Sunday, October 12, 2014

SUNGGUH...IANYA MELELAHKAN


Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu 

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah 

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Kadang kala hati ini perlu untuk bersedih.

Bukan kerana kehilangan anak kucing, bukan kerana kehilangan orang tersayang, bukan kerana dihina dan dicaci.

Tetapi kerana lelahnya mencari redha Allah.

Hijra untuk mencari redha Allah itu memerlukan pengorbanan yang sangat besar.

Ia ibarat sebuah pengembaraan, di kiri dan kanan jalan penuh duri yang tajam.
.................................................................................................................................... 

Dalam sahih Bukhari, daripada Abdullah bin 'Amru dari Nabi s.a.w bersabda:

"Muslim yang sempurna adalah yang muslim lainnya selamat dari gangguan lidah dan tangannya. Dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang"

Sungguh, untuk berhijrah itu bukan mudah. Meninggalkan apa yang Allah larang itu memerlukan pengorbanan yang besar, jiwa yang kuat dan sokongan yang berterusan.

Untuk berhijrah kepada kebaikan itu, semuanya kembali kepada niat kita. Semakin betul niat kita untuk mencari redha Allah, maka semakin besar ujian disediakan Allah. Anda tidak percaya? Cuba, try, test.

Disebut dalam Sahih Bukhari, Alqamah bin Waqash Al Laitsi berkata, saya pernah mendengar Umar bin Al Khaththab di atas mimbar berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Semua perbuatan bergantung kepada niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (bergantung) apa yang diniatkan, barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan"

Sungguh, hijrah menuju Allah itu tidak memerlukan kefasihan dalam bahasa arab, tidak perlu kepada sijil tinggi agama, tidak perlu belajar sehingga ke Mesir, tidak perlu mentelaah kitab - kitab yang tebal, tidak perlu serban di atas kepala, tidak perlu tudung yang labuh hingga ke lantai.

Kita cuma perlu bersungguh - sungguh melakukan apa yang diwajibkan, tinggal apa yang dilarang dan mengakui Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya. Itu sahaja sudah cukup untuk kita menuju syurga Allah.

Dalm kitab Sahih Bukhari, Thalhah bin 'Ubaidullah r.a berkata:

Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki dari penduduk Najd dalam keadaan kepalanya penuh debu dengan suaranya yang keras terdengar, namun tidak dapat difahami apa maksud yang diucapkannya, sehingga dia mendekat (kepada Nabi s.a.w) kemudian dia bertanya tentang Islam, maka Rasulullah s.a.w menjawab:

"Solat lima kali dalam sehari semalam"

Kata orang itu:

"Apakah ada lagi selainnya buatku"

Nabi s.a.w menjawab:

"Tidak ada kecuali yang thathawu' (sunat) ".

Rasulullah s.a.w berkata:

"Dan puasa Ramadhan". 

Orang itu bertanya lagi:

"Apakah ada lagi selainnya buatku". 

Rasulullah s.a.w menjawab:

"Tidak ada kecuali yang thathawu' (sunat) ". 

Lalu Rasulullah s.a.w menyebut:

"Zakat"

Kata orang itu:

"Apakah ada lagi selainnya buatku". 

Rasulullah s.a.w menjawab:

"Tidak ada kecuali yang thathawu' (sunat) ". 

Thalhah bin 'Ubaidullah berkata:

Lalu orang itu pergi sambil berkata:

"Demi Allah, aku tidak akan menambah atau menguranginya". 

Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dia akan beruntung jika jujur menepatinya". 

Percayalah, apabila kita melaksanakan apa yang wajib, tinggal apa yang dilarang, itu tandanya Allah memberi kita kefahaman dalam agama.

Dinilai sahih dalam Sunan Tirmidzi, daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan (didunia dan akhirat) padanya, nescaya Dia memahamkannya dalam agama"
Sungguh, ini adalah sebuah kembara hati, semoga berjaya dalam hijrah yang melelahkan ini! Wallahua'lam



....................................................................................................................................  

p/s: Lagu di atas bertajuk 'Hijrah menuju Allah', dengarlah ketika kita rasa lemah dalam berhijrah. InsyaAllah memberikan inspirasi.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML