Thursday, February 27, 2014

IMAN

Dirikan Iman itu di Atas Empat Tiang iaitu Yakin, Sabar. Jihad dan Adil.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman ialah asas penting, yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sepohon pokok, maka iman ialah akar tunjang bagi pokok itu. Kalau pula manusia diibaratkan seperti sebuah rumah, maka iman ialah tapak di mana
terdirinya rumah itu.

Demikianlah pentingnya iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna lagi diredai Allah SWT. Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pokok yang tidak berakar tunjang atau rumah yang ketiadaan "foundation". Maknanya, seseorang yang tiada iman tidak akan ada kekuatan untuk berdepan dengan hidup. Dia pasti gagal.

Kalaupun ada tanda-tanda Islam melalui ibadah lahir, tetapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tiada iman berdepan dengan persoalan-persoalan hidup. Lagi banyak ibadah, lagi cepat gagalnya, sepertilah lagi besar pokok yang tidak berakar tunjang, lagi cepatlah tumbangnya atau lagi besar rumah yang didirikan di atas lumpur, lagi cepatlah robohnya.

Kesan keimanan Yang Sebenar.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman adalah perkara penting yang mesti ada pada diri seorang mukmin. Tanpa iman seorang itu akan menjadi kufur dan terkeluar daripada Islam. Iman itu bukan angan-angan tetapi iman itu apa yang tertanam dihati dan dilaksanakan dalam kehidupan. Asas iman yang mesti ada pada seorang mukmin adalah mempercayai dan menghayati Rukun Iman yang enam.

Iman yang sebenar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan, seperti bersih daripada syirik kepada Allah S.W.T. dan dijauhi daripada syirik keci iaitu riak kepada-Nya. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, mengerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T., menjadikan perkara ghaib seolah-olah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini menyebabkan kita berkorban apa saja demi jalan Allah S.W.T., menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah S.W.T.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila pengertian iman seperti ini memenuhi hati seorang mukmin jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata  kepada Allah S.W.T. Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam penghidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelosok jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi batin seorang mukmin. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah mukmin, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekalipun kulit mukmin itu hitam atau sawo matang. Manakala diakhirat pula kemanisan iman ini akan dapat dirasai lebih manis dari madu.

Sebahagian dari tanda-tanda lahir bagi kemanisan iman ialah kecintaan seseorang mukmin untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukan serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya. Janganlah kita meras pelek dan menganggap perkara ini hanyalah hayalan semata-mata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh, sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadis Nabi S.A.W. yang mulia telah menyebut maksudnya : "Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman ; beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci di campakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah."

Iman adalah kemanisan dan kemanisan tersebut akan bertambah apabila iman bertambah kuat dan termateri. Sebahagian dari iman yang benar dan ibadah yang sah ialah Allah S.W.T. akan mencampakkan ilham dan lintasan-lintasan ke dalam hati mukmin. Ilham dan lintasan hati akan menyuluh jalan orang-orang beriman, menolong dalam menyelesaikan permasalaahan dan menolong mencari kebenaran.

Kasyaf adalah juga sebahagian kesan iman yang benar. Kasyaf yang dimaksudkan disisni ialah Allah S.W.T membuka tabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib, termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan izin Allah S.W.T. Kasyaf seperti ini dipanggil Firasat Mukmin. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Takutlah Firasat orang-orang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah"

Dalam satu athar (kejadian atau kisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Sayidina Othman bin Affan r.a telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya :" Salah seorang di kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya" Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya: "Adakah wahyu turun selepas Rasulullah S.A.W ,wahai Amir al-Mukminin? Soalan itu di jawab oleh beliau  dengan katanya : "Tidak malah ianya adalah Firasat Orang Mukmin".

Kesan zina tersebut yang dilihat oleh Saydina Othman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalam hadis Rasulullah S.A.W. pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara haram.

Firasat Mukmin adalah pengetahuan mengenai gerak geri manusia, cara, sikap, perangai baik dan buruk, ucapan serta akhlak seseorang. Firasat ini diperoleh disebabkan nur yang dilemparkan oleh Allah ke dalam hati orang beriman. Kuatnya firasat ini bergantung pada kuatnya keimanan. Allah memberikannya kepada para wali-walinya yang terpilih dan juga sebagai bekal dakwah untuk menyampaikan mesej yang paling sesuai kepada mereka yang akan mendengar. Firasat ini tidak boleh diingkari sebagaimana firman Allah yang lalu pada surah Al-Hijr ayat 75. maksudnya : "Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya".
Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara thabit dan pernah berlaku. Kadangkala perkara ini di sebut karamah. Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima, tetapi tidak boleh dijadikan dalil terhadap hukum hakam, kerana dalil hukum hakam hanyalah terbatas pada al-Quran dan as-Sunah dan ceraiannya. Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.

Sebahagian dari mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagiannya pula adalah karut daripada gangguan syaitan. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)

Mimpi orang yang bertakwa pada ghalibnya adalah  benar dan jelas dan memerlukan takbir atau tafsiran.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya seorang mukmin sejati yang mana imannya benar-benar meresap masuk dalam hati dan jiwanya adalah orang yang paling takut hatinya dan takut kepada kemaksiatan dengan segenap jalannya. Banyaknya maksiat itulah yang akan menyebabkan wujud selaput hitam pekat pada hati menyebabkan cahaya dan hidayah Allah tidak dapat memasuki hati manusia.
Seorang mukmin sejati juga  adalah orang yang sabar terhadap bujukan-bujukan dunia dan waspada terhadap apa-apa yang dipandang indah oleh syaitan, jin dan manusia. Semuanya barang perhiasan dunia dan kenikmatannya hanya sementara bila tiba masanya manusia akan mati dan menemui Allah S.W.T. kerana apabila mati anak Adam semua yang dimiliki akan ditinggalkan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Orang yang kuat iman walau sehebat mana pun ujian ia tetap yakin, tenang, sabar ,reda, bersikap adil dan sentiasa berjihad dijalan Allah S.W.T. Tidak terlintas sedikit pun dihatinya untuk melanggar syariat dan meninggalkan perjuangan dan jemaah Islamiah.Islam dapat tegak dan kekal dalam peribadi atau masyarakat  manusia hanya kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa iman yang kuat, Islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu amalan tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya iman yang kuat akan menghasilkan peribadi yang benar-benar kuat dan Islamik.

Islam ialah amalan lahir. Iman ialah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Ini mesti diperhatikan betul-betul. Jangan kita jadi orang yang kuat beramal sahaja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. Allah menjanjikan keuntungan itu hanya tertentu bagi orang-orang yang beriman dan beramal. Firman Allah SWT maksudnya : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh". (Surah al-Asr ayat 1-3)

Allah menyebutkan iman itu dahulu, sebagai syarat bahawa amalan yang didahului atau didorong oleh iman sahaja yang akan dinilai. Rasulullah S.A.W.  turut mengingatkan ini dengan sabda baginda maksudnya : "Allah tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi Dia melihat hati kamu dan amalan kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Sayidina Ali k.wjh pernah berkata yang maksudnya: "Didirikan Iman itu di atas empat tiang. Petama ialah yakin,  kedua ialah sabar di atas segala ujian, yang ketiga jihad dan yang keempat adil."

Iman itu di dirikan di atas empat tiang iaitu :

Pertama : Yakin

Darisegi bahasa iman itu percaya dan yakin di dalam hati. Tanpa ada kepercayaan dan keyakinan maka seseorang itu belum lagi  beriman.

Darisegi istilah pula iman itu adalah membenarkan di hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan perbuatan.

Seorang yang beriman akan percaya dan yakin dengan 6 Rukun Iman iaitu :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qadak dan Qadar

Kedua : Sabar

Iman tidak boleh dipisahkan dengan sifat sabar, orang yang beriman akan bersabar dengan dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. kerana hanya orang yang tidak beriman akan berputus asa dengan rahmat Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman, maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Contoh yang berlaku dalam sirah para Rasul, Nabi Ayub a.s. walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, baginda masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya. Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah  S.W.T, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa dirinya.

Ketiga : Berjihad

Orang yang beriman tidak akan meninggalkan berjihad dijalan Allah S.W.T. kerana amanah berjihad adalah suatu yang difardukan oleh Allah S.W.T kepada orang-orang yang beriman.

Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud : "Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar. "Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani." m(Surah an-Nisa' ayat 95-96)

Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.

Keempat : Adil

Takrif adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Orang yang beriman akan melakukan keadilan kerana sikap adil adalah suatu perintah Allah S.W.T. kerana berlawanan dengan sikap adil adalah zalim.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Tegakkanlah keadilan, itulah yang lebih hampir dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Maidah ayat 8)

Dalam ayat di atas Allah S.W.T. menyeru kepada orang-orang beriman supaya sentiasa berlaku adil di dalam menegakkan kebenaran. Kerana sikap adil adalah paling hampir dengan sifat takwa.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita perbaiki iman kita dan dirikanlah iman kita dengan empat perkara pokok iaitu yakin, sabar, berjihad dan berlaku adil. Jika empat ciri-ciri ini ada pada diri kita ini bermakna kita mempunyai asas iman yang kukuh dan akan tertegaklah Islam pada diri kita dan di dalam masyarakat kita insya Allah.

Iman Ada Masa Naik dan Turun

Sahabat yang dirahmati Allah,
Ketika terdengar suara azan menggema memanggil-manggil diri kita untuk menghadap Allah s.w.t  kadang-kala tak terdetik sedikit pun keinginan di hati kita untuk memenuhinya dengan alasan sibuk dan ada urusan lain yang perlu di siapkan lagi. Sedangkan Nabi s.a.w. menyatakan tidak ada amalan yang lebih baik dilakukan oleh seseorang melainkan menunaikan solat setelah mendengar azan.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".

Tetapi, kebanyakan daripada kita mentafsirkan hadis tersebut bahawa sekiranya berlaku kelemahan diri kita, kita mengatakan sememangnya iman itu ada masa naik dan ada masa turun. Sepatutnya kita merasakan bahawa sekiranya tahap iman kita rendah kita berusaha untuk meningkatkannya.

Tapi kita lupa hal terpenting yang harus kita ambil dari hadis itu, iaitu apakah tindakan selanjutnya apabila mendapati iman kita semakin turun, maka tidak seharusnya kita membiarkannya turun. Kita harus memperbaharuinya dan ini boleh dilakukan dengan banyak cara. Contohnya, dengan menghadiri majlis ilmu, tilawah dan tadabbur Al-Qur'an, berusrah, sentiasa bermuhasabah, beristiqamah melakukan kebaikan atau berkumpul dengan orang-orang soleh dan sebagainya.

Terdapat beberapa tanda menunjukkan iman kita mula turun :

1. Terjerumus dalam kemaksiatan itupun dalam maksiat-maksiat kecil yang kita lakukan seperti mata kita lihat, apa yang telinga kita dengar, apa yang kaki dan tangan kita lakukan, dan apa yang mulut kita bicarakan.

2. Tidak tekun dan malas beribadah. Solat dibuat tidak tepat pada waktunya dan tidak membaca al-Qur'an atau pun solat-solat sunat duha, witir, tahajud dan sebagainya.

3. Pudarnya ikatan silaturahim dan lemahnya ikatan ukhwah Islamiyah. Tidak suka menziarahi saudara mara dan sahabat handai. 

4. Sibuk dengan urusan duniawi hinggakan sampai tak ada masa solat berjemaah bersama keluarga atau solat berjemaah di masjid.

5. Banyak alasan apabila diajak kepada program tarbiyah dan majlis ilmu.

6. Tidak suka mengajak yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Jadi... apa ya penyebabnya?

1. Jauh dari suasana keimanan (seperti Pengajian dan berkumpul dengan orang2 sholeh)

2. Jauh dari pelajaran dan teladan yang baik.

3. Jauh dari menuntut Ilmu syari'ah.

4.. Berada di lingkungan yang penuh maksiat.

5. Tenggelam dalam kesibukan duniawi.

6. Panjang angan-angan.

7. Berlebih-lebihan dalam hal tidur, makan dan tertawa.

Sebenarnya masih banyak lagi penyebab dan tanda-tandanya. Kita patut bersyukur jika Allah s.w.t masih mengingatkan kita disaat iman kita sedang turun. Kita masih sedar dan ingat. "Ya Allah imanku sedang turun. Segala puji bagi Engkau ya Allah yang telah mengingatkan aku,  aku harus kembali kejalan-Mu aku tidak boleh larut dengan suasana jahiliyah. Engkau yang mengawal hati ini Ya Allah, maka sentiasa tetapkanlah aku di jalanMu."

Apa kata kalau kita melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengajukan soalan "Kaifahaimanuka (Bagaimana iman kamu)" Macamana  nak jawab? Tepuk dada tanyalah kepada iman.

Namun yang teruknya atau dalam bahasa doktor "sudah sampai tahap kritikal ni", iman kita turun,  turun dan terus turun, namun kita tidak pernah tau keadaan iman kita sendiri. Kita tidak tahu kalau kita sudah begitu jauh dari Allah.

Kita tenang dan tidak melakukan apa-apa seolah-olah tidak terjadi apa-apa sementara syaitan gembira mempermainkan kita dalam lingkaran mereka. Berdo'alah kepada Allah "Ya Allah... wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini dijalanMu Ya Allah"

Sekaranglah saatnya, sebelum semuanya menjadi terlambat. Marilah kita sama-sama menanam pada diri kita bahwa "Aku perlu meningkatkan imanku kepada Allah dan membuangkan segala sifat-sifat mazmumah"

Semoga ALLAH swt melimpahkan rahmat maghrifah dan inayah-Nya kepada kita semua. Ameen.

Hidup Akan Binasa Jika Maju Tanpa Iman..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kemajuan, perpaduan dan kesejahteraan adalah hak asasi semua manusia. Perpaduan mengambarkan tamadun dan kemanusiaan masih bersih. Sedangkan perpecahaan menuju kemunduran. Ia petanda sifat kehaiwanan sudah meresap ke dalam jiwa manusia. Haiwan tidak kenal perpaduan dan kesejahteraan, sanggup bercakaran dan berbunuhan kerana merebut makanan, tempat tinggal dan berebut betina. Maklum saja haiwan, bernafsu liar, pentingkan diri sendiri dan sanggup membinasakan sesiapapun asalkan hasratnya tercapai.

Kenapakah saban hari kita saksikan nilai kemanusiaan kian malap? Sikap ego dan ganas menjadi-jadi. Akhirnya, berlaku keretakan keluarga, jenayah seks, berebut pengaruh, rasuah, pecah amanah, fitnah-memfitnah dan tuduh menuduh, mengabaikan si miskin, permusuhan, pembunuhan dan peperangan. Akhirnya dibalas oleh Allah SWT dengan kecelakaan alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau panjang, angin taufan dan berberbagai penyakit berjangkit yang merbahaya. Punah semua kemajuan fizikal yang dibina sekian lama. Cemas hati manusia kerana penyakit yang berjangkit masih belum mememui ubatnya sedangkan kematian bertambah hari demi hari.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, “Telah Nampak kerosakan di darat dan lautan akibat perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan daripada perbuatan mereka itu agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah Ar-Rum ayat 41)

Bagaimana kesudahan jika kemajuan negara disertai malapetaka kerana manusia menurut nafsu dan mula lupa kepada Allah? Apakah kita tidak bimbang ancaman Allah akan datang satu persatu? Apakah kita tidak perhatikan kehancuran masyarakat lain kerana tidak direstui oleh Allah?

Contoh yang berlaku baru-baru ini gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Dari gambar-gambar yang diambil menunjukkan tiga buah kampung di telan bumi seolah-olah sama peristiwa yang berlaku keatas Qarun. Rumah-rumah dibina indah runtuh dan mayat bergelimpangan di sana sini. Dari cerita penduduk yang terselamat yang menyaksikan peristiwa tersebut, beliau menyatakan dia lihat macamana bumi terbelah dua, rumah-rumah, manusia dan haiwan ternak dan bukit-bukit dan pokok-pokok yang ada disekitarnya runtuh dan tertimbus ditelan bumi. Peristiwa ini berlaku beberapa minit saja dan amat dahsyat sekali.

Dari tinjauan dan perbincangan dengan alim ulama’ di Padang, apakah kesalahan penduduk-penduduk di sini mengakibatkan mereka mendapat musibah dan bala daripada Allah SWT?. Mereka berpendapat penduduk di sini sebelum peristiwa ini berlaku ramai penduduk meninggalkan solat, masjid dan surau sentiasa kosong dan amat sedikit yang mengerjakan solat berjemaah. Mereka lebih suka berhibur daripada melaksanakan ibadah kepada Allah . Mereka berpegang teguh dengan adat pepetih yang mengutamakan kaum wanita dalam pembahagiaan harta pusaka dan secara tak langsung menolak cara pembahagian faraid menurut Islam. Hampir setiap rumah ada parabola dan mereka sibuk dengan rancangan-rancangan yang merosakkan minda dan akhlak.

Pergaulan bebas lelaki dan wanitanya, perlakuan maksiat tidak diambil kesah oleh masyarakat di sini. Tidak dilaksanakan amal maaruf dan mencegah kemungkar.

Perlu diingat disini bahawa dinegara kita juga pernah dikesan gempa bumi kecil lebih empat puluh kali (1,2 dan 3 skala richter), tidak mengakibatkan kerosakan harta benda dan nyawa. Ini mungkin amaran daripada Allah SWT. untuk kita berwaspada dan perlu kembali melaksanakan suruhan Allah SWT. Tetapi jangan kita lupa bahawa negara kita pernah ditimpa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan runtuhnya kondominiam H. Tower, yang telah mengakibat kematian dan kerosakkan harta benda. Ini hanyalah amaran kecil dari Allah SWT.

Sahabat yang di muliakan,
Oleh itu apabila sesuatu pembangunan yang ingin dilaksanakan perlulah dipastikan iannya tidak lari dari asas iman. Islam dan akhlak. Manusia dan alam akan sejahtera dan selamat.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, “Tidakkah kamu lihat Allah membuat perumpamaan; kalimah yang baik umpama pokok yang baik, akarnya kukuh (di dalam bumi) dan dahannya menjulang tinggi ke langit. Menghasilkan buah setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia supaya mereka mengerti. Dan perumpamaan kalimah yang buruk ialah pokok yang buruk, akarnya terbongkar dari bumi, dan tidak dapat berdiri tegak.”(Surah Ibrahim ayat 24-26)

Kalimah yang baik adalah Kalimah Syahadah iaitu beriman kepada Allah dan menjadikan Islam sebagai cara hidup untuk kemajuan dunia dan akhirat. Syahadah dan ajaran Islam (termasuk akhlak) itu akan menghasilkan buah kejayaan untuk sepanjang zaman. Malah zaman itu diberkati. Kalimah yang buruk ialah pegangan hidup yang kufur terhadap Allah dan menjadikan sistem hidup rekaan manusia sebagai cara memajukan kehidupan dunia. Nampak rendang dengan kemajuan tetapi rapuh dan mudah runtuh. Ahli tafsir mengatakan ada pokok yang tidak diingini tetapi tumbuh merata, berbunga cantik, malah berduri dan beracun. Sekali dihayun cangkul sudah tercabut.

Begitulah sistem kemajuan yang bukan daripada Allah. Mudah semarak kerana mengutamakan kebendaan. Tetapi menunggu masa runtuh kerana asas yang goyah. Apabila bencana datang dan merosakkan pembangunan yang mereka bina bertahun-tahun. Mereka terpaksa membelanjakan pula berbillion ringgit untuk membangunkan semula kerosakkan yang telah berlaku.

Beriman sekukuhnya menjana akal dan menjinakkan nafsu. Akal dan nafsu itu tidak mudah menurut perintah kerana adanya gangguan daripada syaitan yang membisikkan sesuatu yang boleh membawa kepada keruntuhan. Masyarakat maju sebenarnya adalah masyarakat yang menurut perintah Allah. Semua usahanya, samaada dalam pendidikan atau teknologi akan direstui oleh Allah SWT. Allah SWT. berfirman yang bermaksud, “Sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa akan dibuka untuk mereka berkat dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’araf ayat 96).

Sahabat yang dikasihi,
Pengkaji sejarah mengakui bahawa apabila Islam bertapak di Benua Arab dan berkembang pesat ke merata tempat, masyarakat mula hidup bersatu padu dan membina negara ke mercu kejayaan. Banyak penemuan sains dicapai oleh masyarakat Islam ketika Eropah masih dalam kegelapan. Islam seterusnya memimpin dunia selama hampir seribu tahun, dari abad ke tujuh hingga abad ke tujuh belas. Selama tempuh itu mana-mana negara yang diperintah oleh Islam mengecapi keamanan dan mencapai kemajuan dalam bidang ilmu, teknologi dan kebudayaan.

Syariat Islam yang bersih serta mulia menjadi dasar mengamankan dunia dalam tempuh seribu tahun itu. Seluruh bumi dianggap tanahair bagi umat Islam. Jika musibah berlaku di satu penjuru tanahair Islam akan dibantu secara percuma oleh penjuru lain dengan arahan Khalifah. Tidak kira musibah itu akibat kemerosotan ekonomi, wabak penyakit atau malapetaka.

Benua atau Negara yang berbilang kaum dan bahasa ketika itu seperti India, Mesir, Asia Timur, Sepanyol dan Turki semua hidup aman di bawah syariat Islam. Khalifah atau ketua pemerentah Islam sedunia telah bertukar tangan dari kalangan berbagai bangsa. Namun, semua itu tidak menghalang semua Negara mematuhi arahan Khalifah. Itulah nikmat besar yang pernah dinikmati oleh bumi selama seribu tahun hasil dari manusia berpegang kepada iman terhadap Allah SWT.

Ciri-ciri Kesempurnaan Iman

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman adalah perkara penting yang mesti ada pada diri seorang Mukmin. Tanpa iman seorang itu akan menjadi kufur dan terkeluar daripada Islam. Iman itu bukan angan-angan tetapi iman itu apa yang tertanam dihati dan dilaksanakan dalam kehidupan. Asas iman yang mesti ada pada seorang Mukmin adalah mempercayai dan menghayati Rukun Iman yang enam.

Oleh itu untuk menyempurnakan iman tersebut perlulah kepada tiga ciri penting iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri sendiri dan memberi salam pada orang lain. Jika tiga ciri-ciri ini tidak ada padi diri seorang Mukmin maka imannya masih belum sempurna.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w di atas terdapat tiga ciri-ciri kesempurnaan iman yang perlu dimiliki oleh setiap orang Mukmin iaitu 1. menafkahkan harta tanpa kedekut. 2. berlaku adil terhadap diri dan 3. memberi salam kepada orang lain.
Pertama : Menafkahkan harta tanpa kedekut .
Nabi s.a.w berwasiat kepada Sayyidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya.

Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda (kepada Asma) : “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melarang kita daripada bersifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta ke jalan Allah. Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang kerana Allah s.a.w. telah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.

Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." 
(Al-Israk ayat 30).

 Orang yang suka membelanjakan hartanya dijalan Allah akan mendapat banyak kebaikan di sisi Allah s.w.t.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :

"Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan do'a untuk menghadapi datangnya bencana."
(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

"Barangsiapa ingin do'anya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain."
(Hadis Riwayat Ahmad)

"Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kedua : Berlaku adil terhadap diri sendiri.

Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) , fizikal , emosi dan akal. Di mana semua empat komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

Seorang Mukmin yang kuat akan menjaga empat fakuti insan iaitu :
1. Rohaninya (hubungan hati dengan Allah). Seperti solat wajib dan sunat, puasa, zikir, berdo'a, istighfar dan membaca al-Qur'an .
2. Fizikalnya . Menjaga makan dan minum (makanan halal dan berhasiat) , kebersihan diri, tidur yang cukup dan beriadah.
3. Emosinya. Memberi kasih dan sayangnya pada isteri , anak-anak, ibu bapa, anak yatim, fakir miskin , orang alim dan pemimpin yang bertaqwa.
4. Akalnya. Menuntut ilmu syarak dan ilmu yang bermanfaat.

Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. bertanya secara diam-diam kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. tentang amal ibadah baginda. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas. Mendengar itu, Nabi s.a.w. memuji Allah dan bersabda maksudnya : "Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku (Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud r.a)

Berdasarkan hadis di atas Nabi s.a.w melarang ada dikalangan sahabat baginda yang mengatakan ia tidak mahu berkahwin , tidak mahu memakan daging (berpuasa sepanjang masa) dan tidak mahu tidur malam untuk berqiyamulail setiap malam. Maka Nabi s.a.w menjelaskan bahawa baginda bersolat malam dan tidur, berpuasa dan berbuka dan mengawini wanita. Baginda memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak  menyukai sunah baginda maka Nabi s.a.w tidak akan mengaku menjadi umat baginda.

Ketiga :  Memberi salam kepada orang lain.

Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat individulistik, menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
"Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik disisi Allah".
(Surah An-Nur ayat 61).

Islam mengalakkan umatnya supaya memberi salam dan menyebarkan salam antara satu dengan lain apabila bertemu, kerana salah satu hak dan kewajipan seorang Muslim adalah apabila bertemu ia memberi salam dan menjawab salam.

Apabila Rasulullah s.a.w bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata :
"Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan tiga ciri-ciri kesempurnaan iman seperti yang dinyatakan Nabi s.a.w seperti hadis diatas yang merangkumi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Jika kita benar-benar menghayatinya dan memahaminya dengan yakin maka kita akan menjadi Mukmin yang sempurna darisegi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Punahnya Hidup Jika Maju Tanpa Iman

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kemajuan, perpaduan dan kesejahteraan adalah hak asasi semua manusia. Perpaduan mengambarkan tamadun dan kemanusiaan masih bersih. Sedangkan perpecahaan menuju kemunduran. Ia petanda sifat kehaiwanan sudah meresap ke dalam jiwa manusia. Haiwan tidak kenal perpaduan dan kesejahteraan, sanggup bercakaran dan berbunuhan kerana merebut makanan, tempat tinggal dan berebut betina. Maklum saja haiwan, bernafsu liar, pentingkan diri sendiri dan sanggup membinasakan sesiapapun asalkan hasratnya tercapai.

Sahabat yang dimuliakan,
Kenapakah saban hari kita saksikan nilai kemanusiaan kian malap? Sikap ego dan ganas menjadi-jadi. Akhirnya, berlaku keretakan keluarga, jenayah seks, berebut pengaruh, rasuah, pecah amanah, fitnah-memfitnah dan tuduh menuduh, mengabaikan si miskin, permusuhan, pembunuhan dan peperangan. Akhirnya dibalas oleh Allah s.w.t. dengan kecelakaan alam seperti sunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau panjang, angin taufan dan berberbagai penyakit berjangkit yang merbahaya. Punah semua kemajuan fizikal yang dibina sekian lama. Cemas hati manusia kerana penyakit yang berjangkit masih belum mememui ubatnya sedangkan kematian bertambah hari demi hari.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Telah Nampak kerosakan di darat dan lautan akibat perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan daripada perbuatan mereka itu agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
(Surah Ar-Rum ayat 41)

Bagaimana kesudahan jika kemajuan negara disertai malapetaka kerana manusia menurut nafsu dan mula lupa kepada Allah? Apakah kita tidak bimbang ancaman Allah akan datang satu persatu? Apakah kita tidak perhatikan kehancuran masyarakat lain kerana tidak direstui oleh Allah?

Contoh yang berlaku baru-baru ini gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Dari gambar-gambar yang diambil menunjukkan tiga buah kampung di telan bumi seolah-olah sama peristiwa yang berlaku keatas Qarun. Rumah-rumah dibina indah runtuh dan mayat bergelimpangan di sana sini. Dari cerita penduduk yang terselamat yang menyaksikan peristiwa tersebut, beliau menyatakan dia lihat macamana bumi terbelah dua, rumah-rumah, manusia dan haiwan ternak dan bukit-bukit dan pokok-pokok yang ada disekitarnya runtuh dan tertimbus ditelan bumi. Peristiwa ini berlaku beberapa minit saja dan amat dahsyat sekali.

Dari tinjauan dan perbincangan dengan alim ulama’ di Padang, apakah kesalahan penduduk-penduduk di sini mengakibatkan mereka mendapat musibah dan bala daripada Allah s.w.t. Mereka berpendapat penduduk di sini sebelum peristiwa ini berlaku ramai meninggalkan solat, masjid dan surau sentiasa kosong dan amat sedikit yang mengerjakan solat berjemaah. Mereka lebih suka berhibur daripada melaksanakan ibadah kepada Allah . Mereka berpegang teguh dengan adat pepetih yang mengutamakan kaum wanita dalam pembahagiaan harta pusaka dan secara tak langsung menolak cara pembahagian faraid menurut Islam. Hampir setiap rumah ada parabola dan mereka sibuk dengan rancangan-rancangan yang merosakkan minda dan akhlak.
Pergaulan bebas lelaki dan wanitanya, perlakuan maksiat tidak diambil kesah oleh masyarakat di sini. Tidak dilaksanakan amal maaruf dan mencegah kemungkar.

Perlu diingat disini bahawa dinegara kita juga pernah dikesan gempa bumi kecil lebih empat puluh kali (1,2 &3 skala richter), tidak mengakibatkan kerosakan harta benda dan nyawa. Ini mungkin amaran daripada Allah s.w.t. untuk kita berwaspada dan perlu kembali melaksanakan suruhan Allah s.w.t. Tetapi jangan kita lupa bahawa negara kita pernah ditimpa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan runtuhnya kondominiam H. Tower, yang telah mengakibat kematian dan kerosakkan harta benda. Ini hanyalah amaran kecil dari Allah s.w.t.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Oleh itu apabila sesuatu pembangunan yang ingin dilaksanakan perlulah dipastikan iannya tidak lari dari asas iman. Islam dan akhlak. Manusia dan alam akan sejahtera dan selamat.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Tidakkah kamu lihat Allah membuat perumpamaan; kalimah yang baik umpama pokok yang baik, akarnya kukuh (di dalam bumi) dan dahannya menjulang tinggi ke langit. Menghasilkan buah setiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia supaya mereka mengerti. Dan perumpamaan kalimah yang buruk ialah pokok yang buruk, akarnya terbongkar dari bumi, dan tidak dapat berdiri tegak.”
(Surah Ibrahim ayat 24-26)

Kalimah yang baik adalah Kalimah Syahadah iaitu beriman kepada Allah dan menjadikan Islam sebagai cara hidup untuk kemajuan dunia dan akhirat. Syahadah dan ajaran Islam (termasuk akhlak) itu akan menghasilkan buah kejayaan untuk sepanjang zaman. Malah zaman itu diberkati. Kalimah yang buruk ialah pegangan hidup yang kufur terhadap Allah dan menjadikan sistem hidup rekaan manusia sebagai cara memajukan kehidupan dunia. Nampak rendang dengan kemajuan tetapi rapuh dan mudah runtuh. Ahli tafsir mengatakan ada pokok yang tidak diingini tetapi tumbuh merata, berbunga cantik, malah berduri dan beracun. Sekali dihayun cangkul sudah tercabut.

Begitulah sistem kemajuan yang bukan daripada Allah. Mudah semarak kerana mengutamakan kebendaan. Tetapi menunggu masa runtuh kerana asas yang goyah. Apabila bencana datang dan merosakkan pembangunan yang mereka bina bertahun-tahun. Mereka terpaksa membelanjakan pula berbillion ringgit untuk membangunkan semula kerosakkan yang telah berlaku.

Beriman sekukuhnya menjana akal dan menjinakkan nafsu. Akal dan nafsu itu tidak mudah menurut perintah kerana adanya gangguan daripada syaitan yang membisikkan sesuatu yang boleh membawa kepada keruntuhan. Masyarakat maju sebenarnya adalah masyarakat yang menurut perintah Allah. Semua usahanya, samaada dalam pendidikan atau teknologi akan direstui oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa akan dibuka untuk mereka berkat dari langit dan bumi.” (Surah Al-A’araf ayat 96).

Sahabat,
Pengkaji sejarah mengakui bahawa apabila Islam bertapak di Benua Arab dan berkembang pesat ke merata tempat, masyarakat mula hidup bersatu padu dan membina negara ke mercu kejayaan. Banyak penemuan sains dicapai oleh masyarakat Islam ketika Eropah masih dalam kegelapan. Islam seterusnya memimpin dunia selama hampir seribu tahun, dari abad ke tujuh hingga abad ke tujuh belas. Selama tempuh itu mana-mana negara yang diperintah oleh Islam mengecapi keamanan dan mencapai kemajuan dalam bidang ilmu, teknologi dan kebudayaan.

Syariat Islam yang bersih serta mulia menjadi dasar mengamankan dunia dalam tempuh seribu tahun itu. Seluruh bumi dianggap tanahair bagi umat Islam. Jika musibah berlaku di satu penjuru tanahair Islam akan dibantu secara percuma oleh penjuru lain dengan arahan Khalifah. Tak kira musibah itu akibat kemerosotan ekonomi, wabak penyakit atau malapetaka.

Benua atau Negara yang berbilang kaum dan bahasa ketika itu seperti India, Mesir, Asia Timur, Sepanyol dan Turki semua hidup aman di bawah syariat Islam. Khalifah atau ketua pemerentah Islam sedunia telah bertukar tangan dari kalangan berbagai bangsa. Namun, semua itu tidak menghalang semua Negara mematuhi arahan Khalifah. Itulah nikmat besar yang pernah dinikmati oleh bumi selama seribu tahun hasil dari manusia berpegang kepada iman terhadap Allah s.w.t.

Iman Benteng Pengawal

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman merupakan kurnia terbesar yang Allah SWT  anugerahkan kepada kita umat Islam. Imanlah yang telah menjadikan kita sebagai umat yang beruntung, terpilih dan memiliki peluang terbesar untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Sesungguh beruntunglah orang-orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran ayat 110)

Tetapi ramai dikalangan umat Islam tidak serius untuk memanfaatkan nikmat ini. Mereka tidak merasai bahawa kebahagiaan hakiki adalah mengambil kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat beriringan. Ada yang hanya fokus semata-mata akhirat dan segolongan lagi lebih serius untuk memperolehi kebahagiaan dunia sahaja.

Iman yang hidup adalah iman yang berfungsi, ia tidak bersifat setatik, iman bukan bersifat teori dan lafaz dibibir sahaja. Tetapi iman yang hakiki adalah iman yang mampu menjadi kekuatan petunjuk, kekuatan penggerak, kekuatan pengawal dan kekuatan penyejuk. Yang paling penting dan utama fungsi iman adalah sebagai kekuatan pengawal.

Iman yang hidup dan berdaya mampu menghindarkan peribadi dari perbuatan jahat, menjauhkannya dari perbuatan dosa dan maksiat dan iman akan bertindak sebagai masdar wahid (pancaran utama) untuk melahirkan amalan-amalan soleh. Samaada yang kelihatan atau yang tersembunyi, iman yang selalu membuat hidup seorang mukmin lebih lekat pada pengawasan Allah SWT., memberi ingatan kepada hari perhitungan, serta pahala dan siksa di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dimuliakan,
Iman yang menjadi pengawal kepada diri, mengarahkannya sebelum melakukan perbuatan, menimbangnya setelah melakukan dengan perbuatan dan mencelanya apabila melakukan penyimpangan. Iman seperti inilah yang mengawal Nabi Yusof a.s. sehingga mampu menepis syahwat yang terlarang. Padahal ketika dirayu oleh isteri Perdana Menteri yang juga tuannya, Nabi Yusof a.s. sedang berada pada usia remaja dan dorongan kelelakian yang kuat.

Namun ketika rayuan perempuan itu menjadi-jadi, Nabi Yusof a.s selalu menghindar dan berkata, "Aku berlindung kepada Allah, dan sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Ketika gagal merayu Nabi Yusof a.s. secara halus, perempuan tersebut mula mengancam dengan kasar. Menurutnya, barangsiapa yang tidak tergoda oleh pujuk rayu, mungkin akan menerima kesusahan.

Isreri Perdana Menteri yang cantik ini berkata dihadapan perempuan-perempuan istana, "Sungguh, aku telah menggoda dia untuk tunduk kepadaku, tapi dia menolak. Namun, jika dia tetap menolak, aku akan memenjarakannya, dan dia akan termasuk golongan yang hina."

Namun, dengan iman yang kukuh dan hidup. Nabi Yusof a.s. tidak berganjak dari prinsipnya. Ia berlindung kepada Allah SWT dengan memohon : "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan perempuan-perempuan itu. Jika tidak Engkau hindarkan aku dari tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk memenuhi ajakan mereka, dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."

Sahabat yang dikasihi,
Oleh itu marilah kita bajai iman kita supaya sentiasa subur dan hidup segar hingga ia mampu menjadi pengawal yang kuat. Alangkah nikmatnya bila kita mampu menjadikan iman sebagai cahaya yang menerangi setiap sudut jiwa dan hidup kita, sehingga ia mampu menjalin hubungan yang mesra dan harmoni dengan Allah SWT, diri sendiri dan masyarakat di sekeliling kita.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML