Friday, September 26, 2014

DOA ITU SENJATA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Allah masih memberikan kita nikmat mata, untuk membaca, nikmat telinga untuk mendengar, nikmat lidah untuk berzikir.

Syukur ya Allah.

Ampunkan dosa kami yang hina, lemah dan berdosa ini ya Allah.

Ampunkan dosa ibubapa kami, guru kami, dan seluruh muslimin muslimat ya Allah.

Kurniakanlah kami pengakhiran yang baik ya Allah.

Berikanlah ketenangan hati kepada kami ya Allah.

Kurniakanlah kami akhlak yang baik ya Allah.

Berikanlah kami kesabaran para Rasul ya Allah.

Kurniakanlah kami kekuatan ya Allah.

Anugerahkanlah kami ilmu yang bermanfaat ya Allah, jangan Kau jadikan kami dalam golongan yang jahil.

Berikanlah kami kesihatan yang baik ya Allah, moga dengan kesihatan itu, kami mampu beribadah dan berdakwah dengan lebih baik ya Allah.

Berikanlah kami kelapangan masa ya Allah. Jangan Kau sempitkan masa kami dengan perkara sia-sia.

Murahkanlah rezeki kami ya Allah, rezeki yang kami syukuri, jangan Kau kurniakan rezeki yang tidak kami syukuri.

Kurniakanlah kami isteri dan anak-anak yang soleh, taat, alim dan tidak gentar untuk menyeru amar makruf nahi mungkar.

Bukakanlah hati kami semua untuk menerima kebenaran ya Allah.

Bukakanlah hati manusia yang pernah aku bertindak zalim untuk memaafkan aku ya Allah.

Ya Allah,

Aku punya 1001 kekurangan, maka tampungkanlah kekurangan itu dengan teman-teman yang baik di sekelilingku.

Ya Allah, jika ditakdirkan aku mati, maka aku mohon agar aku dimatikan di tanah haram, ketika hutang aku telah langsai, ketika manusia yang lain sudah memaafkan aku dan ketika Engkau redha pada aku.

Matikanlah aku dalam keadaan syahid ya Allah.

Ampunkan kami, ampunkan kami, ampunkan kami. Ya Allah.




No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML