Namun begitu teruskan berdoa setelah selesai mengerjakan solat lima waktu agar anda dikurniakan cahaya mata. Jika kita yakin akan kebesaran Allah dan keluasan rahmatNya, maka Insya Allah sesuatu yang dihajatkan akan dikabulkanNya. Bayangkan saja Nabi Ibrahim hampir menjangkau umur 150 tahun baru memperolehi anak, begitu juga dengan Nabi Zakaria mencapai umur 100 tahun baru dikurniakan Allah seorang anak. Namun mereka tetap berdoa kepada Allah dengan penuh harap dan kesabaran agar dikurniakan anak.

Bersabarlah dan berdoalah disamping berikhtiar dengan cara melakukan pemeriksaan doktor ataupun berubat cara kampung dan sebagainya, agar harapan dan cita-cita anda dikabulkan Allah. Jangan fikirkan dosa masa lalu, kerana jika seseorang itu telah bertaubat dengan taubat yang sebenarnya, maka Allah telah bersihkan diri seseorang itu sebagaimana anak yang baru lahir. Insya Allah.

DN 036 Rumah Idaman Syurga Impian - SUAMI TELADAN
DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN

Kembali ke atas ↑





14. Doa-doa Agar Memperoleh Anak Soleh/Solehah
Soalan: 
Saya ingin mendapatkan ayat atau doa untuk anak yang degil atau bagaimana untuk mendapat anak yang soleh/solehah?

Ati, KL
Jawapan: 
Diantara doa-doa yang perlu diamalkan agar memperoleh anak yang baik atau soleh antara lain: 
1. Surah Al Baqarah ayat 128 
2. Ali Imran ayat 38 
3. Furqan ayat 74 
4. Ibrahim ayat 40

 DN 118 Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin - Panduan Nama Bayi
 DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN

Kembali ke atas ↑





15. Amalan Untuk Memperolehi Zuriat
Soalan: 
Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan masih belum mempunyai anak. Dalam penantian zuriat pertama saya dan suami telah berusaha dengan perubatan moden/kampung tapi masih juga tidak berhasil. Dr. telah mengesahkan bahawa kami adalah pasangan yang normal dan tidak ada masalah untuk mendapat anak. Semakin lama saya menanti saya rasa semakin tertekan. Sekarang saya hanya berserah kepada Allah dengan berdoa. Setiap kali selepas solat saya cuma berdoa dalam Bahasa Malaysia dan doa-doa dari Al-quran yang pendek Cth doa nabi Zakaria. Apakah ada cara lain yang patut saya lakukan menurut Islam dan apakah doa-doa lain yang perlu saya baca?

Rohije Alang Jaafar, KL
Jawapan: 
Setelah anda berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka anda dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda berdua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama. 
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh 
- Baca Bismillah 1 kali 
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. 
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali 
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) 
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua. 
-Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11   kali sebelum mengadakan jimak. 
-Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. 
-Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. 
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Kembali ke atas ↑



16. Diantara Doa Mendapatkan Anak yang Soleh
Soalan: 
Apakah amalan-amalan yang baik ketika isteri sedang mengandung dan amalan amalan selepas isteri selesai bersalin. Sila berikan doa-doa yang baik untuk mendapatkan anak yang soleh. Apakah nama-nama yang baik untuk bayi lelaki dan perempuan dan maksud nama-nama tersebut?

Kay, KL
Jawapan: 
Hasrat ingin memperoleh anak yang soleh hendaklah ditanamkan dalam minda kita sebelum kita memilih pasangan hidup lagi. Oleh sebab itu pilihlah calon isteri atau suami orang yang menjalankan perintah Allah dengan demikian anak yang lahir dari keturunan yang baik, maka anak akan menjadi baik. Kemudian ketika mengandung amalan yang sesuai bagi suami isteri adalah seperti berikut; 
1. Membaca Surah Al Fatihah 
2. Membaca Surah Yaasiin hingga akhir. 
3. Membaca Surah Taubah hingga akhir. 
4. Membaca Surah Yusuf hingga akhir agar memperoleh anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. 
5. Membaca Surah Luqman hingga akhir agar memperolehi anak yang taat. 
6. Membaca Surah Maryam hingga akhir untuk memperoleh anak yang sabar dan taat. 
7. Membaca Surah An Nahl ayat 78 
8. Membaca Surah Al A'raf ayat 189

Disamping itu perbanyaklah amalan membaca doa ini setiap kali selesai mengerjakan solat lima waktu: 
1. Surah Ali Imran ayat 38 
2. Surah Ali Imran ayat 8 dan 9 
3. Surah Ali Imran ayat 192 hingga 194. 
4. Surah Ibrahim ayat 40 dan 41.

DN 118 Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin - Panduan Nama Bayi
 DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN
DN 036 Rumah Idaman Syurga Impian - SUAMI TELADAN

Kembali ke atas ↑




17. Petua Menjaga Kandungan
Soalan: 
Setelah menunggu selama lima tahun untuk mendapat zuriat, kini hasil usaha saya dan suami telah menanpakkan hasil. dimana saya telah hamil satu bulan. untuk makluman ustaz saya pernah mengalami 
keguguran kira-kira 2 tahun lalu, peristiwa menjadi fobia kapada saya . Soalan saya, apakah doa atau ayat-ayat suci yang perlu saya amalkan supaya kandungan saya selamat dan juga untuk mendapat zuriat yang soleh/solehah, bijak, sihat sempurna serta mendengar cakap?

Rohijea, KL
Jawapan: 
Lazimnya kita dengar bahawa pasangan yang baru berkahwin kandungan pertamanya mengalami keguguran. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan rapuhnya janin di dalam rahim. Namun begitu adalah lebih baik suami dan isteri menjaga kandungan tersebut dengan cara bersama-sama. Sebab bulan-bulan pertama kehamilan kedudukan janin belum begitu kukuh dan sangat sensitif yang menyebabkan mudah terjadi keguguran. Aturlah hubungan jimak ketika bulan-bulan pertama ini dengan sebaik mungkin dan jagalah dengan hati secara bersama-sama.

Mengenai amalan ingin memperoleh anak yang soleh dan solehah banyakkanlah berdoa setelah selesai mengerjakan solat lima waktu. Bahkan dalam buku-buku tertentu memberikan petunjuk dengan jelas tentang amalan ketika mengandung ini. Terutama banyakkan membaca surah Maryam dan Surah Yusuf agar anak menjadi orang baik wajah dan budi pekertinya serta patuh kepada Allah dan kedua ibu bapa. Wallahu A'lam.

DN 118 Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin - Panduan Nama Bayi
 DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN

Kembali ke atas ↑




18. Mengatur Jarak Kehamilan
Soalan: 
Saya sekarang sedang mengandung anak ketiga, masalah saya sekarang adalah salah saya mengandung kerap iaitu selama 3 tahun berturut-turut. Selepas ini mungkin saya akan merancang untuk tidak mengandung lagi bagi tempoh terdekat ini. Adakah saya bersalah sebab saya ini bekerja dan bukan surirumahtangga. Susah bagi saya mendapat penjagaan bagi anak-anak saya nanti kalau saya tidak 
merancang selepas ini?

Nora, KL
Jawapan: 
Melambatkan atau mengatur kehamilan buat sementarawaktu dan tidak menghentikannya sama sekali tidaklah haram menurut pendapat yang zahir. Malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti untuk mendidik anak, tidak dimakruhkan jika melewatkan atau mengatur kehamilan. Jika tidak hukumnya adalah makruh.

DN 224 Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih

Kembali ke atas ↑





19. Menghadapi Anak Lari Dari Rumah
Soalan: 
Bagaimanakah cara yang terbaik dan yang sepatutnya ibubapa lakukan untuk melembutkan hati anak-anak yang suka lari dari rumah supaya mereka kembali ke pangkuan keluarga?

Madzzulhaidi, KL
Jawapan: 
Anak yang lari dari rumah mungkin disebabkan oleh tekanan yang timbul dari rumah itu sendiri. Rasa tidak selesa anak duduk di rumah menyebabkan ia mencari alternatif lain untuk memenuhi keinginan dan dorongan jiwa remaja tersebut. Perkara yang paling asas bagi ayah untuk memujuk anaknya agar merasa tenang duduk di rumah carilah punca mengapa anak tersebut tidak suka duduk di rumah atau suka lari. Setelah itu perbaikilah kelemahan tersebut agar anak-anak kita dapat menerima hakikat bahawa rumah adalah tempat berteduh dan tempat menumpahkan rasa suka dan duka.

Jika orang tua prihatin dengan pendidikan dan pengetahuan agama anak-anaknya, maka tidak akan timbul anak lari dari rumah. Kerana anak yang dibekalkan dengan ilmu agama yang sempurna akan menghargai ibu bapanya sendiri dan akan merasa bersalah jika menyakiti hati ibu bapanya. Namun begitu jika perkara ini telah terlanjur janganlah kita merasa berputus asa, bermohonlah kepada Allah SWT setiap lepas solat lima waktu agar anak kita tersebut menjadi anak yang soleh. Disamping itu jika anda memiliki rezeki yang lebih bawalah anak tersebut pergi ke tanah suci Makkah mengerjakan haji atau umrah, hargailah hati dan perasaannya dan berdoalah di sana agar Allah merubah segala perangai yang buruk itu menjadi baik. Hanya dengan ikhtiar dan doa yang sungguh-sungguh akan menghasil buah yang bermafaat dalam membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi insan atau anak yang soleh.  Wallahu A'lam.

Kembali ke atas ↑




20. Menghadapi Kenakalan Anak Berumur Dua Tahun
Soalan: 
Bagaimanakah untuk mendidik anak yang kurang daripada dua tahun agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal. Bolehkah saya menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya? Kadang-kadang saya hilang sabar di atas karenah anak saya.

Jefree, Simunjan
Jawapan: 
Masa umur dua tahun adalah masa yang sangat aktif bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya sedang meningkat. Fenomena ini pasti dihadapi oleh setiap ibu bapa yang memiliki anak yang normal. Pada usia ini sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan kata-kata yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya. Mereka dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun jasmani mereka.

Rasulullah SAW sangat menyayangi cucu-cucu baginda Hasan dan Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah Islam, kedua cucu baginda tersebut memanjat tengkuk baginda menyebabkan baginda melamakan waktu sujudnya demi menjaga kedudukan cucunya tersebut. Setelah selesai solat para sahabat bertanya tentang terlalu lamanya baginda sujud, apakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah pun menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi.

Pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anaknya dengan kasih sayang dan kelembutan. Kalaupun ingin mencegah kesilapan yang mereka lakukan maka cegahlah dengan kelembutan dan kasih sayang pula. Dalam masalah menjalankan perintah agama terhadap anak-anak ini Rasulullah menyatakan dengan tegas. Baginda menyuruh agar umat Islam menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat makan pukullah mereka.

Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan Rasulullah adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka melanggar perintah Allah iaitu meninggal solat. Namun begitu pukulan yang dimaksudkan baginda bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi memukul dengan unsur mendidik dan kasih sayang.

Adalah lebih baik ibu bapa menunjukkan akhlak yang mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian yang mulia tersebut. Setelah itu banyakanlah berdoa agar mereka mempunyai hati yang lemah lembut, budi pekerti yang mulai serta menjadi anak yang soleh.

Read More

JODOH
























1. Berdoa Untuk Memperolehi Suami Yang Soleh

Soalan: 
Apakah hukumnya seorang gadis berdoa agar dirinya segera dipertemukan jodoh dan mengharap dikurniakan seorang suami yang soleh?

Rosmah, Seremban
Jawapan: 
Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh). Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat.

Kembali ke atas ↑



2. Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh
Soalan: 
Kita memang perlu berdoa kepada Allah agar mendapat pasangan yang soleh/solehah, boleh Ustaz berikan panduannya serta doa-doa yang perlu diamalkan?

NNMS, KL
Jawapan: 
Untuk mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih calon suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan terlalu mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau meterialistik, sebab harta, kecantikan, kedudukan dan pangkat tidak akan bertahan lama. Seandainya calon suami seorang yang soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati Allah SWT.

Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah An Nuur ayat 26 maksudnya: "Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk; sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik". 
*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan "Yaa Rahim" sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.
*Doa lain iaitu mohon petunjuk yang lurus dari segala urusan (al Kahfi ayat 10).
*Doa memperoleh hikmah dan tergolong orang yang soleh (surah Asy Syuara ayat 83 - 85).

DN 041 Asma’ul Husna - Rahsia dan Amalan 99 Nama Allah

Kembali ke atas ↑



3. Mempercepat Cari Jodoh
Soalan: 
Bagaimanakah caranya untuk mempercepatkan jodoh? Ayat-ayat apakah yang perlu saya amalkan?

Anilzam Damha, KL
Jawapan: 
Dalam usaha untuk mempercepat mencari pasangan hidup hendaklah kita banyak berdoa dan bermohon kepada Allah agar kita sentiasa memperoleh berkah dan rahmat-Nya. Kerjakan segala yang diperintahkan agama dan tinggalkan segala yang dilarang oleh Islam, jika amalan-amalan yang mulia ini kita laksanakan, maka Insya Allah akan ditentukan Allah dengan suatu yang lebih baik nantinya. Mungkin saja keterlambatan itu kerana ada hikmah yang  terkandung didalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk menterjemahkannya. Mungkin juga terlambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon. Berdoalah setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna.

Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku amalan menjelaskan bahawa untuk mempecepat memperoleh pasangan atau jodoh hendaklah sering mengamalkan membaca "Surah Thaha". Tapi yang penting doa yang kita ingin pohonkan itu kita sendiri mengetahui maksudnya, oleh sebab itu saya anjurkan cukuplah berdoa dengan bahasa yang anda fahami selepas mengerjakan solat lima waktu.

Kembali ke atas ↑



4. Ketentuan Jodoh
Soalan: 
Adakah jodoh wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat? Bagaimanakah nasib wanita yang telah melakukan kesilapan besar dan ia telah bertaubat. Adakah peluang untuk mendapat lelaki yang baik sebagai jodohnya?

Anilzam, Selangor
Jawapan: 
Memang di dalam Al Quran Surah An Nur ayat 26 ada disebutkan maksudnya: "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan bagi lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan bagi wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula".     Oleh sebab itu untuk kepentingan keluarga dan masyarakat, baik bagi wanita mahupun lelaki hendaklah menikah dengan orang yang sama dalam pengalaman agamannya. Kerana walaupun wanita pada mulanya adalah seorang yang solehah, taat beragama, apabila bernikah dengan lelaki yang berperangai keji, maka wanita itu pasti akan sukar untuk mempertahankan kebaikan serta ketaqwaannya.

Tidak ada fitnah yang lebih besar di permukaan bumi ini bagi seorang wanita yang solehah seandainya ia hidup di tengah-tengah lelaki fasiq, yang tidak mengendahkan sama sekali erti perdamaian dan kesestiaan. Kalaupun ada wanita yang ingin tetap bertahan dengan suami yang seperti itu, mungkin ia akan dipengaruhi oleh perangai suaminya, hingga lambat laun akan luntur ketaatan agamanya.

Jika kita telah bertaubat dengan taubat nasuha atau taubat yang sebenarnya bererti kita telah kembali bersih, seperti anak manusia yang baru dilahirkan, maka peluang untuk memperolehi pasangan yang baik dan mulia itu, insya Allah, akan dikabulkan Allah SWT. Wallahu A'lam.

Kembali ke atas ↑



5. Wasiat Ibu tentang Jodoh
Soalan: 
Apakah hukumnya seseorang yang mengingkari wasiat ibunya yang telah meninggal dunia supaya dia berkahwin dengan pilihan ibunya tadi, sedangkan dia telah ada pilihannya sendiri? 
Berdosakah dia mengingkarinya?

Hayati, Miri
Jawapan: 
Sebagai seorang ibu memang menginginkan agar anaknya bahagia dan tenteram disamping teman hidupnya. Biasanya ibu bapa akan memilih calon pasangan anaknya mengikut firasat atau kata hatinya, kerana ibu bapa lebih memahami keadaan anaknya dan dapat membuat perbandingan dengan calon pilihannya. Namun tidak selamanya pilihan ibu bapa itu berdasarkan tuntunan Islam, kerana ada juga ibu bapa yang memilih pasangan untuk anaknya berdasarkan kebendaan.

Masalah jodoh, rezeki dan maut merupakan ketetapan Allah. Jika ibu anda menginginkan anda kahwin dengan seseorang pilihannya, namun Allah menetapkan anda kahwin dengan orang lain, maka ketetapan Allah lah yang berlaku terhadap diri anda. Begitu juga jika anda berkahwin dengan pilihan ibu anda, itu juga merupakan  ketetapan Allah. Jadi masalah jodoh bukanlah boleh dipaksa kerana ia merupakan hak dan takdir Allah untuk seseorang. Seorang ibu hanya berhak memberikan cadangan, dan berencana sedangkan yang menentukannya hanyalah Allah SWT. Maka tidaklah berdosa jika anda kahwin dengan orang yang bukan pilihan ibu anda, kerana Allah telah menetapkan jodoh dengan pasangan anda sekarang. Jika anda ingin berkah dan ingin mendapat keputusan yang terbaik, bukan atas dorongan keinginan hawa nafsu semata, lakukanlah solat istikharah, agar Allah memberikan yang terbaik untuk anda. Insya Allah. Wallahu 'Alam.

DN 242 40 Peranan Anak Mithali - Siri Keluarga Gemilang
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas ↑



6. Susah Menemui Pasangan Hidup
Soalan: 
Saya kini berusia 26 thn dan telah menjawat jawatan yang tinggi dan sehingga ke hari ini belum mempunyai pasangan hidup. Mungkin belum jodoh saya agaknya. Menjawat jawatan yang tinggi betul-betul memberi cabaran kepada saya dimana setiap hari ada saja masalah yang berkaitan dengan pelanggan dan anggota kerja yang kadang-kadang memeningkan kepala saya.  Oleh itu saya perlukan seseorang untuk melepaskan atau berkongsi masalah dengan saya.

Masalahnya ada pemuda yang berminat dengan saya tapi malangnya dia telah berumahtangga dan mempunyai keluarga.  Saya cuba melarikan diri daripadanya namun begitu dia cuba juga mendekati saya.  Saya ada juga meminta bantuan daripada kawan-kawan dan telah diperkenalkan dengan seorang pemuda yang beriman dan pada saya boleh membimbing saya di masa akan datang.

Namun begitu, setelah melakukan sembahyang istiharah, pemuda tersebut tidak dapat menerima saya kerana wajah saya tidak muncul dalam mimpinya.  Saya rasa sangat kecewa namun apa yang saya harapkan saya dapat menemui insan yang boleh megisi kekosongan hidup saya.  Namun begitu saya sentiasa berserah kepada ketentuan Allah s.w.t.

hamba Allah, BP
Jawapan: 
Mengenai jodoh, rezeki dan maut merupakan takdir yang ditentukan Allah dalam diri seseorang. Sebagai seorang insan, kita dituntut supaya bersabar dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang sesuai dan diberkati Allah. Janganlah cepat merasa putus asa dan kecewa dengan perkara yang telah terjadi,  mungkin disebalik keputusan Allah itu ada hikmah yang sangat besar terkandung didalamnya sedangkan kita tidak mampu untuk menjangkaunya. Jika kita bersabar, insya Allah pada suatu ketika nanti akan mendapat seorang pasangan yang baik dan soleh. Disamping itu jangan lupa berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Utamakan agama dalam memilih pasangan hidup daripada faktor-faktor lain seperti harta, pangkat dan sebagainya tanpa was-was. Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperiabdian yang luhur dan mulia disenangi dan disukai oleh orang lain. Wallahu 'Alam. *Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan "Yaa Rahim" sebanyak 100 kali setiap hari, insya Allah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati.

DN 087 Amalan Hikmat & Rahsia dari Al-Quran
 DN 041 Asma’ul Husna - Rahsia dan Amalan 99 Nama Allah
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas ↑



7. Ukuran Cinta dalam Jodoh
Soalan: 
Dalam memilih jodoh, yang manakah lebih diutamakan seseorang wanita itu? Adakah wanita yang menyayangi kita yang lebih baik atau kita yang menyayangi wanita itu? Yang manakah akan membawa kepada kebahagiaan? Saya pernah dengar mengatakan wanita yang menyayangi kita itu adalah lebih baik.

Syah, Kedah
Jawapan: 
Memang betul pasangan yang baik kita pilih adalah seseorang yang memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap diri kita. Dengan rasa cinta tersebut akan menimbulkan tanggungjawab dan perhatian yang lebih besar seorang isteri terhadap suami. Namun alangkah bahagianya sesebuah rumahtangga jika kadar cinta antara suami dan isteri serta kasih sayang mereka sama banyaknya. Ertinya suami menyayangi isteri  lantaran isteri mencurahkan kemesraan yang mendalam terhadap suaminya, begitu juga sebaliknya isteri merasa aman dan bahagia kerana sentuhan cinta, kasih dan sayang yang murni serta ikhlas dari suaminya.

Begitulah yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW yang menyayangi isteri-isteri baginda dengan penuh perhatian, sehingga isteri-isteri bagindapun menyayangi Baginda dengan penuh jiwa dan raga.

Kembali ke atas ↑



8. Poligami
Soalan: 
Wajarkah bagi seseorang suami untuk berkahwin lebih dari 1 apabila si-isteri tidak dapat memenuhi kehendak suami @ berpenyakit?

Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan: 
Dalam Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin sehingga empat orang. Dalam hal ini Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya) maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja ...."  (An Nisa ayat 3 ) Jadi sudah jelaslah bahawa dalam Islam memberi jalan yang terbaik dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Maka dibolehkan seorang suami mengahwini wanita seramai empat orang dengan syarat kita mampu berlaku adil terhadap mereka dari segi nafkah zahir dan batin. Namun dalam hal kasih sayang hanya Allah saja yang dapat menentukannya, kerana dalam hal ini Allah SWT telah menyebutkan bahawa kita tidak akan dapat berlaku adil. 

DN 107 Andalah Wanita Syurga

Kembali ke atas ↑



9. Hukum Tidak Berkahwin
Soalan: 
Apakah hukumnya seseorang itu tidak berkahwin kerana ia tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Anak Runsing, KL
Jawapan: 
Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada hidup membujang (rabbaniyah) dalam Islam". 
Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas". 
Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.

Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan. 
a) Wajib 
Kahwin diwajibkan bagi orang yang telah mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan dapat terlaksana kecuali dengan berkahwin.

b) Haram 
Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hibup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin seperti menggauli isteri (berahi terhadap wanita)

c) Sunat 
Kahwin disunatkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada  membujang, kerana membujang 
tidak ada dalam syariat Islam.

d) Mubah 
iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin. Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk berkahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan untuk menggauli isteri.

Kembali ke atas ↑


10. Berbual dengan Bukan Mahram Melalui Telefon
Soalan: 
Seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram menjalin hubungan dengan sering berhubung melalui telefon. Mereka berbual mesra tentang kehidupan seharian, perasaan hati masing-masing, ataupun hanya berbual kosong kerana seronok dapat berbual mesra antara satu sama lain. Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini? Apakah hukumnya?

Marina, Ipoh
Jawapan: 
Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya di tempat yang sunyi kerana perbuatan ini dilarang keras oleh Islam. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad menjelaskan larangan berdua-duaan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan kerana pihak yang ketiganya adalah syaitan. Setiap orang Islam wajib mematuhi larangan ini dan jangan cuba sekali-kali melanggarnya, kerana ia melibatkan hukum-hukum Allah.

Al-Quran menjelaskan dalam surah Al-Maidah orang yang melanggar hukum Allah tidak sunyi dari 3 kumpuilan manusia iaitu samada termasuk ke dalam golongan orang yang fasik, atau zalim ataupun kafir.Termasuk ke dalam ertikata berkhalwat yang dilarang oleh Islam ialah berbual di dalam telefon dengan perempuan yang bukan mahram, sambil menyatakan perasaan hati masing-masing tanpa tujuan yang syar'i, kerana ia menjadi jalan ke arah khalwat dan khalwat menjadi jalan ke arah perzinaan. Setiap yang menjadi jalan ke arah itu hendaklah ditutup berdasarkan kaedah feqah "menutup pintu fitnah atau Saddul Az-Zara'i itu wajib".

Satu kaedah lain menjelaskan "Sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram". Sehubungan dengan itu seseorang lelaki Islam hendaklah menjauhkan perkara ini untuk mendapatkan keselamatan diri. Jika ia bertanya perempuan berkenaan tentang tarikh penetapan perkahwinan, beberapa ramai yang hendak datang meminang, hari apa-apa majlis itu hendak diadakan dan lain-lain yang ada hubungan dengan urusan perkahwinan, dan masanya pula tidak lama, tanpa pula ada kata-kata yang mengghairahkan, maka hukumnya adalah harus. Bagaimanapun sebaiknya pihak lelaki hendaklah bertemu terus dengan pihak keluarga perempuan untuk menguruskan perkara itu, kerana ia lebih selamat dari fitnah.Wallau A'lam.

DN 027 Muslimah Sejati

Kembali ke atas ↑


11. Maksud Jodoh Pertemuan Di Tangan Tuhan
Soalan: 
Saya ingin tahu apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan? Dan bolehkah kita mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu tepat dan adakah doa yang ibu pohonkan supaya anaknya menerima jodoh tersebut dimakbulkan oleh ALLAH? Dimanakah syurga seorang wanita, pada ibunya atau pada suaminya? Sebagai wanita siapakah yang lebih utama, ibunya atau suaminya?

Ingin Tahu, KL
Jawapan: 
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada' dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.

Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.

Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi kebiasaannya ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk anak kesayangan mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik kecuali mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan duniawi. Di kala itu ia akan mengutamakan kepentingan perut dari kebahagiaan rumahtangga anaknya.

Soal permohonan ibubapa untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja yang baik. Biasanya doa kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan oleh Allah. dan jika Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak mustahil, kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa ibubapa mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk anaknya. Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara' dan tidak apa yang kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.

Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki taat kepada kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi perkara yang diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah ia berkahwin ketaatan berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain perkataan syurga seseorang perempuan itu sebelum berkahwin bergantung kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib yang lain, dan setelah berkahwin bergantung kepada keredhaan suaminya dan tidak dalam perkara yang berbentuk maksiat.

DN 036 Rumah Idaman Syurga Impian - SUAMI TELADAN

Kembali ke atas ↑


12. Dilema Jodoh Setelah Istikharah
Soalan: 
Saya mempunyai kenalan dan pada saya kenalan ini amat sesuai daripada ciri-ciri yang 4 sebagaimana yang telah kita ketahui. Saya telah melakukan sembahyang istikharah selama 7 hari berturut-turut dan Alhamdulillah saya telah di berikan petunjuk. Persoalannya kami telah bersemuka dan menyatakan luahan hati masing-masing dan saya dapati beliau telah mempunyai pilihan hati sendiri. Selepas itu saya telah bertemu dengan seorang insan yang juga memenuhi ciri-ciri tersebut. Hubungan kami setakat ini. Alhamdulillah walaupun belum membicarakan soal berumah tangga, dilema yang melanda pada masa ini ialah saya teringat tentang petunjuk yang lalu. Bagaimana Ustaz?

Zahariah, Bangi
Jawapan: 
Dalam kes ini adalah suka disarankan kepada yang terlibat supaya jangan berputus asa. Tidak semestinya kita gagal buat kali pertama bererti kita juga akan turut gagal buat kali kedua. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Saudari hendaklah mengadakan solat hajat memohon supaya Allah SWT mengurniakan suami yang salih kepada saudari. Setelah mengadakan solat hajat beberapa kali, bolehlah saudari menyatakan perasan saudari itu kepada jejaka idaman saudari itu tadi.

Jika jawapannya negatif saudari hendaklah reda dengan kehendak Allah dan jangan sekali-kali berputus asa. Jika jawapannya positif hendaklah bersyukur kepada Allah. namun untuk berputus asa jangan sekali. Dalam Al-Quran orang yang berputus asa hanya ditujukan kepada orang yang zalim dan kafir sahaja. Jangan saudari letakkan diri saudari di status ini. bagaimanapun saudari diingatkan supaya beriltizam denagan adab-adab Islam ketika pertemuan diadakan dengan membawa mahram bersama saudari jika tidak yang ketiganya adalah syaitan.

DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 027 Muslimah Sejati

Kembali ke atas ↑


13. Dilema Pilihan Ibubapa dan Pilihan Sendiri
Soalan: 
Saya telah menjalinkan hubungan dengan seorang kawan lelaki semenjak setahun yang lalu. Sebelum hubungan ini terjalin kami telah melakukan solat istikharah terlebih dahulu dan alhamdulillah Allah telah memberikan kekuatan dan petunjuk kepada kami untuk menjalinkan hubungan. Untuk menjaga hubungan ini agar diredhai Allah kami tidak pernah keluar bersama (berdating) dan menjauhkan perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah.

Kami hanya berhubung hanya melalui telefon dan kiriman surat. Walaupun begitu hubungan kami tetap terjalin atas ikatan janji bahawa Insya Allah kami ingin menjadi sepasang suami isteri pada suatu masa nanti. Masalahnya ialah sekarang ibu dan bapa saya ingin mejodohkan saya dengan lelaki pilihan mereka. Saya telah menjelaskan tentang hubungan kami tapi mereka menolak dengan alasan kawan saya itu masih lagi menuntut di universiti. Sedangkan saya sudahpun berada di tahun akhir.

Walaupun kawan saya itu bukanlah di kalangan keluarga yang berada tetapi asas agamanya kukuh. Apa yang saya ingin tanyakan adakah Islam memberi kebebasan kepada seorang anak perempuan untuk memilih pasangannya? Apakah yang patut saya lakukan sekarang? Jika hubungan kami ini gagal adakah terdapat kesilapan ketika kami memohon petunjuk Allah semasa beristikharah dahulu?

Sakinah, Temerloh
Jawapan: 
Sebelum saya menghuraikan persoalan ini dengan lebih lanjut,  suka dinasihatkan perkara pertama yang saudari harus yakini ialah jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan. Berdasarkan keterangan saudari, saudari telah melakukan apa yang patut saudari lakukan dengan menunaikan solat Istikharah. Untuk pengetahuan saudari bagi menyempurnakan lagi hasil istikharah tersebut kita diminta supaya tidak memberati diri kita dengan pilihan yang kita sendiri bersetuju dengannya sebelum itu, sebaliknya hendaklah saudari kosongkan hati dan serahkan segala urusan kepada Allah SWT.

Saudari perlu mengamati adakah solat Istikharah yang saudari lakukan itu menepati kaedah pelaksanaannya dengan yang digariskan oleh ulamak dari awal sampai ke akhirnya. Saudari juga dikehendaki menunaikan solat istikharah itu bukan sekali dua sahaja, bahkan acap kali. Jika saudari sudah benar-benar yakin dengan keputusan saudari berdasarkan petanda-petanda yang saudari perolehi, saudari boleh menentukan pilihan berdasarkan petanda tersebut.

Selain itu saudari juga dikehendaki menunaikan solat sunat hajat meminta agar Allah SWT mempermudahkan pilihan saudari itu dan menyerahkan kepada Allah supaya Ia menyediakan jalan keluar kepada permasalahan yang saudari hadapi di samping memperbanyakkan ketaqwaan kepadaNya. Dalam Islam seseorang mempunyai kebebasan dalam memilih jodoh, asalkan ia adalah sesama Islam dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Namum begitu oleh kerana sifat semulajadi kaum wanita malu, maka orang yang paling berhak memilih jodoh untuknya ialah ibu bapanya, kerana merekalah yang paling memahami kedudukan anak perempuan mereka. Mereka tidak mencari jodoh yang tidak sepadan dengan kedudukan anak perempuan mereka. Namun begitu persetujuan hendaklah diperolehi dari wanita terlibat bagi  mempastikan pilihan ibubapanya itu kufu atau tidak dengan anak gadis terlibat.

Jika tidak kufu anak gadis terlibat berhak menolak pilihan itu. Seseorang anak gadis yang sudahpun mempunyai pilihan sendiri, dan pilihannya itu pula sudah kufu dengannya menurut kaca mata Islam hendaklah memberitahu hal ini kepada ibubapanya, supaya mereka berpuashati dengan pilihan anaknya. Dalam Islam seorang gadis yang masih dara berhak meminta fasakh dari hakim jika ia dikahwinkan oleh ibubapanya dengan calon suami yang tidak sekufu dengannya.

Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW seorang perempuan menemui baginda mengadu yang beliau dikahwinkan oleh ayahnya dengan orang yang tidak sekufu dengannya dan baginda SAW memfasakhkan perkahwinan itu.



Kembali ke atas ↑



14. Hukum Menyesali Perkahwinan
Soalan: 
Apakah hukumnya jika dalam satu-satu masa kita menyesali akan perkahwinan kita dengan suami yang sentiasa leka dengan hal dunia; jarang-jarang sembahyang dan berpuasa.  Perasaan itu datang kerana kita mengharapkan dia boleh membimbing kita dan anak-anak kearah dunia dan akhirat? Apakah ayat yang sesuai diamalkan supaya suami sentiasa mengingati Allah?

Hamba Allah, KL
Jawapan: 
Tidak wajar kepada seseorang itu menyesali perkahwinannya dengan seseorang khasnya apabila suami yang diharapkan dapat membimbing isteri tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana perkahwinan tidak bersalah. Yang bersalah ialah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab.

Kerana itu apabila suami tidak berbuat demikian, tidak wajar isteri melahirkan penyesalannya kerana berkahwin dengan beliau, sebaliknya hendaklah diusahakan cara yang boleh menyedarkan suami beliau itu seperti dengan bersolat hajat, meminta nasihat dari orang alim, membuat aduan kepada Qadi dan lain-lain. Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawabnya itu adalah sebahagian dari kerosakan rumahtangga yang harus dibaiki dengan segera. Inilah rahsianya kenapa Islam menyuruh seseorang itu memilih suami yang ada agama, bukan yang hensem sahaja.

Untuk mendapatkan ayat dan kaedah yang sesuai yang boleh digunakan bagi mendorong suami terlibat supaya sentiasa mengingati Allah.

 DN 036 Rumah Idaman Syurga Impian - SUAMI TELADAN
DN 037 Rumah Idaman Syurga Impian - ISTERI TELADAN
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 145 Doa Pelindung & Penawar Angin Ahmar "Stroke"

Kembali ke atas ↑



15. Ibubapa Menghalang Pilihan Hati
Soalan: 
Ibubapa amat tidak mempersetujui pilihan gadis yang ingin saya kahwini dengan alasan gadis pilihan saya ini kurang baik dan mereka pasti jodoh saya dengan gadis ini tidak panjang. Jika saya meneruskan juga niat saya maka mereka akan menganggap saya anak derhaka, bukan anak mereka lagi dan ibu saya tidak akan reda apa yang saya lakukan dunia dan akhirat.

Saya juga pernah berkata supaya kepada kedua ibubapa agar dapat saya mempertemukan gadis pilihan hati saya ini kepada mereka tetapi mereka enggan. Sudah 2 tahun saya bersabar tetapi keadaan masih tidak berubah. Pilihan terakhir yang mereka berikan kepada saya ialah tinggalkan gadis itu (tanpa alasan yang kukuh) atau saya anak derhaka?

Din, Serdang
Jawapan: 
Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan apabila seorang lelaki yang sekufu dengan seseorang perempuan datang meminang perempuan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya oleh sebab yang tidak konkrit pada pandangan syarak, akan berlakulah fitnah yang amat dahsyat selepas itu. Daripada hadis ini kita dapat simpulkan apabila seorang lelaki sudahpun kufu dengan seorang perempuan, maka pihak keluarga hendaklah mengambil langkah mengahwinkan mereka berdua segera.

Jika mereka tidak berbuat demikian akan pasti berlaku kerosakan yang amat dahsyat dalam masyarakat. Amat tidak wajar kepada ibubapa menuduh anaknya sebagai anak derhaka apabila ia tidak mahu mengikut pilihan orang tuanya, jika pilihan anaknya sendiri itu sudahpun kufu dari pandangan Islam. Jodoh pertemuan sebenarnya di tangan tuhan. Tiada seorangpun yang berhak menentukan yang jodoh si fulan itu tidak panjang. Kerana tidak ada seorangpun yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah.

Sepatutnya setiap ibubapa ,mengambil sikap optimis dengan pilihan anaknya dan membaiki mana yang kurang pada menantunya, apalagi di zaman sekarang ini zaman di mana kerosakan akhlak muda mudi Islam cukup ketara. Dalam kes ini saudara yang bertanya dikehendaki membuat aduan kepada Qadi, supaya qadi boleh menggunakan kira bicaranya untuk berbincang dengan keluarga bagi menyelesaikan kes ini.

Jika benar-benar gadis yang bakal dikahwini itu fasik dan kurang kufu dan ibubapa terlibat pula memang mempunyai pilihan yang sesuai dan kufu dengan anaknya, adalah lebih baik kepada yang terlibat menerima pilihan ibubapa ini dan menyerahkan seterusnya kepada Allah SWT. Boleh jadi sesuatu yang kita benci itu akan menjadi kebaikan kepada kita dan boleh jadi perkara yang kita suka mendatangkan kecelakaan kepada kita.  

DN 105 ♂ Permata Idaman Mutiara Syurga LELAKI SOLEH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas ↑



16. Guna Ayat Menambat Hati 
Soalan: 
Adakah berdosa jika saya menggunakan ayat Al-Quran untuk tunang saya demi untuk menjaga hubungan baik antara saya dan dia?

Zaity, Selangor
Jawapan: 
Menggunakan ayat Al-Quran dalam usaha menambatkan hati tunang supaya tidak lari dari seseorang tidaklah menjadi kesalahan, jika itu adalah sebahagian usaha dan ikhtiar yang dilakukan dan tidak bercanggah dengan Islam. Bagaimanapun seseorang itu hendaklah menggantung sepenuh harapannya kepada Allah.

Jangan digantungkan harapan kepada ayat Al-Quran tersebut. Ini kerana Al-Quran itu adalah penawar dan ubat yang paling mujarab kepada manusia. Bagaimanapun ia diikat dengan sejauhmana ia tidak digunakan untuk maksud yang tidak sihat. Jika maksudnya tidak sihat, maka hukumnya adalah haram.

HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas ↑



17. Mandi Bunga Mempercepatkan Jodoh
Soalan: 
Orang mengatakan walaupun jodoh pertemuan di tangan tuhan, kita harus berusaha dan tidak hanya berserah kepada tuhan. Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat AlQuran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan.

Betulkah di dalam perubatan islam terdapat mandi bunga, apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

Nor, Melaka
Jawapan: 
Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diitikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman baginda.

Ia hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.

Bagi kes anda, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut. Seeloknya perempuan terlibat membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.  

HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 087 Amalan Hikmat & Rahsia dari Al-Quran



Kembali ke atas ↑


18. Cara Mendapatkan Suami Beriman
Soalan: 
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pasangan lelaki yang baik dan beriman?  Adakalanya saya sungguh berminat dan berharap orang itulah yang akan menjadi suami saya, tetapi akhirnya saya ditinggalkan begitu saja. Memanglah jodoh pertemuan ditangan Allah tapi kita berhak  mencari, berikhtiar untuk mendapatkan pasangan yang baik untuk kita. Tolonglah selesaikan kebuntuan di jiwa saya ini, saya sudah mencecah usia 25 tahun pada tahun ini?

Adik, PJ
Jawapan: 
Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman boleh dilakukan dengan beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami yang salih dari Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; "Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan suami-suami serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa." 
Selain itu boleh juga dilakukan dengan meminta bantuan orang tengah yang dipercayai untuk mencari jodoh yang solih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang seseorang lelaki. Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya seagai seorang yang solih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis terlibat. Saudari disarankan memperbanyakkan membaca surah Yusuf.

DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
HAJAT untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 002 ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )
DN 076 Petua Kebahagiaan Rumahtangga

Kembali ke atas ↑



19. Wanita Menyatakan Hasratnya terhadap Lelaki
Soalan: 
Rasulullah ada menyebut, sekiranya kita menyukai seseorang kerana Allah, ada baiknya kita menyatakan kesukaan kita kepadanya. Apakah pula kewajaran bagi seorang muslimat yang menyukai seorang muslimin kerana dia yakin muslimin itu seorang yang memiliki fahaman Islam yang jelas. Tetapi muslimin ini telah menolak hasrat itu kerana dia sendiri pernah dikecewakan. Saya ada mendengar seorang wanita itu di datangi bukan mendatangi. Wajarkah lagi muslimat ini menyatakan hasrat hatinya secara bersunguh-sungguh dan terus mengharap, setelah dia yakin muslimin tersebut adalah pilihan yang terbaik hasil dari doa & solatnya. Dalam hal ini, bagaimanakah dia harus bertawakkal?

Nur 'Izzah, Glugor
Jawapan: 
Tidaklah salah seorang wanita menyatakan keinginannya terhadap seorang lelaki agar lelaki tersebut melamarnya dan mengahwininya. Bahkan Siti Khadijah mengatar seorang utusan untuk menyatakan hasratnya agar baginda mengahwininya. Akhirnya hasrat Siti Khadijah itu disambut oleh Rasulullah SAW dengan cara yang baik dan bagindapun mengirim utusan untuk melamar Siti Khadijah.

Jika anda berhasrat terhadap seseorang lelaki bolehlah meniru seperti yang dilakukan oleh Siti Khadijah yang mengirim utusan untuk menyatakan hasratnya terhadap baginda. Setelah itu berdoalah kepada Allah, agar pemuda yang menjadi idaman hati anda itu terbuka hatinya untuk menerima anda sebagai isterinya. Serta bermohonlah kepada Allah agar pilihan anda itu merupakan yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk diri anda. Insya Allah.

Kembali ke atas ↑



20. Menasihati Calon Isteri
Soalan: 
Saya mempunyai seorang tunang dan saya amat menyayangi tunang saya itu. Tapi dia adalah seorang amat degil dan kuat melawan. Sebelum saya bertunang dia tak pernah berperangai demukian. Bermacam macam cara yang telah saya lakukan seperti nasihat tetapi tidak diendahkannya malah akan melawan cakap saya. Kebelakangan ini pun perwatakannya agak meragukan saya. Oleh itu saya ingin bertanya bagaimanakah cara saya nak melembutkan sikit hatinya supaya patuh kepada arahan dan kehendak saya. Saya takut perangainya tidak akan berubah sehingga saya mendirikan rumah tangga berasamanya hingga menimbulkan pergaduhan dan seterusnya bercerai. Berilah saya sedikit nasihat dan tunjuk ajar supaya dapat melembutkan hatinya?

Hamba Allah, NS
Jawapan: 
Itulah sebabnya istilah tunang yang berlarutan hingga berbulan dan bertahun tidak ada dalam ajaran Islam. Syariat Islam hanya membolehkan seseorang itu merisik keadaan calon isteri, dengan tujuan agar tidak tertipu dengan keadaan sebenar wanita tersebut seperti keadaan kesihatannya, keturunannya dan sebagainya. Jangka masa pertunangan yang lama disamping dapat mendatangkan fitnah juga menimbulkan masalah dalam perhubungan. Sebenarnya tidak hak bagi calon suami terhegeh-hegeh ingin menasihati calon isterinya kerana mereka belum lagi bernikah. Jadi batas hubungannya hanya sekedar ingin mengetahui keperibadian, kesihatan, keturunan dan aspek lain yang mungkin menjadi ciri khas tertentu bagi membuat pemilihan.

Tetapi jika anda merasakan bahawa calon isteri tersebut memiliki keperibadian atau akhlak yang tidak baik, maka lebih baik sebelum diadakan pernikahan, lakukanlah solat sunat istikharah, agar Allah tentukan jodoh yang terbaik untuk anda.

Kembali ke atas ↑



21. Kahwin dengan Pangkat Emak Saudara
Soalan: 
Saya ingin bertanya tentang perkahwinan. Adakah boleh saya mengahwini pangkat emak saudara saya. Seperti berikut, atuk saya dengan bapa dia adik-beradik, jadi dia dan emak saya bersepupu. Adakah boleh saya mengahwini dia?

Muhamad Rizal, Kuching
Jawapan: 
Islam hanya melarang berkahwin dengan seorang perempuan itu ada dua bentuk. Pertama larangan muabbad ertinya larangan untuk dikahwini selamanya dan kedua, larangan Muaqqat ertinya larangan kahwin dengan seorang perempuan selama perempuan tersebut masih dalam keadaan tertentu, apabila keadaan berubah maka larangan itu tercabut dan perempuan itu menjadi halal dikahwini.

Larangan perkahwinan yang terus menerus itu disebabkan oleh kerana hubungan pertalian darah, ada hubungan perkahwinan dan hubungan susuan. Sedangkan kedudukan anda dengan pasangan yang ingin anda kahwini itu membolehkan anda menikahinya.  Dalam hal ini telah dijelaskan dalam Firman Allah maksudnya: "Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan anak perempuan dari saudara-saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu isterimu (ibu mertua) anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu ceraikan) maka tidak berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu isteri anak kandungmu (menantu) dan menghimpun dua perempuan bersaudara kecuali yang pernah terjadi di masa lalu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah An Nisa' ayat 23) 

DN 036 Kursus & Bimbingan Perkahwinan

Kembali ke atas ↑



22. Was-was (Meragui) akan Rahmat Allah Melalui Istikharah
Soalan: 
Saya berusia 30 tahun berjawatan executive di KL. Saya masih bujang dan masih mencari pasangan untuk dijadikan isteri. Saya penah berminat dengan seorang gadis sehingga saya beristikharah samada nak teruskan keinginan saya. Jadi hasrat tu suka pada dia. Selepas saya menyatakan keinginan pada seorang 
kawan dan sampaikan pada dia, dia diam. Tapi istikharah saya memihak kearah dia. Lebih2 lagi saya salat hajat supaya Allah palingkan hati saya dari dia. Tapi saya gagal. Setiap kali saya lebih suka pada dia. Malangnya gadis itu tidak meberikan apa2 jawapan pada saya.

Soalan saya: Apakah setiap istikharah yang dibuat dan hasilnya keputusan itu datang dari Allah atau syaitan masih boleh mempermainkan kita dalam hal beristikharah. Kerana saya beristikharah dalam bulan ramadhan. Kini saya seperti hilang keyakinan pada salat istikharah. Sehingga saya mula melakukan sesuatu yang diluar batas kerana tekanan untuk memiliki seorang isteri. Apakah amalan terbaik atau ayat2 pelaris jodoh/percepat jodoh yang boleh saya amalkan? Ayat pengasih yang boleh diamalkan?

Alim, WP
Jawapan: 
Solat istikharah kita lakukan jika kita menemukan suatu masalah dalam membuat pilihan atau keputusan. Setelah mengerjakan solat sunat ini berdoalah dengan ikhlas agar Allah memberikan pilihan yang terbaik. Jika kita yakin dengan pertolongan Allah, maka Allah akan memberikan jalan yang terbaik kepada hambanya, namun jika ragu-ragu dengan pertolongan Allah, maka syaitan akan meniupkan perasaan was-was.

Kehilangan keyakinan atau ragu-ragu (was-was) dalam mengharapkan rahmat Allah merupakan dosa yang mesti ditinggalkan, kerana perkara tersebut menggugurkan iman. Jika iman telah hilang dalam sanubari, maka musnahlah rahmat Allah dalam kehidupan. Hindarkan daripada melakukan sesuatu diluar batas kerana disebabkan oleh tekanan terlambat mendapat jodoh. Walaupun kecenderungan hati saudara kepada pilihan anda tersebut, namun jika Allah menetapkan yang lain, maka itulah yang terbaik untuk anda. Sebab kebaikan dalam penilain manusia berbeza dengan kebaikan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk seseorang.

Hasil pilihan itu bukan sekedar mengikut kecederungan nafsu semata, tetapi kadangkala keputusan yang terjadi diluar jangkauan kita. Tugas kita sebagai hamba hanya menjalankan kewajipan dan bermohon kepada-Nya, sedangkan segala keputusannya kita serahkan kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah selesai solat lima waktu, bukan sekedar disegerakan memperoleh jodoh, tetapi mengharap dipertemukan dengan wanita solehah yang akan menghiasi rumahtangga dengan kedamaian dan ketenangan. Wallahu A'lam.

DN 093 Bimbingan Lengkap Solat-Solat Sunnat

Kembali ke atas ↑



23. Mengetahui Isyarat Memilih Jodoh Solat Istikharah
Soalan: 
Di sini saya mempunyai kemusykilan tentang sembahyang istikharah. Kebanyakan buku-buku agama yang saya baca mengatakan setelah melakukan sembahyang tersebut dan di mana rasa berat hati dalam memilih suatu keputusan itu, maka keputusan itulah yang sepatutnya diikuti. Tetapi ustaz, masalahnya rasa berat hati kita itu, kita tidak tahu sama ada ianya adalah mengikut petunjuk Allah ataupun mengikut nafsu diri sendiri. Dengan itu, ada saya menemui satu buku yang mengatakan petunjuk itu boleh diperolehi dalam mimpi. Caranya ialah sesudah kita melakukan solat istikharah tersebut, kita tidur dengan pakaian yang bersih dan berwuduk dan jangan memikirkan perkara lain selain daripada apa yang dihajatkan. Insya-Allah petunjuk itu akan diperolehi dalam mimpi.

Jika benar kita bermimpi semasa tidur itu, maka adakah sahih petunjuk itu atau adakah mimpi itu juga boleh dikatakan datang dari nafsu kita sendiri? Ini adalah kerana setahu saya mimpi orang biasa seperti saya ini tidak benar-benar boleh dipercayai. Mungkin ia datang daripada syaitan. Petunjuk yang ingin saya perolehi adalah tentang adakah teman lelaki yang saya dampingi kini adalah benar-benar calon suami saya. Ada rakan saya (lelaki) yang pernah mendapat petunjuk dalam mimpi tentang perkara yang sama. Katanya dia nampak wajah teman wanitanya dalam mimpinya itu. Dengan itu, dia yakin petunjuk itu adalah dari Allah. Adakah petunjuk itu boleh diterima pakai? Oleh sebab itulah saya mengemukakan soalan ini, adakah relevan suatu petunjuk itu diperolehi melalui mimpi?

Nur, Selangor
Jawapan: 
Solat Istikharah selain daripada untuk menetapkan suatu pilihan yang kita ragui ia juga digalakkan untuk orang yang bimbang memilih jodohnya. Diriwayatkan oleh ahmad dan abu Ayyub al Anshari bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sembunyikanlah pinanganmu, kemudian berwudhuklah dan perbaikilah wudhukmu, kemudian lakukanlah solat seberapa yang ditetapkan oleh Allah (maksudnya seberapa yang dikehendaki). Sesudah itu pujilah Allah, kemudian ucapkanlah: "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui bahawa si fulan/fulanah (sebutkan nama lelaki atau perempuan yang dimaksudkan) baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berilah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku,untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berilah yang lain itu untukku".

Sesungguhnya solat istikharah adalah merupakan suatu pernyataan yang tulus bagi setiap peribadi mukmin, bahawa melalui solat tersebut mereka meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan urusannya sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita telah melakukan solat istikharah dengan akidah dan jiwa yang bersih, maka insya Allah  kenderungan hati dan petunjuk daripadaNya akan datang. Tidak kiralah apakah sedang mengerjakan solat ataupun kecenderungan suasana hati kepada salah satu pilihan dan boleh juga melalui mimpi jika tidur kita disertai wuduk dan doa. Setelah menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, hilangkan perasaan was-was dan ragu-ragu agar keputusan yang terbaik itu memang merupakan kebenaran dan bukan kerana hawa nafsu.

DN 093 Bimbingan Lengkap Solat-Solat Sunnat

Kembali ke atas ↑



24. Calon Isteri lebih Tua daripada Suami
Soalan: 
Saya seorang lelaki berumur 24 tahun. Saya telah bertemu dengan seorang perempuan yang berumur 29 tahun, yang dahulunya bekerja satu ofis dan kini berpindah ke tempat lain. Walaupun kami cuma berkawan biasa, sama seperti saya berkawan dengan orang lain, namun hati saya semakin dekat padanya dan begitu juga dengan hatinya yang semakin dekat pada saya. Sebelum ini walaupun mempunyai beberapa kawan perempuan yang lain namun tidak pernah saya alami seperti ini. Saya pernah buat sembahyang Istikharah, tetapi saya tidak tahu bagaimana petunjuk yang sebenar. Namun semakin hari semakin dekat hati saya padanya. Bukan kerana rupa atau harta, tapi keikhlasan yang melebihi segala-galanya.

Oleh itu saya ingin bertanya adakah ini merupakan petanda jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Saya bimbang jika saya tersalah pilih kerana perkahwinan adalah perkara yang besar dan penting dalam kehidupan. Buat pengetahuan, saya telah pun bertunang dengannya dan pertunangan kami direstui dan disukai oleh ibu-bapa dan saudara-mara malahan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan persiapan untuh perkahwinan.

Akhir sekali, adakah apa-apa kesan jika saya berkahwin dengan perempuan yang lebih tua kerana ada pendapat mengatakan anak yang bakal dilahirkan nanti kurang normal. Atau mungkin kesan dalam kehidupan akan datang. Sebelum saya berkahwin, tolonglah beri panduan kepada saya.

Suhaimi, Kajang
Jawapan: 
Perkara yang mulia dan dituntut jika seseorang ingin membuat pilihan tertentu begitu juga tentang jodoh dengan melakukan solat Istikharah. Dengan solat Istikharah tersebut kita akan memperoleh jawapan yang terbaik terhadap pilihan kita. Berbagai cara Allah tunjukkan tentang firasat hasil dari solat kita tersebut. Kadangkala melalui kecenderungan hati yang sentiasa suka terhadapnya dan disokong dengan suasana dan keadaan. Jika Allah telah menentukan demikian, maka insya Allah, pasangan anda tersebut merupakan insan yang terbaik yang akan dijadikan sebagai isteri.

Mengenai faktor usia bukanlah menjadi ukuran, apatah lagi perbezaan umur dengan pasangan anda hanya lima tahun. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun sedangkan Siti Khadijah 40 tahun. Perbezaan 15 tahun antara Rasulullah dengan Siti Khadijah tidak menjadi halangan dalam perkahwinan baginda, bahkan melalui Siti Khadijah lah Rasulullah SAW memperoleh zuriat yang ramai dan terpuji.

Pendapat yang mengatakan berkahwin dengan wanita yang lebih tua daripada lelaki bakal melahirkan anak yang kurang normal adalah pendapat yang keliru lagi sesat. Jika kita mempercayai pendapat yang bodoh ini maka kita sebenarnya telah memperleceh dan tidak pandai menerima hakikat sebenar yang pernah terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW. Sebagai orang Islam dan beriman kepada Allah, ikutilah sunnah dan jangan mudah percaya perkara yang kurut atau khurafat dan bid'ah, agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat. Teruskanlah usaha anda ingin mengahwini pasangan anda tersebut semoga kebahagiaan dan kedamaian akan anda nikmati dan binalah rumahtangga menurutu konsep ajaran Islam. Wallahu A'lam.

Kembali ke atas ↑



25. Mencari Jodoh Sebagai Suatu Ikhtiar
Soalan: 
Kita selalu diingatkan yang jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Jadi apakah kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Contohnya mencari jodoh sedangkan ia telah ada dalam ketentuan Allah. Sebagai seorang wanita, bagaimanakah cara untuk berusaha sedangkan ia dilitupi dengan sifat malu.Atau perlukah menanti sahaja jodoh tersebut?

Norazita, Kuantan
Jawapan: 
Memang dari ketentuan takdir bahawa jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki di tentukan Allah. Namun manusia tidak mampu menjangkau keputusan takdir Allah itu terhadap dirinya, kerana ia merupakan hak dan ketetapan Allah SWT. Itulah sebabnya Allah menyuruh manusia bekerja atau berikhtiar dalam menuju kepada ketentuan takdir yang telah ditetapkan-Nya. Mengenai jodoh ditentukan Allah ini mengandungi pengertian bahawa jodoh di tentukan Allah dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan-Nya.

Cita-cita untuk memilih suami mithali atau suami teladan memang ada dalam diri setiap wanita, samada yang sudah berkahwin ataupun mereka yang bakal berkahwin. Kerana ketenangan dan kebahagian rumahtangga hanya dapat dirasakan bagi mereka yang mempunyai pemimpin rumahtangga yang baik. Namun begitu kebanyakan wanita menyimpan rasa malu yang mendalam untuk meluahkan isi hati dan keinginannya jika ia menemui seorang lelaki yang dirasakan sesuai untuk menjadi pasangan dalam hidupnya. Rasa malu ini adalah fitrah yang perlu dijaga teruama berkaitan dengan mengerjakan perkara yang dilarang. Namun dalam masalah pemilihan jodoh ini adalah tidak salah dari segi syarak seorang wanita menyatakan keinginannya terhadap seseorang.

Perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Siti Khadijah adalah melalui luahan hati Khadijah agar Rasulullah SAW meminang dirinya dan menjadikannya sebagai isteri. Dengan perantaraan seseorang maka Khadijah menyatakan hasratnya tersebut, yang akhirnya dipersetujui oleh Rasulullah SAW dengan mengirimkan utusan untuk melamar Siti Khadijah. Rasa malu yang anda ungkapkan diatas bukanlah malu yang dianjurkan syariat tetapi malu yang telah dibina adat melayu sendiri. Padahal yang perlu kita malukan adalah menahan atau mencegah diri dari memenuhi keinginan syarak iaitu menyegerakan perkahwinan jika telah memenuhi syarat yang diperlukan.

Walaupun syarak mengizinkan seorang wanita menyatakan hasratnya (melamar) terhadap lelaki yang menjadi idmannya, namun perlulah diperhatikan adab-adab dan ketentuannya. Gunakanlah pihak ketiga untuk menyampaikan hasrat dan keingan anda tersebut, setelah itu jika lelaki tersebut setuju maka suruhlah ia datang melamar dan menyatakan hasrat persetujuannya kepada wali ataupun orang tua. Wallahu A'lam.

Kembali ke atas ↑



26. Makna Sekufu dalam Perkahwinan
Soalan: 
Saya terkeliru dengan persolan sekufu dalam perkhawinan. Apakah maksud 'sekufu' yang sebenarnya seperti yang telah ditetapkan dalam Islam? Adakah ia bermaksud yang jika seorang berkedudukan rendah dari segi taraf hidup, pendidikan dan sebagainya tidak layak untuk bergandingan dengan seorang yang berkedudukan lebih tinggi dari segi nilaian kebendaan ( dunia )?

Nurul Suhana, Kuantan
Jawapan: 
Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, meredeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua.

Menurut Imam Syafei perkahwinan mereka yang tidak sekufu tidaklah haram. Oleh sebab itu beliau sendiri tidak menolak perkahwinan seperti itu, tetapi memandangkan ianya suatu keredhaan kepada calon isteri dan walinya, Syafei menghukumkan sahnya perkahwinan tersebut bergantung kepada keredhaan keduanya. Jika keduanya redha menerima ketidak sekufuan itu, perkahwinan tersebut adalah sah.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML