Tuesday, July 15, 2014

TANGISAN


10 Jenis Tangisan - Menurut Ibnu Qayyim:
1. Menangis kerana kasih syg & kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta.

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis utk mendpt belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut2 org menangis.

10. Menangis org munafik (pura2 menangis)

"... Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(An-Najm: 43)

Allah SWT yg menciptakn ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Bnyk airmata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir kepipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus2. Seperti sungai yg mengalir kelaut tidak pernah berhenti2. Kalaulah airmata itu ditampung, banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji???

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dgn meraung, memukul2 dada atau merobek2 pakaian.

Ada pula tangisan sangat2 dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa2 yg lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dpt memadamkan api neraka.

Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah mata seseorg menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir kepipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu yg tak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata. Sesungguhnya airmata dpt memadamkan lautan api neraka. "

Airmata taubat Nabi Adam A.Ş. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan. Dia bersujud di atas gunung & airmatanya mengalir dijurang Serandip. Dari airmatanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdgr lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendgr dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."

Air mata yg tidak dituntut.

Jgnlah menangis kalau tak tercapai cita2, bukankah Tuhan yang telah menentukannya. Jgnlah menangis nonton filem, itu kan cuma lakonan. Jgnlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yg telah Allah tetapkan. Jgnlah menangis jika gagal dlm seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jgn menangis kalau wang kita hilang jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Jgnlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah.

Dari itu ...

Simpan airmata2 tangisan itu semua buat bekalan utk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa2 yg berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar utk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah airmata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga2 akan mendpt keampunan-Nya jua. Aamiin

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 pasang mata yg tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu mlm hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu mlm."

"Diantara 7 golongan manusia yg akan mendpt naungan Allah dihari qiamat, seseorg yg berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran airmatanya."

"Jika tubuh seseorg hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa2nya bak gugurnya dedaunan dri pokok-pokok kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
"Aku menangis atas 3 perkara jua:
1. Berpisah dgn Rasulullah saw dan para sahabat2.

2. Ketakutan seorg yg perkasa tatkala melihat malaikat Israil dtg mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu samada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Airmata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda: "Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara ...

1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal2 tersebut menandakan rahmat Allah swt utk si mayat. "(Riwayat Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dgn 4 perkara: "Wajahmu dgn linangan airmata keinsafan, Lidahmu basah dgn berzikir kpd Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kpd kehebatan Rabbmu, dan dosa2 yg silam disulami dgn taubat kpd Dzat yg Memiliki mu."

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML