Friday, May 23, 2014

SEBUAH PERINGATAN

Bismillahirrahmanirrahim.



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat serta salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut setia.

Allah SWT berfirman bermaksud:

"Wahai anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanNya (yang berhak disembah melainkan Dia), Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Barangsiapa yang menuntut agama selain daripada agama Islam, tidak sekali-kali diterima daripadanya dan di akhirat ia termasuk dalam golongan yang rugi.

Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barangsiapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaatiNya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang tahu tentang syaitan dan mengingkarinya selamatlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebenaran lantas menurutinya amanlah dia.

Barangsiapa yang mengetahui kebatilan lalu menghindarinya, berjayalah dia.

Barangsiapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian meninggalkannya bahagialah dia.

Barangsiapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya, dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dan kepadaNya kamu semua akan dikembalikan.

Wahai anak Adam, bila mana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?

Bila mana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?

Bila mana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?

Bila mana balasan nanti adalah neraka, mengapakan kamu istirehat?

Bila ganjaran Allah ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?

Bila mana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuanKu, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?

Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daripadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.

Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan yang bermegah"

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML